Saturday, May 28, 2011

PESANAN SEORANG TEMAN.....

 Assalamualaikum...dalam kita menempuh peperiksaan yg lepas..byk dugaan yg kita dapat..semua mesti setuju yg exam eos kita (for first year) agk susah kan??? (bukan agak memg susah pn...=;=)....insyaAllah...di sini sy ingin kongsikan post seorang teman kita di facebook mengenai pandangannya mengenai eos baru2 ni....maybe berguna wat suma sebagai pembakar semangat dalam penantian penuh debaran menunggu result eos kita....juga wat kakak2 dan abg2 yg akan menempuhi peperiksaan profesional exam esok...^-^...



Assalamualaikum kawan2….hehe…=)…mesti skrg nih korang rase agak lega ckit kan coz kte dah jwb essay question n osce td…Alhamdulillah…w/pun esk still ade MCQ lg…tpi…..mcm xrisau sgt kot(ape??!!xrisau???!!)….ye lah…at least boleh lah `goreng’ …gunekan kepakaran menggoreng kte semaksimum yg mgkin esk…=)…

Btw..just nak tanye,mcm mne dgn paper essay n osce yg korg dah buat tuh????rase2nyer puas hati tak????oppss!!!xpyh bg tau…tepuk dada n tanye selera….pandai2 lah jwb sndri dlm hati ye…to be honest…actuallynyer sye pun agak sedih dgn ape yg sye dah jwb….kdg2 rse mcm jawapan tuh xmcm student medic pun…tpi xpe,ape2 pun tetap bersyukur kan sbb dah selesai.

Alhamdulillah..….tawakal je…benda dah lepas…xpyh nak pkir2 lagi,bukan dpt benefits ape2 pun btul x????w/pun xdpt jawab sebaik mungkin,bersyukur lah sgt2 pade Allah sbb bg kte kesihatan yg baik,dpt duduk kat bilik yg be`air cond’ time exam ari tuh(bayangkan klu Allah tentukan electric xde ari tuh,xke semua jadi ‘human fried’ kat dlm dewan tuh),pen yg ade dakwat,bas yg disediakan n byk lg lah….

Kpd kwn2 sye yg xdpt nak perform seberapa well utk paper yg lepas(especially ttg paper essay) kat luar sana tuh(trmasuk sye…)..satu benda jew sye nak stress kan,kwn2  jgnlah sedih2 ye….nikmat n rezeki Allah tu luas n besar….klu Allah nak bagi kte semua lulus,InsyaAllah kte akan lulus….

“Sesungguhnya urusan-nya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya Berkata kepadanya,`Jadilah!’Maka jadilah sesuatu itu”
                                                                                                           Surah Yassin :82

Tpi..Xboleh nak tipu lah kan,sedih tuh mmg ade…kdg2 bce notes dah bertimbun2 tpi ble time exam still xboleh nak jwb dgn baik….lupa tuh lah,lupa nih lah…kdg2 rase mcm baik xpyh bce…btul x????huhuhu….xbtul2..hehehe…ape yg penting,before tawakal pd Allah,kte knelah usaha dlu….insyaAllah ade ganjaran bg org yg berusaha…tawakal tuh kenelah seiringan dgn usaha….yg penting kte dah buat semampu yg kte boleh…just do the best n Allah will take care the rest….

“Tidak!Barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah,dan dia berbuat baik,dia mendapat pahala di sisi Tuhan-nya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati”
                                                                                               Surah Al-Baqarah:112

“(Dia-lah)Allah,tidak ada tuhan selain Dia.Dan hendaklah orang-orang Mukmin bertawakal kepada Allah”
                                                                                         Surah at-taghabun:13

Nampak x???dlm Al-Quran pun dah tertulis,tawakal je pada Allah.. yg lepas tuh lepas…mmg xde sape lg yg dpt tolong kte skrg nih kecuali Allah..doa byk2 semoga kte semua lulus kan EOS kali nih..Allah adalah sebaik2 penolong kte…dlm Al-Quran pun ade sebutkan….

“Wahai orang –orang yang beriman!Mohonlah pertolongan(kepada Allah)dengan sabar dan solat.Sungguh,Allah beserta orang-orang yang sabar.”
                                                                                                  Surah al-Baqarah:153

“Tidakkah kamu tahu bahwa Allah Memiliki kerajaan langit dan bumi?Dan tidak ada bagimu pelindung dan penolong selain Allah”
                                                                                                   Surah al-baqarah:107

Memang normal lah kan,hidup nih memang xlari dari dugaan n ujian kdg2 dlm hati nih nak je jerit…`Ya Allah!kenapa kau uji aku mcm nih??? ‘…tpi cuba tgk baik2 ayat nih..

“Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan dgn mengatakan,”Kami telah beriman,”dan mereka tidak diuji?
                                                                                                    Surah al-ankabut:2

Kwn2…ade hikmah disebalik semua benda yg berlaku tuh…Allah xuji sengaja2…Allah tahu kte semua kuat utk terima ujian nih…percayelah…ade hikmah atas smua yg terjadi..

“Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu.Allah Mengetahui,sedang kamu tidak mangetahui”
                                                                                                     Surah Al-Baqarah:286

“Allah tidak Membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…”
                                                                                                    Surah Al-Baqarah:286


SubhanAllah….hebat kan kuasa Allah….jadi kwn2 lepas nih xpayah lah nak risau sgt ye….do better for the next mcq n also for the next exam….don’t give up!!akhir kata,sye tinggalkan kwn2 dgn satu ayat Al-Quran nih…best sgt makna dia….hayati lah ye…Wallahualam…Assalamualaikum..
salam sayang dari HABIBATULLAH....


“Dan Dia Memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah,niscaya Allah akan Mencukupkan (keperluan)nya.Sesungguhnya Allah Melaksanakan urusan-Nya.Sungguh,Allah telah Mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu”
                                                                                                     Sural Ath-Thalaq:3


InsyaAllah....moga2 cebisan2 nasihat yg diutarakan oleh sahabat kita tadi dapat sedikit sebanyak memotivasikan kita....ingat wahai kawan2 n senior2ku sekalian sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik penolong...setelah berhempas pulas berusaha mohonlah kepadaNya...insyaAllah..Allah akan memperkenankannya...namun begitu ikhlaskan lah niat kita belajar ini semata-mata kerana Allah....semoga jihad kita menntut ilmu ini diredhai dan diberikan pahala olehNya...

Untuk kakak2 n abang2 2nd year...kami mengucapkan selamat menduduki professional exam esok....maafkan lah kami (budak2 1st year ni) kalo ada benda yg kami wat ada menyinggung hati kakak2 n abg2 suma yer....insyaAllah,kami doakan all the best for the seniors and hope all of u can proceed to the clinical year.....aminnn.....

Sekian wasalam....

Professional Exam 1

Persatuan Mahsiswa/i Perubatan UniSZA
mengucapkan  selamat menduduki peperiksaan Profesional 1 
kepada semua pelajar Tahun 2 MBBS UniSZA. 
All The Best!!!


 29 Mei 2011 - 1 JUN 2011

~ Unity for The Sake of Humanity ~

Wednesday, May 25, 2011

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979


Selamat Hari Guru.... Jasamu Dikenang.... Terima Kasih Cikgu!!

Wednesday, May 11, 2011

EOM Assessment



End Of Module Assessment
Module 8 : GIT, Nutrition, Growth & Development
12 Mei 2011 (Khamis)
All The Best!!!!

~Unity For The Sake of Humanity~

Tuesday, May 10, 2011

Pembekuan pembukaan fakulti perubatan baru bukan pengambilan pelajar baru perubatan

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menjelaskan keputusan melaksanakan moratorium atau pembekuan itu hanya dibuat terhadap pembukaan fakulti perubatan baru di institusi pengajian tinggi (IPT) dan bukannya dalam soal pengambilan pelajar baru dalam bidang perubatan.
Moratorium itu akan dilaksanakan mulai 1 Mei tahun ini sehingga 30 April 2016.

“Kekeliruan yang mengatakan kita tak akan ambil pelajar perubatan tidak betul, yang tidak dibenarkan (ialah pembukaan) sekolah perubatan baru. Ia juga tidak babitkan soal penghantaran pelajar luar negara,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan penuntut Malaysia di Denmark di sini, hari ini.Beliau berada di ibu negara Denmark ini untuk menghadiri Persidangan Menteri-menteri Pelajaran Asia-Eropah (ASEMME).

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran ,Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi penghormatan untuk berucap pada sesi plenari persidangan itu esok.Mohamed Khaled berkata, langkah pelaksanaan moratorium itu tidak akan menjejaskan bilangan pegawai perubatan yang diperlukan negara kerana pengambilan pelajar di IPT yang menawarkan program perubatan sedia ada mampu melahirkan bilangan pegawai perubatan yang mencukupi.


“Pada masa ini terdapat 33 IPT menawarkan program perubatan, 10 daripadanya adalah institusi pengajian awam dan selebihnya swasta, yang diyakini berkeupayaan menjana nisbah seorang pegawai perubatan bagi 400 penduduk (1:400)pada 2020, katanya.

