Monday, August 15, 2016

Ramadhan Grand Iftar 2016

Pada 24 Jun 2016 yang lalu telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa Perdana "Ramadhan Grand Iftar 2016/1437 H" peringkat fakulti Perubatan UniSZA. Majlis ini telah diadakan di Kampus Perubatan UniSZA yang diusahakan oleh pihak Fakulti Perubatan UniSZA dengan kerjasama Medical Students Association of UniSZA (MediSZA). 

 

Ini merupakan kali kedua majlis berbuka puasa seumpama ini diadakan. Program yang memakan masa sehari ini dimulakan dengan aktiviti gotong royong beramai-ramai bermula dari jam 9 pagi lagi bagi menyediakan juadah berbuka puasa. Ianya melibatkan seluruh warga Fakulti Perubatan serta Pusat Asasi Perubatan. 

Selesai acara gotong royong menyediakan juadah, Majlis berbuka puasa dimulakan dengan sedikit ceramah sementara menanti waktu berbuka. 

Turut diadakan pada malam tersebut ialah solat magrib, isyak, solat hajat perdana dan solat terawih beramai-ramai. 

Seperti tahun lepas, menu-menu berbuka terdiri daripada makanan yang berasal dari pelbagai negara yang berlainan. Pada tahun ini sekali lagi warga Fakulti Perubatan disajikan dengan menu masakan dari Malaysia, Pakistan, Myanmar dan India. 

Majlis ini telah berjaya merapatkan lagi ukhuwah para pelajar Fakulti perubatan yang terdiri daripada pelajar perubatan sendiri dan pelajar kejururawatan, serta pelajar-pelajar asasi perubatan. Selain itu, ianya juga membuka ruang kepada perkongsian ilmu masakan dan lain-lain antara pelajar dan pensyarah. Akhir kata, semoga majlis ini memberi manfaat kepada semua peserta dan diharapkan ianya menjadi salah satu tradisi warga Fakulti Perubatan UniSZA.

Menyediakan juadah 

Menyediakan juadah 

Booth makanan tradisi India 

Booth masakan Melayu 

Booth masakan Pakistan 

Penyediaan juadah 

Nasi Briyani 









AJK Program 

MediSZA Appreciation Night 2016 : Arabian and Bollywood Night

Pada 28 Mei 2016 yang lalu, telah berlangsung Majlis Makan Malam Tahunan Kali Ke-3, "MediSZA Appreciation Night 2016" bertemakan Arabic dan Bollywood yang telah berlangsung di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu. 

Acara tahunan ini diadakan bertujuan sebagai tanda penghargaan kepada pelajar-pelajar perubatan UniSZA terutamanya pelajar tahun akhir. Majlis yang turut dihadiri oleh para pensyarah dan staff Fakulti perubatan UniSZA dirasmikan oleh Prof. Dr. Nordin bin Simbak, Dekan Fakulti Perubatan UniSZA. 

Majlis turut disajikan dengan persembahan montaj dari ajk pelaksana serta persembahan pentas oleh para pelajar perubatan. Anugerah kepada pelajar cemerlang bagi setiap tahun juga turut disampaikan selain daripada anugerah-anugerah khas tokoh pelajar. 

Persembahan pelajar tahun 3 

Persembahan pelajar tahun 1 

Penyampaian anugerah pelajar cemerlang 

Penyampaian anugerah pelajar cemerlang 

Penyampaian cenderahati kepada pelajar tahun akhir 

King and Queen of The Night 

Antara AJK Pelaksana Majlis 

Ucapan dari wakil pelajar tahun akhir 

Pelajar-pelajar tahun akhir 


Majlis ini sedikit sebanyak dapat mengeratkan hubungan antara para pelajar perubatan serta pensyarah-pensyarah. Diharapkan agar acara tahunan ini menjadi semakin bermanfaat dan diteruskan pada tahun-tahun akan datang.  Akhir kata, terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat dan ahli-ahli MediSZA kerana telah menjayakan MediSZA Appreciation Night. Selamat maju jaya diucapkan kepada pelajar-pelajar tahun akhir. 

Sunday, August 14, 2016

CSR 3.0 Mobile Clinic MediSZA - Final Session

Sebagai kesinambungan kepada artikel  CSR 3.0 Mobile Clinic MediSZA , pada 21 Mei 2016 yang lalu telah berlangsung sesi lawatan terakhir bagi program CSR 3.0 ini. 


Sesi kali ini melibatkan kerjasama antara pihak MediSZA dengan badan organisasi Malaysian Blindness Association (MAB)  untuk meningkatkan taraf hidup penduduk ini. Hasil perbincangan pihak MediSZA bersama NGO tersebut juga telah membawa persetujuan untuk membantu penduduk yang mengalami masalah buta dengan memberikan "white cane" secara percuma.

Sesi ini telah melibatkan lebih dari 50 volunteer dari MediSZA untuk menjayakannya. Pelbagai aktiviti akan dijalan kan seperti pemeriksaan kesihatan susulan rumah ke rumah, ceramah kesihatan oleh Pakar perubatan, Dr Wan  Mohd Razin bin Wan Hassan, pendedahan cara membasuh tangan yang betul kepada kanak-kanak, sukaneka dan pelbagai aktiviti lain. 

Akhir kata, pihak MediSZA berharap dengan adanya program ini akan menjadi titik tolak kearah kemajuan penduduk Kampung Rahmat dan semoga usaha ini diteruskan oleh pihak bertanggungjawab.

BICARA SIHAT SESI III - LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI COVID-19 DALAM KANAK-KANAK (Dr Haslina)

Pada tarikh 14 Ogos 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi ketiga, dengan tajuk langkah-langkah melindungi  Covid-19 dalam kalangan ...