Monday, August 15, 2016

Ramadhan Grand Iftar 2016

Pada 24 Jun 2016 yang lalu telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa Perdana "Ramadhan Grand Iftar 2016/1437 H" peringkat fakulti Perubatan UniSZA. Majlis ini telah diadakan di Kampus Perubatan UniSZA yang diusahakan oleh pihak Fakulti Perubatan UniSZA dengan kerjasama Medical Students Association of UniSZA (MediSZA). 

 

Ini merupakan kali kedua majlis berbuka puasa seumpama ini diadakan. Program yang memakan masa sehari ini dimulakan dengan aktiviti gotong royong beramai-ramai bermula dari jam 9 pagi lagi bagi menyediakan juadah berbuka puasa. Ianya melibatkan seluruh warga Fakulti Perubatan serta Pusat Asasi Perubatan. 

Selesai acara gotong royong menyediakan juadah, Majlis berbuka puasa dimulakan dengan sedikit ceramah sementara menanti waktu berbuka. 

Turut diadakan pada malam tersebut ialah solat magrib, isyak, solat hajat perdana dan solat terawih beramai-ramai. 

Seperti tahun lepas, menu-menu berbuka terdiri daripada makanan yang berasal dari pelbagai negara yang berlainan. Pada tahun ini sekali lagi warga Fakulti Perubatan disajikan dengan menu masakan dari Malaysia, Pakistan, Myanmar dan India. 

Majlis ini telah berjaya merapatkan lagi ukhuwah para pelajar Fakulti perubatan yang terdiri daripada pelajar perubatan sendiri dan pelajar kejururawatan, serta pelajar-pelajar asasi perubatan. Selain itu, ianya juga membuka ruang kepada perkongsian ilmu masakan dan lain-lain antara pelajar dan pensyarah. Akhir kata, semoga majlis ini memberi manfaat kepada semua peserta dan diharapkan ianya menjadi salah satu tradisi warga Fakulti Perubatan UniSZA.

Menyediakan juadah 

Menyediakan juadah 

Booth makanan tradisi India 

Booth masakan Melayu 

Booth masakan Pakistan 

Penyediaan juadah 

Nasi Briyani 









AJK Program 

MediSZA Appreciation Night 2016 : Arabian and Bollywood Night

Pada 28 Mei 2016 yang lalu, telah berlangsung Majlis Makan Malam Tahunan Kali Ke-3, "MediSZA Appreciation Night 2016" bertemakan Arabic dan Bollywood yang telah berlangsung di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu. 

Acara tahunan ini diadakan bertujuan sebagai tanda penghargaan kepada pelajar-pelajar perubatan UniSZA terutamanya pelajar tahun akhir. Majlis yang turut dihadiri oleh para pensyarah dan staff Fakulti perubatan UniSZA dirasmikan oleh Prof. Dr. Nordin bin Simbak, Dekan Fakulti Perubatan UniSZA. 

Majlis turut disajikan dengan persembahan montaj dari ajk pelaksana serta persembahan pentas oleh para pelajar perubatan. Anugerah kepada pelajar cemerlang bagi setiap tahun juga turut disampaikan selain daripada anugerah-anugerah khas tokoh pelajar. 

Persembahan pelajar tahun 3 

Persembahan pelajar tahun 1 

Penyampaian anugerah pelajar cemerlang 

Penyampaian anugerah pelajar cemerlang 

Penyampaian cenderahati kepada pelajar tahun akhir 

King and Queen of The Night 

Antara AJK Pelaksana Majlis 

Ucapan dari wakil pelajar tahun akhir 

Pelajar-pelajar tahun akhir 


Majlis ini sedikit sebanyak dapat mengeratkan hubungan antara para pelajar perubatan serta pensyarah-pensyarah. Diharapkan agar acara tahunan ini menjadi semakin bermanfaat dan diteruskan pada tahun-tahun akan datang.  Akhir kata, terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat dan ahli-ahli MediSZA kerana telah menjayakan MediSZA Appreciation Night. Selamat maju jaya diucapkan kepada pelajar-pelajar tahun akhir. 

Sunday, August 14, 2016

CSR 3.0 Mobile Clinic MediSZA - Final Session

Sebagai kesinambungan kepada artikel  CSR 3.0 Mobile Clinic MediSZA , pada 21 Mei 2016 yang lalu telah berlangsung sesi lawatan terakhir bagi program CSR 3.0 ini. 


Sesi kali ini melibatkan kerjasama antara pihak MediSZA dengan badan organisasi Malaysian Blindness Association (MAB)  untuk meningkatkan taraf hidup penduduk ini. Hasil perbincangan pihak MediSZA bersama NGO tersebut juga telah membawa persetujuan untuk membantu penduduk yang mengalami masalah buta dengan memberikan "white cane" secara percuma.

