Tuesday, August 19, 2014

Assalamualaikum wbt..

Bermula 17 hingga 23 Ogos ini, senior-senior tahun 5 kita akan menghadapi Professional Exam II yang mana keputusan peperiksaan inilah yang akan menentukan sama ada seseorang pelajar perubatan itu layak menjadi seorang doktor perubatan atau tidak. Justeru itu, amatlah penting untuk mereka mendapatkan keputusan yang baik demi masa depan mereka sendiri, dan masa depan pelajar-pelajar perubatan UniSZA yang lain, memandangkan mereka ini adalah batch pelajar-pelajar perubatan UniSZA yang pertama! Kejayaan mereka akan mencerminkan kebolehpasaran graduan-graduan perubatan dari UniSZA! Dari itu, kami barisan jawatankuasa MediSZA memohon agar kalian dapat sama-sama mendoakan kejayaan mereka. Semoga Dia memberi hanya yang terbaik buat kita....Aamiiin...





No comments:

Post a Comment