Tuesday, September 16, 2014

A Call For Talented Medstudents!

A Call For Talented Medstudents!


Good News! MediSZA is preparing to publish our first official magazine and guess what?? We are going to publish your arts and creations! Come on, show your talents and be proud of making your own column in our magazine! The due date are extended and will be announced later..Hurry up guys! You dont want to miss this!! =D


Tuesday, September 2, 2014

Assamualaikum dan Salam 1UniSZA..

Medical Students Association of UniSZA( Medic Unisza /MediSZA) mengalu-alukan kehadiran adik-adik yang telah mendapat tempat bagi menyambung pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) di Universiti Sultan Zainal Abidin - FB Rasmi.
Sehubungan itu, sebuah group FB telah ditubuhkan bagi memudahkan sebarang pertanyaan dan kemusykilan yang timbul dapat dibantu oleh kami brothers dan sisters daripada MediSZA
Ahli Jawankuasa Perhubungan dan Publisiti
Minggu Mesra Medic 2014/15
ADIK-ADIK BARU!

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera...


Alhamdulillah, kita baru sahaja menerima adik-adik baru MediSZA yang telah medaftar masuk semalam. Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada adik-adik ye.Kami tahu, bukan senang nak dapatkan tempat dalam kursus perubatan ni, lebih-lebih lagi perempuan..Oleh itu, kami amat berharap adik-adik bersyukur kepada Tuhan yang telah memilih adik-adik, bukan sahaja sbg pelajar perubatan, tetapi juga pelajar di UniSZA.

Ya! Adik-adik bertuah dapat UniSZA ni..Nak cerita kat sini, panjang lebar sgt pulak jadinye nanti..Lagipun...x surprise lah kannn....Hah, nanti dah jumpa senior2, borak2 dan tanyalah sendiri ye..baru mesraaaaaa gitu..

Kami juga ingin menasihatkan adik2 agar terus konsisten untuk belajar dengan tekun dan gigih..Tingkatkan momentum dalam menimba ilmu..Jangan pernah jemu dan jangan malu untuk bertanya..Lecturers, mentor dan senior sumenye sedia membantu..Kekal smart dan bersih..Pakai pakaian mengikut piawaian yg ada..kad matrik jgn lupa pakai kalau xnak kena tahan dek pakcik guard..Jangan sekali2 ponteng kelas tau! Sungguh, nnti adik sendiri yang rugi..

5 tahun...Boleh jadi lama, boleh jadi sekejap..Bergantung kepada cara kita menguruskan masa..Bergantung kepada kita, bagaimana kita mengisi masa 5 tahun itu..Semakin adik-adik banyak belajar, semakin adik-adik akan sedar, bahawasanya 5 tahun itu pun masih x cukup untuk melahirkan seorang doktor yang hebat..Jadi, manfaatkan masa ini sebaik mungkin okeh..

Baiklah..nak tahu lebih, tunggu bila kita berjumpa nanti ye..Nantikan Mesra Medik 2014/2015! Moga semuanya dipermudahkan..Amiiinnn..

~Sebarang soalan boleh dilontarkan saja ke sini..Kami bersedia untuk menjawab semampu yang boleh..

Tuesday, August 19, 2014

Assalamualaikum wbt..

Bermula 17 hingga 23 Ogos ini, senior-senior tahun 5 kita akan menghadapi Professional Exam II yang mana keputusan peperiksaan inilah yang akan menentukan sama ada seseorang pelajar perubatan itu layak menjadi seorang doktor perubatan atau tidak. Justeru itu, amatlah penting untuk mereka mendapatkan keputusan yang baik demi masa depan mereka sendiri, dan masa depan pelajar-pelajar perubatan UniSZA yang lain, memandangkan mereka ini adalah batch pelajar-pelajar perubatan UniSZA yang pertama! Kejayaan mereka akan mencerminkan kebolehpasaran graduan-graduan perubatan dari UniSZA! Dari itu, kami barisan jawatankuasa MediSZA memohon agar kalian dapat sama-sama mendoakan kejayaan mereka. Semoga Dia memberi hanya yang terbaik buat kita....Aamiiin...





