MEDICAL STUDENTS ASSOCIATION OF UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
(MEDISZA)
(MEDISZA)
Persatuan Mahasiswa/i Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (PERMATA UniSZA) secara rasminya telah ditubuhkan pada 13 Februari 2010 dengan menggunakan nama PERMATA UDM (Universiti Darul Iman Malaysia). Idea asal penubuhan persatuan ini telah dicadangkan oleh Prof Dr. Ahmad Zubaidi B. Abdul Latif iaitu Dekan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UniSZA. Pelajar perubatan UniSZA (Batch Pertama) telah bekerjasama menubuhkan persatuan ini serta mewujudkan organisasi Persatuan Mahasiswa/i Perubatan Unisza ini.
Dekan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UniSZA, Prof Dr. Ahmad Zubaidi secara rasminya menjadi penaung kepada persatuan ini dan Dr. Salwani Bt. Ismail merupakan penasihat pertama untuk persatuan ini. Saudara Muhammad Asraf B. Abdullah Latif telah dipilih sebagai Yang Dipertua pertama untuk PERMATA UniSZA. Keahlian persatuan ini hanyalah terbuka kepada pelajar perubatan UniSZA iaitu pelajar perubatan yang berdaftaf di UniSZA secara automatik menjadi ahli persatuan PERMATA UniSZA.
LOGO PERSATUAN PERMATA UniSZA
MISI DAN VISI PERMATA UniSZA
MISI
Persatuan Mahasiswa/i Perubatan UniSZA akan bergerak berkomited untuk untuk menjaga kebajikan para mahasiswa/i perubatan UniSZA dan melahirkan doktor perubatan yang berkompeten di masa hadapan
VISI
Persatuan Mahasiswa/i Perubatan UniSZA akan bergerak secara sistematik, proaktif dan progresif bagi melahirkan graduan perubatan yang bermentaliti kelas pertama melalui:
1. Pengaplikasian ilmu kearah membentuk graduan perubatan yang berkualiti
2. Meningkatkan kemahiran insaniah dan spiritual bagi mewujudkan ukhwah yang teguh
3. Memelihara kebajikan mahasiswa/i perubatan secara berkesan
MOTO PERSATUAN
Unity for the Sake of Humanity