Thursday, August 27, 2015

Professional Exam II


Semoga berjaya 52 pelajar perubatan dan pembedahan MediSZA untuk batch kedua UniSZA dalam menduduki Professional Exam II sepanjang bulan Ogos ini! Semoga menjadi Doktor Ummah yang berjaya..

Projek Amal : Hidupkan Ramadhan dengan Sedekah

Assalamualaikum dan salam 1UniSZA semua!




       Pada bulan Ramadhan yang lepas iaitu pada 3 Julai 2015 (Jumaat), pihak MediSZA berpeluang mengadakan Projek Amal : yang disertai oleh para pensyarah dan para pelajar Fakulti Perubatan UniSZA yang memberi penekanan pada sumbangan kepada anak-anak yatim Darul Hilmi. Selain daripada menikmati juadah berbuka, pada hari program juga diadakan aktiviti memasak dan bergotong-royong antara para pensyarah dan para pelajar perubatan di Kampus Perubatan UniSZA dimana juadah yang disediakan terdiri daripada lima buah negara iaitu Malaysia, India, Pakistan, Iraq dan Myanmar.

   Dari Anas Bin Malik RA, katanya :

               Rasulullah SAW telah ditanya : Wahai Rasulullah! Apakah sdekah yang afdal? Baginda menjawab : Sedekah pada bulan Ramadhan. (Hadis Riwayat Tirmizi)

Pada sebelah pagi sehingga ke petang, program berlangsung dengan aktivti bergotong-royong memasak bersama para pensyarah dan para pelajar perubatan yang terlibat kemudian disambung dengan penyediaan tempat majlis serta penyediaan makanan






















       Projek Amal : Hidupkan Ramadhan dengan Sedekah bermula pada jam 5.00 petang dengan kehadiran para pelajar, kakitangan Fakulti Perubatan, para pensyarah dan para pelajar. Sementara menunggu waktu berbuka puasa, telah diadakan sesi ceramah agama dan pengagihan buah kurma serta air mineral. Sejurus selepas majlis berbuka puasa iaitu dengan menikmati juadah ringan, program diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah dan menikmati juadah berbuka oleh lima buah negara.

    Alhamdulillah segalanya berjalan seperti yang dirancangkan namun beberapa kesilapan teknikal berlaku yang melibatkan keadaan dimana kehadiran anak-anak yatim Darul Hilmi untuk berbuka puasa bersama-sama pihak MediSZA tidak tercapai. Namun begitu, wakil daripada Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi telah hadir dan menerima sumbangan yang telah dikumpulkan untuk anak-anak yatim Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi. Terima kasih kami ucapkan terutamanya daripada Biro Kerohanian dan Pembangunan Modal Insan MediSZA sebagai pihak yang mengarahkan kelangsungan program bagi yang dapat hadirkan diri dan terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam projek amal ini.





Projek Amal : Hidupkan Ramadhan dengan Sedekah turut mendapat perhatian daripada pihak media akhbar


-UNITY FOR THE SAKE OF HUMANITY-


 





Friday, August 21, 2015

FIQH PERUBATAN 2015

Assalamualaikum dan salam 1UniSZA,
        
  Pada 16 Mei 2015 yang lepas telah dijalankan satu program yang ini telah diutarakan oleh Majlis Kolej Kediaman D dan disambut baik oleh ahli Jawatankuasa Surau Al-Amin,  Kolej Kediaman Kampus Perubatan dan Medical Students Association of UniSZA untuk bekerjasama menjayakan sebuah projek dakwah kepada komuniti bertemakan Fiqh Perubatan dan mensasarkan golongan pelajar menengah atas sekitar Kuala Terengganu.


  Sebuah jawatankuasa khas bagi pelaksanaan program yang terdiri daripada ahli Majlis Kolej Kediaman D ,  Jawatankuasa Surau Al-Amin dan Medical Students Association of UniSZA (MediSZA)  dilantik bagi menjayakan program yang dirancang.

Program ini dimulakan pada 8.00 pagi, 16 Mei 2015 dengan majlis pembukaan dan tayangan video pengenalan, diikuti slot ceramah bertajuk  Fiqh Perubatan (Asas Fiqh Perubatan & Hukum Berubat Menurut Islam) oleh Ustaz Abdul Hadi Ismail. Setelah itu, para peserta diberi rehat selama beberapa minit sebelum slot diteruskan dengan ceramah bertajuk Fiqh Perubatan (Bendalir Badan, Aplikasi dan Taharah). 
 
Kedatangan para peserta 


Ucapan alu-aluan oleh pengarah program, saudara Sharil Iman Mohd Hanafi

Bacaan doa oleh saudara Syafiq Suzuki






Sesi soal jawab daripada para fasilitator dan para peserta 




     Kemudian para peserta dibahagikan kepada 30 kumpulan untuk melakukan sesi praktikal Solat Ketika Sakit. Aktiviti ini turut melibatkan 48 fasilitator yang dibahagikan untuk setiap kumpulan. Para peserta menyelesaikan kuiz yang telah disediakan sebelum menikmati sarapan dan kudapan yang disediakan.

Para peserta bergerak mengikut kumpulan masing-masing


                                    Sesi praktikal Solat Ketika Sakit





Kuiz selepas sesi praktikal Solat Ketika Sakit



     Kemudian, majlis penutup telah diadakan dan dirasmikan oleh Y. Brs. Dr Mohd Shahril bin Othman. Sebanyak 5 buah kumpulan terbaik menerima hadiah penghargaan dan setiap peserta turut menerima sijil penyertaan. Program ini telah tamat pada jam 2.00 petang setelah makan tengahari.










                                        -Unity For The Sake Of Humanity-