Thursday, July 31, 2014

Ihya Ramadhan

 

 

Program anjuran bersama:

surau al amin

dan

image

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan izinnya sebuah program anjuran  bersama di antara Surau Al-Amin dan MediSZA telah berjalan dengan jayanya.

Program selama seminggu bermula 22 hingga 28 Jun 2014 dimuatkan dengan pelbagai pengisian menarik. Di samping, bersama-sama memepersiapkan diri menyambut bulan Ramadhan, program ini juga bertujuan menyedarkan para pelajar mengenai hikmah bulan Ramadhan beserta panduan diri dalam menjalani ibadah yang bukan sahaja sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi turut mempersiapkan diri untuk berjihad melawan hawa nafsu.

 

Tentatif program:

Ahad, 22 Jun: Tazkirah `Pensyariatan Puasa ke atas Umat Islam beserta Tujuannya`

Isnin, 23 Jun: Tayangan Video yang disampaikan oleh Saudara Sharil Iman bertajuk

`Apa itu Puasa?` dan edaran artikel

Selasa, 24 Jun: Ceramah bertajuk, `Di Ambang Ramadhan: Bersediakah Kita?`

yang disampaikan oleh Ustaz Dr. Anas bin Yunus daripada FKI

Rabu, 25 Jun: Tayangan Video daripada Saudara Muhammad Hafez bertajuk,

`Tajdid Niat`

Khamis: Tayangan Video daripada Saudars Ahmad Aiman bertajuk,

`Mendapat Pengampunan Melalui Berpuasa di Bulan Ramadhan.` beserta edaran mutabaah amal.

 

 

Berikut adalah antara isi-isi yang dimuatkan di dalam artikel yang diedarkan:

 

 

Di Ambang Pintu Ramadhan…

Di Manakah Kita???

 

Renungan Di Ambang Ramadhan

Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman RA, katanya:

‘Rasulullah SAW berkhutbah di hadapan kami pada hari terakhir daripada bulan Sya'ban.’

Beliau bersabda:

clip_image005[4]clip_image007[4]

"Wahai manusia, sesungguhnya kamu dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi panuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu fardhu dan qiyam di malam harinya suatu tatawwu'(sunat). Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan Ramadhan maka samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardhu di bulan yang lain. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedang sabar itu pahalanya adalah syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah memberi rezeki kepada para mukmin di dalamnya. Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dia dari neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa dikurangkan sedikitpun."

Para Sahabat berkata:

‘ Ya Rasulullah, tidaklah kami semua memiliki makanan berbuka puasa itu untuk orang yang berpuasa?! ’.

Maka bersabda Nabi SAW:

"Allah memberikan pahala itu kepada orang yang memberikan sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu. Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya merdeka dari api neraka. Barangsiapa meringankan beban daripada hamba sahaya (pembantu-pembantu rumah), nescaya Allah akan mengampuni dosanya dan memerdekakannya daripada api neraka. Oleh itu perbanyakkanlah empat perkara di dalam bulan Ramadhan. Dua perkara untuk menyenangkan Tuhanmu dan dua perkara lagi untuk kamu sangat menghajatinya. Dua perkara yang kamu lakukan untuk menyenangkan Allah ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan memohon keampunan kepadaNya. Dua perkara lagi yang kamu sangat memerlukannya ialah memohon syurga dan berlindung daripada neraka. Barangsiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam itu dengan suatu minuman yang dia tiada merasakan dahaga lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga"

(At-Targhib, jld.II, 217-218)

 

 

clip_image002

 

Nah! Jelas bahawa bulan Ramadhan adalah bulan yang banyak memiliki keistimewaan, nama yang tidak asing bagi umat Islam.

