Friday, December 5, 2014

PEMBUBARAN MEDICAL STUDENT ASSOCIATION OF UNISZA SESI 2013/2014

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, 
Setelah setahun kami memegang amanah di barisan kepimpinan Medisza 2013/2014, tiba masanya untuk kami mengundur diri, sejajar dengan Pembubaran Barisan MPP 13/14.

Pada tanggal 1 DISEMBER 2014 (ISNIN), dengan rasminya barisan jawatankuasa MediSZA 2013/2014 telah dibubarkan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh sahabat mahasiswa/i yang telah bersama-sama kami dalam membangunkan dan menaikkan nama MediSZA sepanjang sesi kami bertugas.

Kami sangat menghargai segala kritikan dan akan merimanya dengan hati yang terbuka. Kami juga sangat meraikan perbezaan pendapat dan penambahan cadangan serta idea dalam memastikan mahasiswa perubatan dan MEDISZA terus diperkasa. 

Kami sangat mengalu-alukan kritikan yang konstruktif dalam menambahbaik MEDISZA supaya menjadi persatuan yang dominan dalam UniSZA dan seterusnya memacu serta menjadi penunjuk aras kepada persatuan lain di UniSZA. Justeru itu, kita tidak boleh lagi berada dalam keadaan zon selesa dan kita amat memerlukan perubahan yang berani,matang dan rasional dalam memastikan MEDISZA boleh diangkat dan dipandang oleh masyarakat luar amnya.

Akhir kata, kami daripada barisan Kepimpinan MediSZA 13/14, memohon ampun dan maaf sepanjang kami menerajui tampuk kepimpinan kali ini sekiranya berlaku kekhilafan, maafkan kami. InsyaAllah,moga-moga barisan kepimpinan yang baharu yang menjadi lebik baik daripada kami.
Sekian,Terima Kasih.

#Sapa2 yang nak tolong naikkan lagi MediSZA pasni, cepat2 ambik borang dan daftar! Banyak yang anda akan pelajari dari MediSZA, serius!! Jangan lepaskan peluang ni! =D


Thursday, November 27, 2014

STRESS MANAGEMENT WORKSHOP 2014!!!



MediSZA Close Tournament!!!


Konvensyen Mahasiswa Perubatan Muslim di UIA

 

 

 

image

 

Anjuran

 

image

 

 

image

Alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah…

Sehari bersama ibarat bertahun perjalanan menuntut ilmu. Betapa beruntungnya kami kerana diberi peluang menghadiri sebuah program yang hebat dan menjana fikiran bakal-bakal doktor muslim yang akan berkhidmat untuk komuniti pada masa hadapan.

Tidak terkira ilmu yang dicurahkan, agar dapat kami selami dan jadikan azimat sepanjang perjalanan bergelar seorang doktor muslim.

 

image

seusai sebuah perjalanan merentasi ilmu tanpa sempadan…

snap!!!! take a shot for memories!!!!

 

image

ibarat air mengalir, ilmu itu tidak akan pernah putus…

 

 

image

always…. in our mind and our soul… InsyaAllah…

Thursday, November 6, 2014

CCC: Iceberg Phenomena


Whatever your eyes see, might not be enough to describe or cover what is unseen..

Yup, being a doctor, (i mean a 'treating doctor') is supposed to be someone who treats the patient as a human, who are made up of multiple, complex systems, including the emotions, cognitions, etc.., not just treating his/her symptoms alone.You wanna be a good and beloved doctor? Be that 'treating' doctor!

MediSZA Kini Ber'INSTA' !!!

MediSZA Kini Ber'INSTA' !!!


Jom semua, kita follow laman Instagram medisza_mbbsunisza beramai2!


Thursday, October 30, 2014

Konvensyen K-Fiqh

Road To Thailand: Malaysia-Pattani Charity Convoi 2014

 Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semuaaaaa....
Alhamdulillah, gembira sangat dah dapat berpijak di bumi Malaysia, tanah tumpahnya darah kami!!! 