Sesi ini telah melibatkan lebih dari 50 volunteer dari MediSZA untuk menjayakannya. Pelbagai aktiviti akan dijalan kan seperti pemeriksaan kesihatan susulan rumah ke rumah, ceramah kesihatan oleh Pakar perubatan, Dr Wan  Mohd Razin bin Wan Hassan, pendedahan cara membasuh tangan yang betul kepada kanak-kanak, sukaneka dan pelbagai aktiviti lain. 

Akhir kata, pihak MediSZA berharap dengan adanya program ini akan menjadi titik tolak kearah kemajuan penduduk Kampung Rahmat dan semoga usaha ini diteruskan oleh pihak bertanggungjawab.

Sunday, May 1, 2016

6th Family Day MediSZA : DIVERGENT

Baru- baru ini telah berlangsung sambutan "6th MediSZA Family Day" pada  tanggal 1, 2, 8 dan 9 April 2016. Program tahunan yang ditunggu-tunggu ini disertai oleh semua ahli MediSZA, dimana tema sambutan Family Day pada kali ini diadaptasi dari filem Divergent.

Sambutan ini diadakan setiap tahun dengan matlamat utamanya untuk merapatkan silaturahim sesama pelajar, serta menggalakkan persaingan secara sihat. Hal ini dapat dicapai melalui aktiviti-akitiviti sukan yang dijalankan.  

Seperti sambutan-sambutan Family Day sebelum ini, ( 3rd Family Day , 4th Family Day , 5th Family Day ) , setiap rumah sukan akan berentap untuk merebut gelaran juara. 





Antara kelainan yang dibawa oleh para ahli jawatankuasa program pada tahun ini adalah memperkenalkan permainan tradisional India, iaitu Kabaddi .

Kabbadi 
PingPong
Futsal Lelaki 

Congkak 

Bola Jaring 

Tarik Tali 


Bagi tahun ini, pasukan yang menjuarai Family Day mendapat gelaran DIVERGENT OF THE YEAR! dan gelaran tersebut disandang oleh pasukan Oren (Oxymetazoline). Tahniah diucapkan kepada pasukan Oxy. 
Team Oxy
Team Beclo 
Team Hexa 
Team Hexa 
Team Metro 
Keseluruhan pelajar yang menyertai 

Klik link berikut untuk menyaksikan video perjalanan program; Trailer MediSZA's 6th Family Day  Video MediSZA 6th Family Day  

Majlis penutup telah disempurnakan dengan kehadiran Penasihat 1 MediSZA, Prof. Dr. Zawawi Nordin dan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan Komuniti Fakulti Perubatan, Dr. Wan Mohd Razin bin Wan Hassan. 

Beribu-ribu tahniah dan Jutaan terima kasih kepada semua ahli MediSZA yang telah menyokong program ini, dan terima kasih kepada ahli jawatankuasa program. Semoga berjumpa di tahun hadapan. 





Tuesday, April 12, 2016

Fast, Fit and Furious Run (3F's Run)

Pada 26 Februari 2016 yang lalu, telah berlangsung sebuah program larian anjuran bersama Medical Students Association of UniSZA (MediSZA) dengan Majlis Kolej Kediaman D UniSZA (MKK D) yang dinamakan "Fast, fit and Furious Run (3F's Run).

Program ini julung kali diadakan untuk untuk merapatkan mendekatkan lagi para pelajar perubatan dengan masyarakat setempat yang akan menyertai program ini termasuklah para pelajar dari institut pengajian tinggi lain.  Selain itu, program ini juga menggalakkan penglibatan  masyarakat dalam program berbentuk kesihatan, lantas memupuk masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. 

Lebih dari 500 orang peserta telah menyertai larian ini yang terdiri daripada pelajar perubatan, pelajar-pelajar dari institut pengajian tinggi sekitar Kuala Terengganu dan masyarakat sekeliling. 


Para peserta sedang bersiap-sedia
Para peserta sedang bersiap-sedia 

Taklimat sebelum perlepasan peserta 

Dua kategori telah dipertandingkan iaitu kategori Terbuka Lelaki (7km) dan Terbuka Wanita (5km) yag melibatkan trek sekitar kawasan Kuala Terengganu, khasnya Pantai Batu Burok.







Peserta telah dilepaskan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan Komuniti Fakulti Perubatan UniSZA, Dr. Wan Mohd Razin bin Wan Hasan, dan majlis penutup turut dihadiri oleh Ketua Unit Sukan dan Prestasi Tinggi Negeri terengganu, En. A. Zulkefli Mohamad. 

Pingat kepada peserta yang berjaya menamatkan larian

Antara peserta terawal yang tiba ke garisan penamat 

Ahli Jawatankuasa Larian 3F's Run 

Keratan Akhbar 



BICARA SIHAT SESI III - LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI COVID-19 DALAM KANAK-KANAK (Dr Haslina)

Pada tarikh 14 Ogos 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi ketiga, dengan tajuk langkah-langkah melindungi  Covid-19 dalam kalangan ...