-Sayyidus suhur (penghulu bulan-bulan)

- Syahru Nuzulil Quran (bulan diturunkannya Al-Qur’an)

-Syahrut Tarbiyah (bulan pendidikan)

- Syahrul Muwasah (bulan kebajikan dan cakna umat)

Cabaran besar kita adalah untuk menjadikan Ramadan setiap tahun yang paling istimewa dalam kehidupan kita dari segi hubungan kita dengan Allah; Puasa, Doa, Membaca Al-Quran Dan Merenung Ayat-Ayat Allah SWT, Iktikaf Dan Zikrullah, Sedekah Dan Infa’, Memahami Dan Melaksanakan Islam sebagaimana para sahabat RA mencontohkan kepada kita. Semua amalan ini menjadi saksi bahawa kita serius dan bersungguh-sungguh menjadikan Ramadan kita pada kali ini adalah usaha yang terbaik, yang mampu mengeluarkan kita sebagai graduan yang bertaqwa.

PERSOALANNYA, adakah kita sudah bersiap untuk bertemu bulan nan indah ini? Allah SWT berfirman:

“Dan jika mereka mahu berangkat, tentulah mereka menyiapkan persiapan untuk keberangkatan itu.”

(At-Taubah:46)

Jom! Siapkan Diri Kita Menyambut Kehadirannya…

* Persiapan Ma’nawi (spiritual)
à membersihkan hati dari penyakit yang dapat menggugurkan aqidah dan nilai ibadah, juga agar dapat melahirkan niat yang ikhlas dalam menjalankan segala aktiviti dan ibadah Ramadhan, terutama puasa.

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”. (An-Nuur:31)

* Persiapan Fikri (kefahaman)
à Dalami fiqh Ramadhan dengan ilmu-ilmu dan pengetahuan tentangnya, terutama yang terkait langsung dengan amaliyah dan ibadah di bulan suci Ramadhan.

* Persiapan Jasadi (Fizikal) à Menjaga kesihatan badan dan anggota tubuh lainnya, sentiasa mendisiplinkan diri dengan memelihara kebersihan serta mengubah pola hidup menjadi lebih sihat dan teratur.

* Persiapan Materi (kebendaan) à Menyiapkan diri untuk menabung dan memperuntukkan sejumlah wang sehingga dapat memperbanyakan infak, sedekah, memberi ifthar kepada orang lain dan membantu orang yang memerlukan.

 

“Andaikan umatku
mengetahui apa
yang ada dalam
Ramadhan, maka ia
bakal berharap
satu tahun itu
puasa terus.”
(Ibnu Khuzaimah)

Friday, July 25, 2014

MediSZA: Annual Dinner 13/14

 

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerans dengan limpah kurniaNYA, pihak MediSZA sekali lagi berjaya menganjurkan Annual Dinner of MediSZA buat julung kalinya pada 21 Jun 2014 baru-baru ini bertempat di Primula Beach Resort.

Bertemakan Candyland: Reminiscing Sweet Memories merupakan sebuah kenangan berharga buat senior year 5 yang bakal menduduki Pro Exam II tidak lama lagi. Dinner kali ini bertujuan meraikan akak-akak dan abang-abang senior dan menjadi tanda keutuhan silaturrahim yang terjalin rapat antara ahli-ahli MediSZA.

 

dinner[5]

 

 

Tentatif majlis:

MASA

PERKARA

7.45 pm – 8.15 pm

Ketibaan para pelajar

8.15 pm – 8.30 pm

Ketibaan VIP

8.35 pm – 8.40 pm

Nyanyian lagu UniSZA

8.40 pm – 8.50 pm

Ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis dan bacaan doa

8.50 pm – 8 .55 pm

Ucapan oleh YDP Medisza: AHMAD AIMAN BIN ABD GHANI

8.57 pm – 9.07 pm

Ucapan perasmian oleh DR SALWANI BINTI ISMAIL

Timbalan Dekan Akademik & Hal Ehwal Pelajar,

Fakulti Sains Perubatan dan Sains Kesihatan,

Universiti Sultan Zainal Abidin

9.09 pm – 9.31 pm

Persembahan dari year 5

9.50 pm – 10.00 pm

Persembahan dari year 3

10.15 pm – 10.25 pm

Persembahan dari year 1

10.40 pm – 10.58pm

Penyampaian penghargaan

11.00 pm

Majlis penutup

 