InsyaAllah, kali ni saya akan kongsikan pengalaman sepanjang kami mengikuti program Konvoi Amal ke Pattani 2014 yang dianjurkan oleh:
·        UniSZA B-Care (UBC)
·        Pejabat Naib Canselor (PNC)
·        Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK)
·        Institut Pembangunan Komuniti & Kualiti Hidup (i-CODE)
·        Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)

dengan kerjasama:
·        Bana Community of Pattani
·        Assalam Smart Association
·        Pattani City Council
·        Fatoni University


Program amal ini telah berlangsung pada 17-19 Oktober 2014, bertempat di sekitar Pattani, Thailand..wahhhh...luar negara gitu...There are 19 of us dan selebihnya adalah staf-staf dari UniSZA. Kami juga bakal bergabung dengan seorang pelajar perubatan dari Mesir yang juga merupakan anak kepada salah seorang biker yang akan turut serta dalam misi kami di Thailand.

Program dimulakan dengan pelepasan konvoi sekumpulan bikers yang mengiringi bas UniSZA di perkarangan Dewan Perdana UniSZA oleh Naib Canselor UniSZA pada jam 9.30 pagi. Suasana agak mendung pada pagi tersebut dan hujan renyai-renyai sepanjang perjalanan sampailah ke Thailand. (Bayangkan aje betapa sejuknya duk dalam bas dengan rongga si aircond ternganga besar waktu tu!). Kami ke Thailand dengan melalui jalan Sungai Golok. Urusan imigresen di CIQ Rantau Panjang dan Sungai Golok memakan masa yang amat panjang dan menyebabkan sedikit perubahan dalam agenda kami pada hari itu.




Just before 'Pelepasan'

Lebih kurang pukul 4.30 waktu Malaysia (pukul 3.30 waktu Thailand), kami akhirnya selamat sampai ke Parkview Hotel yang mempunyai scenery yang saaaaaangat cantik, ala2 kota Inggeris gitu..Siap ada galeri seni, kedai urutan & spa dan kedai peralatan kecantikan lagi..





Selesai check-in, kami diberitahu yang kami telah dijemput untuk menikmati hidangan air tangan komuniti Islam di sebuah perkampungan sekitar Masjid Al-Muhammadiah Pattani. Amat terharu dan rasa kesian sangat pada saudara-saudara yang menanti kami di sana..Pakcik-pakcik, makcik-makcik, anak-anak kecil, budak-budak remaja sanggup tunggu kami jugak walaupun kami telah lewat berjam-jam dari waktu yang telah dijadualkan. Bayangkan, mereka telah bertungkus-lumus menyiapkan makanan dari pagi, pukul 11 dah siap masak, tapi kami hanya datang 5 jam kemudian, yang mana waktu tu di tempat mereka, dah almost Maghrib! Persediaan mereka utk kami, masyaAllah, hebat sungguh! Bekas lauk lagi banyak dari space kat meja! Penuh satu meja bulat tu dengan makanan! Ape yang specialnya, nasi dihidangkan dalam bentuk bungkusan macam kampit beras..dan disebabkan pada masa tu dah hampir malam dan gelap, mereka siap nyalakan lilin utk setiap meja. Siap cari lampu kalimantang lagi utk kami! Selesai makan, pihak UniSZA sampaikan sedikit sumbangan utk komuniti tersebut. Alhamdulillah..


Seterusnya, kami perlu bergegas pulang krn pada jam 8, kami diminta hadir ke Majlis bersama Yayasan As Salam, Universiti Fatoni di dewan hotel. Dalam majlis tersebut, kami telah diperkenalkan dengan Universiti Fatoni dan kami dimaklumkan bahawa UniSZA akan menjalinkan hubungan MOU dengan universiti tersebut. Berita gembira yang kami dengar, universiti tersebut akan menawarkan kursus perubatan tidak lama lagi. Sedikit terharu apabila ‘orang besar’ dari Universiti Fatoni berkata “Saya harap nanti bila kamu datang semula ke Pattani dan sampai ke Universiti Fatoni, kamu dapat rasa yang universiti ini juga adalah universiti kamu.” (lebih kurang gitu lah ayat beliau..versi yang sebenar lebih menyentuh hati sebenarnya.) TNC pula tak habis-habis memuji masyarakat, budaya, makanan dan ape sajelah pasal Pattani ni! Beliau amat berharap agar kami dapat menghargai budaya dan kelainan-kelainan yang terdapat di Pattani ini dan akan kembali ke sini pada masa akan datang.