Ditanya sama ada terdapat IPT yang memohon untuk menubuhkan fakulti baru untuk program perubatan, beliau berkata kementerian tidak menerima permohonan baru untuk membuka fakulti perubatan.
“Tidak ramai yang tunggu (untuk memohon), sekurang-kurang tidak perlu mana-mana universiti cuba nak mohon fakulti perubatan, 33 sudah mencukupi,” katanya.

Mohamed Khaled juga menjelaskan bahawa moratorium itu dilaksanakan bagi membolehkan usaha meningkatkan kualiti pengajian di fakulti perubatan sedia ada dapat dipertingkatkan bagi melahirkan pegawai perubatan yang berkualiti.

Katanya, kualiti pegawai perubatan yang menjalani latihan umpamanya boleh terjejas berikutan “kesesakan” pegawai perubatan yang menjalani latihan di hospital kerana bilangan yang kini menjalani penempatan latihan itu semakin meningkat.

Selain itu, katanya, fakuti perubatan sedia ada juga berhadapan dengan masalah mendapatkan tenaga pengajar berkualiti.“Dengan adanya moratorium, dapatlah kita beri tumpuan untuk tingkatkan kualiti sekolah-sekolah perubatan sedia ada.

“Masa moratorium inilah usaha dapat dilakukan untuk meningkatkan kualiti sekolah-sekolah, kurikulum, peralatan dan sebagainya,” katanya. – BERNAMA

Friday, May 6, 2011

HARI KELUARGA MBBS UniSZA

Biro Sukan & Kebudayaan
Persatuan Mahasiswa/i Perubtan UniSZA (PERMATA UniSZA)
akan mengadakan program:

"Hari Keluarga MBBS UniSZA 2011"

~Unity For The Sake of Humanity~

KURSUS BAHARU PERUBATAN DI SEMUA 33 IPT DIBEKUKAN

Gambar hiasan

Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan MORATORIUM atau pembekuan ke atas penawaran kursus baharu bidang perubatan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selama 5 tahun sehingga 30 APRIL 2016.Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, moratorium itu dilaksanakan segera berdasarkan kepada peningkatan ketara bilangan graduan perubatan yang dikeluarkan IPT, kompetensi pegawai perubatan siswazah, tenaga pengajar dan Hospital Pengajar.

Beliau berkata, pelaksanaan moratorium ini tidak sama sekali menjejaskan bilangan pegawai perubatan yang diperlukan negara kerana pengeluaran graduan perubatan dari 33 IPT sedia ada di samping graduan perubatan luar negara yang pulang ke Malaysia adalah memadai."Malah ia diyakini mampu menghasilkan jumlah doktor perubatan yang mencukupi menjelang 2020 dengan nisbah seorang pegawai perubatan kepada 400 penduduk (1:400),” katanya.

Beliau ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Perjanjian antara Institut Pembangunan Profesional-Universiti Terbuka Malaysia (IPD-OUM) dengan Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (PPBM) serta melancarkan program IPD-OUM dan PPBM di Kuala Lumpur hari ini.IPD-OUM diwakili Naib Presiden Kanan OUM Prof Dr Mansor Fadzil manakala PPBM diwakili presidennya Kwan Foh Kwai.NONEMohamed Khaled berkata sehingga 31 Jan, terdapat sebanyak 33 IPT membabitkan 11 IPT Awam dan 22 IPT Swasta yang menawarkan kursus pengajian perubatan peringkat sarjana muda.

Katanya walaupun bilangan IPT adalah 33, namun jumlah keseluruhan kursus perubatan adalah sebanyak 47 kursus kerana terdapat IPT yang menawarkan lebih daripada satu program."Contohnya, kursus berkembar yang ditawarkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Universiti Padjajaran (Indonesia) pada 2006 dan Allianze University College of Medical Sciences; ACMS (2009)," katanya.Katanya daripada 33 IPT terbabit, 17 IPT telah diberi pengiktirafan membabitkan lapan IPT Awam dan sembilan IPT Swasta.

Ape pendapat anda?

Monday, May 2, 2011

BICARA ILMU

Biro Kerohanian & Pembangunan Moda Insan 
Persatuan Mahasiswa/i Perubatan UniSZA (PERMATA UniSZA) 
akan mengadakan program:

"Bicara Ilmu"
Tarikh: 3 Mei 2011 (Selasa)
Tempat: Surau Kolej Kediaman MAIDAM
Masa: 7.30pm - 8.30pm
Penceramah : Dr. Salman Amiruddin (Persyarah Perubatan FPSK UniSZA)

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

~Unity For The Sake of Humanity~




BICARA SIHAT SESI III - LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI COVID-19 DALAM KANAK-KANAK (Dr Haslina)

Pada tarikh 14 Ogos 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi ketiga, dengan tajuk langkah-langkah melindungi  Covid-19 dalam kalangan ...