 

10527813_901033403244779_19289095399037125_n

Ballroom…

1912507_901033039911482_7797555455098242914_n

 

10505099_901033769911409_3060472511893400826_o

Pengacara majlis, Aisyah dan Sufi

10561654_901033743244745_3945317183265841371_n

Gimik perasmian majlis….

10556337_901033829911403_3616731597846480015_n

para AJK yang menjayakan majlis….

10574537_901033283244791_2611021231019686272_n

Friday, June 27, 2014

KEMPEN ‘CINTA KE SYURGA’

Assalamualaikum wbt. dan selamat sejahtera semuaaaa...

Alhamdulillah, dapat meluangkan masa untuk update ceritera sang MediSZA kali ni. Mana taknya,kebelakangan ni banyak pulak program..bersusun-susun aktiviti MediSZA haa..


Untuk entry kali ni, kami nak mempersembahkan corat-coret sepanjang program kami yang mana namanya sangat osemmmm!!!: Kempen 'Cinta Ke Syurga' yang telah pun berlangsung pada 15-19 Jun 2014, bertempat di Kolej Kediaman D (Maidam) UniSZA.


Sepanjang kempen berlangsung, para penghuni Maidam telah disajikan dengan pelbagai menu harian yang menarik sebagai santapan rohani.

15 Jun 2014: Pelancaran Minggu Kempen ‘Cinta Ke Syurga’ dan tayangan video
16 Jun 2014: Tayangan video selepas Maghrib
17 Jun 2014: Kuliah maghrib oleh Ustaz Abdul Hadi bin Ismail
18 Jun 2014: Tayangan video selepas Maghrib
19 Jun 2014: Forum Perdana: Baitul Muslim vs Baitul Mukmin di Dataran Parkir Kolej Kediaman D Maidam dan Penutup Minggu Kempen ‘Cinta Ke Syurga’-anjuran bersama JPKP dan Surau al-Amin
20-21 Jun 2014: Kursus Pra-Perkahwinan (PMC)-anjuran bersama JPKP dan Surau al-Amin

Selain itu, para penghuni Maidam juga telah mendapat bingkisan artikel harian tentang Ikhtilat, Cinta dan Nikah di sisi Islam. Bukan itu sahaja, penanda buku juga telah diedarkan kepada setiap penghuni. Pada hari terakhir kempen, sebuah tabloid khas bertajuk 'Cinta Ke Syurga' telah diedarkan kepada penghuni-penghuni Maidam.


ARTIKEL 1



ARTIKEL 2

ARTIKEL 3

ARTIKEL 4

FORUM PERDANA

PRE-MARITAL COURSE (PMC)

Berikut adalah sedikit sebanyak kesimpulan yang dapat kami berikan dari Kempen 'Cinta Ke Syurga' ini. Semoga kempen ini dapat memberikan manfaat yang besar kepada para peserta. Yang baik itu datangnya dari Allah SWT, Sang Pemilik Cinta, manakala yang salah dan buruk itu datangnya dari kekhilafan kami sendiri. Kami di pihak peganjur ingin memohon maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang kempen ini berlangsung.

"Cinta itu adalah fitrah bagi setiap yang bernama manusia. Baik lelaki mahupun perempuan, tua atau muda, miskin dan kaya, semua orang perlu cinta untuk hidup. (Tapi rasanya oksigen lebih penting..hohoho..) Cinta ada definisi yang merangkumi semua di dunia ni..Boleh dikaitkan dengan Tuhan, dengan ayah ibu, keluarga, rakan-rakan, makhluk lain dan sebagainya. Tapi, bila sebut je 'CINTA', 1st thing yg kebanyakan dari kita akan fikir mesti pasangan kekasih kan..Jadi persoalannya, boleh ke tak kita ni berkasih?