Esoknya, tibalah hari yang dinantikan, iaitu program pemeriksaan kesihatan! Program bertempat di Majlis Perbandaran Bana, tidak jauh dari hotel. Majlis dimulakan dengan perasmian pada jam 9 dan diakhiri pada jam 2 petang. Kami telah ditugaskan untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan dan memberi ubat-ubatan kepada para pengunjung yang memerlukan dengan diselia oleh Dr Amin dan Prof Rahmah. Language barrier bukanlah satu masalah yang besar kerana majoriti masyarakat di sini boleh berbahasa Melayu, versi kelate..Namun begitu, bagi pengunjung yang langsung tidak memahami dan tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu, kami dibantu oleh pegawai-pegawai kesihatan mereka yang turut bersama kami sepanjang program berlangsung.

Daripada hasil pemeriksaan pengunjung-pengunjung yang datang, dapat kami simpulkan bahawa prevalence penyakit kencing manis, darah tinggi dan hyperlipidemia (kandungan lemak dalam darah tinggi) dalam kalangan penduduk mereka juga agak tinggi. Consultation juga telah diberi kepada para pengunjung yang mendapat hasil pemeriksaan kesihatan yang tidak memberangsangkan.

Sejurus sebelum program bermula
Inilah Dewan Majlis Perbandaran Bana,Pattani



Taklimat berkenaan Drugs Prescription & Dispension




BMI Site: dikerumuni pengunjung!



Bersama sebahagian pelajar-pelajar jurusan Bahasa Melayu Universiti Fatoni, Pattani
Mission accomplished! Kap kun ka...
Petang tersebut, kami dibawa melawat ke kawasan sekitar Bandar Pattani. Kami telah berhenti makan di sebuah kawasan pesisir laut. Istimewanya tempat ini adalah, meja-meja dilengkapi dengan pondok ala-ala gazebo yang mana sangat kukuh. Makanan dia, fuhhh, tak tipu, memang sangaaaaaaat sangat sedap! Dapat jugaklah kami merasa pulut bagi menggantikan nasi, berlaukkan kerabu daging, kerabu seafood, sotong celup tepung, ayam panggang dan ulam-ulaman. Air? Aduh,spoiled.. Air gas je yang ada... =_=  Sementara tunggu makanan siap, sempat jugaklah jejalan sampai terserempak akak-akak gi beli “cucuk-cucuk” kat tepi jalan. Dapat ler blaja2 sikit cakap bahasa Thai..(tapi kalau tanya sekarang, dah lupa!!!)





Malamnye, aktiviti bebas. Ada antara kami yang pergi ke ‘Mydin Thailand’ yang bernama “Big C”. Ada yang ambik peluang tangkap gambar sekitar kawasan hotel. Ada yang balik bilik terus tido. Dan kami pula, tak lepaskan peluang utk menjenguk “Pattani Contemporary Arts Gallery” yang subhanallah, sungguh amazing!!! Sempat jugaklah kawan-kawan kita ni beli souvenier utk orang kesayangan masing-masing.

Sebahagian hasil seni yang dipamerkan





Esoknya, kami dibawa melawat ke dua buah masjid lama yang berusia 300 dan 400 tahun sebelum pulang ke tanah air tercinta..

Jangan kau ucap selamat tinggal.......
Masjid yang berusia ~300 tahun


Masjid yang berusia ~400 tahun




Their classroom..

Kami akhirnya selamat sampai ke Kampus Gong Badak lebih kurang jam 11 malam.

Diharapkan program ini dapat menyuntik semangat untuk berusaha lebih gigih dalam kalangan pelajar-pelajar perubatan yang turut serta dalam misi melahirkan ‘doktor-doktor perawat ’ instead of sekadar ‘doktor-doktor’ biasa..Moga Allah memberkati usaha-usaha dan niat baik kita semua, dan semoga dipermudahkan perjalanan kita yang seterusnya.....Xie xie!!


BICARA SIHAT SESI III - LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI COVID-19 DALAM KANAK-KANAK (Dr Haslina)

Pada tarikh 14 Ogos 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi ketiga, dengan tajuk langkah-langkah melindungi  Covid-19 dalam kalangan ...