KEMPEN ‘CINTA KE SYURGA’
Assalamualaikum wbt. dan selamat sejahtera semuaaaa...
Alhamdulillah, dapat meluangkan masa untuk update ceritera sang
MediSZA kali ni. Mana taknya,kebelakangan ni banyak pulak
program..bersusun-susun aktiviti MediSZA haa..
Untuk entry kali ni, kami nak mempersembahkan corat-coret
sepanjang program kami yang mana namanya sangat osemmmm!!!: Kempen
'Cinta Ke Syurga' yang telah pun
berlangsung pada 15-19 Jun 2014, bertempat di Kolej Kediaman D (Maidam) UniSZA.
Sepanjang kempen berlangsung, para penghuni Maidam telah disajikan
dengan pelbagai menu harian yang menarik sebagai santapan rohani.
15 Jun 2014: Pelancaran Minggu Kempen ‘Cinta Ke Syurga’ dan
tayangan video
16 Jun 2014: Tayangan video selepas Maghrib
17 Jun 2014: Kuliah maghrib oleh Ustaz Abdul Hadi bin Ismail
18 Jun 2014: Tayangan video selepas Maghrib
19 Jun 2014: Forum Perdana: Baitul Muslim vs Baitul Mukmin di Dataran
Parkir Kolej Kediaman D Maidam dan Penutup Minggu Kempen ‘Cinta Ke
Syurga’-anjuran bersama JPKP dan Surau
al-Amin
20-21 Jun 2014: Kursus Pra-Perkahwinan (PMC)-anjuran bersama JPKP dan Surau al-Amin
20-21 Jun 2014: Kursus Pra-Perkahwinan (PMC)-anjuran bersama JPKP dan Surau al-Amin
Selain itu, para penghuni Maidam juga telah mendapat bingkisan
artikel harian tentang Ikhtilat, Cinta dan Nikah di sisi Islam. Bukan itu
sahaja, penanda buku juga telah diedarkan kepada setiap penghuni. Pada hari
terakhir kempen, sebuah tabloid khas bertajuk 'Cinta Ke Syurga' telah diedarkan
kepada penghuni-penghuni Maidam.
ARTIKEL
1
ARTIKEL
2
ARTIKEL
3
ARTIKEL
4
FORUM
PERDANA
PRE-MARITAL
COURSE (PMC)
Berikut adalah sedikit sebanyak kesimpulan yang dapat kami berikan
dari Kempen 'Cinta Ke Syurga' ini. Semoga kempen ini dapat memberikan manfaat
yang besar kepada para peserta. Yang baik itu datangnya dari Allah SWT, Sang
Pemilik Cinta, manakala yang salah dan buruk itu datangnya dari kekhilafan kami
sendiri. Kami di pihak peganjur ingin memohon maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang
kempen ini berlangsung.
"Cinta itu adalah fitrah bagi setiap yang bernama manusia.
Baik lelaki mahupun perempuan, tua atau muda, miskin dan kaya, semua orang
perlu cinta untuk hidup. (Tapi rasanya oksigen lebih penting..hohoho..) Cinta
ada definisi yang merangkumi semua di dunia ni..Boleh dikaitkan dengan Tuhan,
dengan ayah ibu, keluarga, rakan-rakan, makhluk lain dan sebagainya. Tapi, bila
sebut je 'CINTA', 1st thing yg kebanyakan dari kita akan fikir mesti pasangan
kekasih kan..Jadi persoalannya, boleh ke tak kita ni berkasih?
Firman Allah dalam kitab agung Al Quran:
"Dan di antara tanda-tanda yang
membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai
kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati
dan hidup mesra dengannya (sakinah), dan dijadikanNya di antara kamu (suami
isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah).
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang
menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Ar Rum:21)
Telah Allah katakan bahawasanya telah diciptakan seorang perempuan
utk lelaki (dan sebaliknya) utk diberikan 3 perkara:
1) Sakinah=ketenangan, ketenteraman
2) Mawaddah=kasih sayang
3) Rahmah=belas kasihan
Ketiga-tiga perkara ini adalah fitrah keperluan seseorang manusia,
dan kerana itu, manusia akan berusaha untuk mencapainya. Through what way???
Yes..NIKAH..
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang
(lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari
hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan
memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas
(rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." (An Nur:32)
Wahhh...dah dapat 3 perkara tadi, Allah nak tambah satu hadiah
lagi pulak, yakni Rezeki..Siapa yang xnak kan..
" Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa
yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku ". (
Riwayat Ibnu Majah )
Hari tu bila Dr Basri Ibrahim bertanya, "Apakah yang
membuatkan pelajar-pelajar medik kita tak pergi ke hospital malam ni (malam
ceramah)?" , hampir semua orang tergelak dan tersengih-sengih.
Jawapannya, sebab fitrah ler...Anak-anak muda memang akan berminat
untuk berkahwin...Sehinggakan Rasulullah juga bersabda:
“Wahai orang muda, sesiapa antara kamu yang
mempunyai kemampuan (zahir dan batin), maka hendaklah dia berkahwin kerana ia
lebih menundukkan pandangan dan lebih memelihara faraj dan siapa yang tidak
mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana berpuasa itu memecahkan syahwat jimak
(mengurangkan keinginan jimak)." (Riwayat al-Bukhari)
Maka sahabat MediSZA sume, sapa-sapa yang rasa dah mampu tu, baik
laki ke puang, kalau dah ada calon yang berkenan, melekat di hati,
silakannnn....ke rumah pok mertuanya…debor macam nak tercabut jantung pun
gagahkan jugak ye..biar tercabut jantung, asal dapat restu ibubapa si
dia..kikiki..
And please, no COUPLE okeh..There's no such thing in Islam! Bagi
yang dah terlajak tu, masih belum terlambat nak berpatah balik..Nak rumahtangga
bahagia kan..nak 4 hadiah yang Allah sediakan tadi tu kan..Rumahtangga ni
bknnye "fairytale that comes true", tapi kita yg kene berusaha di
setiap step, supaya kebahagiaan akan sentiasa mengiringi rumahtangga yang
dibina..Bermula dari mana?Bila? Sekarang! La niii jugakk!!! Bermula dengan diri
kita ni..perbaiki diri kita, pastikan kita bersedia untuk menghadapi kehidupan
berumahtangga. Jauhi zina dan sebarang laluan ke sana..Pilihlah calon
suami/isteri berdasarkan agamanya..Kerana...
"Dinikahi akan perempuan itu kerana 4 perkara: hartanya,
keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dari kalangan mereka
yang beragama nescaya kamu akan selamat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
“Apabila datang (meminang) kepadamu orang yang kamu redha
agamanya dan akhlaknya maka kahwinilah ia. Jika tidak engkau perbuat
(demikian), akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas.” –
(Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
Akhir kata, selamat berjumpa mak ayah mertua, selamat melangsungkan
pernikahan, dan dengan lesen yang halal di sisi Allah nanti, moga dapat
melahirkan Baitul Muslim yang diredhai Allah, and lastly moga dipermudahkan
perjalanan ‘Cinta Ke Syurga’ kami doakan.." ^_^
~Biro Publisiti & Hubungan
Luar MediSZA 2013/2014~
No comments:
Post a Comment