Firman Allah dalam kitab agung Al Quran:

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya (sakinah), dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Ar Rum:21)

Telah Allah katakan bahawasanya telah diciptakan seorang perempuan utk lelaki (dan sebaliknya) utk diberikan 3 perkara:
1) Sakinah=ketenangan, ketenteraman
2) Mawaddah=kasih sayang
3) Rahmah=belas kasihan

Ketiga-tiga perkara ini adalah fitrah keperluan seseorang manusia, dan kerana itu, manusia akan berusaha untuk mencapainya. Through what way??? Yes..NIKAH..

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." (An Nur:32)

Wahhh...dah dapat 3 perkara tadi, Allah nak tambah satu hadiah lagi pulak, yakni Rezeki..Siapa yang xnak kan..

" Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku ". ( Riwayat Ibnu Majah )

Hari tu bila Dr Basri Ibrahim bertanya, "Apakah yang membuatkan pelajar-pelajar medik kita tak pergi ke hospital malam ni (malam ceramah)?", hampir semua orang tergelak dan tersengih-sengih.

Jawapannya, sebab fitrah ler...Anak-anak muda memang akan berminat untuk berkahwin...Sehinggakan Rasulullah juga bersabda:

“Wahai orang muda, sesiapa antara kamu yang mempunyai kemampuan (zahir dan batin), maka hendaklah dia berkahwin kerana ia lebih menundukkan pandangan dan lebih memelihara faraj dan siapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana berpuasa itu memecahkan syahwat jimak (mengurangkan keinginan jimak)." (Riwayat al-Bukhari)

Maka sahabat MediSZA sume, sapa-sapa yang rasa dah mampu tu, baik laki ke puang, kalau dah ada calon yang berkenan, melekat di hati, silakannnn....ke rumah pok mertuanya…debor macam nak tercabut jantung pun gagahkan jugak ye..biar tercabut jantung, asal dapat restu ibubapa si dia..kikiki..

And please, no COUPLE okeh..There's no such thing in Islam! Bagi yang dah terlajak tu, masih belum terlambat nak berpatah balik..Nak rumahtangga bahagia kan..nak 4 hadiah yang Allah sediakan tadi tu kan..Rumahtangga ni bknnye "fairytale that comes true", tapi kita yg kene berusaha di setiap step, supaya kebahagiaan akan sentiasa mengiringi rumahtangga yang dibina..Bermula dari mana?Bila? Sekarang! La niii jugakk!!! Bermula dengan diri kita ni..perbaiki diri kita, pastikan kita bersedia untuk menghadapi kehidupan berumahtangga. Jauhi zina dan sebarang laluan ke sana..Pilihlah calon suami/isteri berdasarkan agamanya..Kerana...

"Dinikahi akan perempuan itu kerana 4 perkara: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dari kalangan mereka yang beragama nescaya kamu akan selamat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

“Apabila datang (meminang) kepadamu orang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya maka kahwinilah ia. Jika tidak engkau perbuat (demikian), akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas.” – (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Akhir kata, selamat berjumpa mak ayah mertua, selamat melangsungkan pernikahan, dan dengan lesen yang halal di sisi Allah nanti, moga dapat melahirkan Baitul Muslim yang diredhai Allah, and lastly moga dipermudahkan perjalanan ‘Cinta Ke Syurga’ kami doakan.." ^_^

~Biro Publisiti & Hubungan Luar MediSZA 2013/2014~

BICARA SIHAT SESI III - LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI COVID-19 DALAM KANAK-KANAK (Dr Haslina)

Pada tarikh 14 Ogos 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi ketiga, dengan tajuk langkah-langkah melindungi  Covid-19 dalam kalangan ...