Friday, February 14, 2014

PROGRAM FIQH WANITA

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, pada 3 Januari 2014 yang lepas, MediSZA telah menjalankan program Fiqh Wanita dengan jayanya. Program ini telah berlangsung selama sehari, bertempat di surau asrama Maidam, dan telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada pelajar-pelajar muslimah. Program ini telah dianjurkan oleh MediSZA, dengan barisan jawatankuasanya dianggotai oleh penghuni Maidam daripada kos medik dan dietetik. Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa yang telah terlibat bagi menjayakan program ini:

Penaung:
Prof Dr. Nordin Bin Simbak

Penasihat:
Prof Madya Dr. Norizhar Bin Kadarman
Dr. Norhasiza Binti Mat Jusoh

Ex-Officio:
Ahmad Aiman B Abd Ghani

Pengarah Program:
Munirah Binti Mohamad Nordin

Timb. Pengarah:
Nur Amalina Binti Mohd Yahya

Setiausaha:
Nik Madihah Bt Nik Shafi

Bendahari:
Asma Nabihah Binti Mohamad

AJK Pendaftaran:
Kasmia Binti Sabang
Nurul Ashikin Bt Jamaludin
Nurul Atiqah Binti Ruslan

AJK Teknikal:
Inadah Binti Suhaimi
Wan Siti Aishah Binti Wan Abdullah

AJK Persegaran:
Nur Yasmin Salihah Bt Kamarudin
Siti Hajar Bt Abdul Hadi
Siti Sarah Bt Mohamad Nawawi

AJK Hadiah:
Farah Hanani Bt Mohd Nasir
Rasyidah  Raihan Binti Roslan

AJK Publisiti:
Tita Eftita Bt Amat Samsuddin
Nurul Intan Fardyina Bt Abd Aziz
Ailin Faridzatul Atraz Bt Kolong



Program ini telah dibahagikan kepada dua slot, iaitu:
*    Slot 1: Bersuci dan Beribadah
*    Slot 2: Pergaulan dan Perhiasan

Slot pertama yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 12.3o tengah hari telah dikupas dan dibincangkan oleh Ustazah Amnah Binti Mahmood, pesara guru SMAZA yang merupakan bekas pelajar Universti Al Azhar, Mesir. Dalam slot ini,penyampai telah menerangkan tentang kategori-kategori wanita yang dikatakan tidak dalam keadaan suci, indikasi-indikasi untuk mandi wajib,perkara-perkara sunat, makhruh dan hara sepanjang berada dalam keadaan tidak suci serta panduan untuk seseorang mengenali tempoh ketidaksuciannya. Selain daripada itu, penyampai juga turut menerangkan tentang hukum hakam yang khusus bagi wanita serta menunjukkan sedikit sebanyak pergerakan solat yang betul bagi seorang muslimah. Slot ini telah mendapat pelbagai respons yang positif daripada kalangan peserta di mana ramai yang bertanyakan soalan-soalan pemahaman berkenaan tajuk yang dibincangkan.







Makan time!!!











Bergambar kenang-kenangan..

Barisan AJK yang berkhidmat

Slot yang kedua pula telah berlangsung dari jam 2 hingga ke 4 petang, disampaikan oleh Ustazah Hawa, seorang pendakwah bebas. Slot ini turut mendapat perhatian daripada para pelajar, terutama bab pergaulan memandangkan ia agak terbuka di di kalangan pelajar-pelajar universiti.






Diharapkan program ini sedikit sebanyak telah berjaya mengukuhkan kefahaman para peserta tentang tajuk yang dikupas serta dapat mempraktikan segala ilmu yang ada dalam amalan hidup seharian. Semoga amalmu diterima Allah. Buat semua yang terlibat dalam program ini sama ada secara langsung atau tidak langsung, Semoga sentiasa diberkati Allah di dunia dan akhirat…Jazakillah khairan kathiran..

No comments:

Post a Comment

BICARA SIHAT SESI III - LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI COVID-19 DALAM KANAK-KANAK (Dr Haslina)

Pada tarikh 14 Ogos 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi ketiga, dengan tajuk langkah-langkah melindungi  Covid-19 dalam kalangan ...