Friday, June 27, 2014

KEMPEN ‘CINTA KE SYURGA’

Assalamualaikum wbt. dan selamat sejahtera semuaaaa...

Alhamdulillah, dapat meluangkan masa untuk update ceritera sang MediSZA kali ni. Mana taknya,kebelakangan ni banyak pulak program..bersusun-susun aktiviti MediSZA haa..


Untuk entry kali ni, kami nak mempersembahkan corat-coret sepanjang program kami yang mana namanya sangat osemmmm!!!: Kempen 'Cinta Ke Syurga' yang telah pun berlangsung pada 15-19 Jun 2014, bertempat di Kolej Kediaman D (Maidam) UniSZA.


Sepanjang kempen berlangsung, para penghuni Maidam telah disajikan dengan pelbagai menu harian yang menarik sebagai santapan rohani.

15 Jun 2014: Pelancaran Minggu Kempen ‘Cinta Ke Syurga’ dan tayangan video
16 Jun 2014: Tayangan video selepas Maghrib
17 Jun 2014: Kuliah maghrib oleh Ustaz Abdul Hadi bin Ismail
18 Jun 2014: Tayangan video selepas Maghrib
19 Jun 2014: Forum Perdana: Baitul Muslim vs Baitul Mukmin di Dataran Parkir Kolej Kediaman D Maidam dan Penutup Minggu Kempen ‘Cinta Ke Syurga’-anjuran bersama JPKP dan Surau al-Amin
20-21 Jun 2014: Kursus Pra-Perkahwinan (PMC)-anjuran bersama JPKP dan Surau al-Amin

Selain itu, para penghuni Maidam juga telah mendapat bingkisan artikel harian tentang Ikhtilat, Cinta dan Nikah di sisi Islam. Bukan itu sahaja, penanda buku juga telah diedarkan kepada setiap penghuni. Pada hari terakhir kempen, sebuah tabloid khas bertajuk 'Cinta Ke Syurga' telah diedarkan kepada penghuni-penghuni Maidam.


ARTIKEL 1



ARTIKEL 2

ARTIKEL 3

ARTIKEL 4

FORUM PERDANA

PRE-MARITAL COURSE (PMC)

Berikut adalah sedikit sebanyak kesimpulan yang dapat kami berikan dari Kempen 'Cinta Ke Syurga' ini. Semoga kempen ini dapat memberikan manfaat yang besar kepada para peserta. Yang baik itu datangnya dari Allah SWT, Sang Pemilik Cinta, manakala yang salah dan buruk itu datangnya dari kekhilafan kami sendiri. Kami di pihak peganjur ingin memohon maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang kempen ini berlangsung.

"Cinta itu adalah fitrah bagi setiap yang bernama manusia. Baik lelaki mahupun perempuan, tua atau muda, miskin dan kaya, semua orang perlu cinta untuk hidup. (Tapi rasanya oksigen lebih penting..hohoho..) Cinta ada definisi yang merangkumi semua di dunia ni..Boleh dikaitkan dengan Tuhan, dengan ayah ibu, keluarga, rakan-rakan, makhluk lain dan sebagainya. Tapi, bila sebut je 'CINTA', 1st thing yg kebanyakan dari kita akan fikir mesti pasangan kekasih kan..Jadi persoalannya, boleh ke tak kita ni berkasih?

Firman Allah dalam kitab agung Al Quran:

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya (sakinah), dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Ar Rum:21)

Telah Allah katakan bahawasanya telah diciptakan seorang perempuan utk lelaki (dan sebaliknya) utk diberikan 3 perkara:
1) Sakinah=ketenangan, ketenteraman
2) Mawaddah=kasih sayang
3) Rahmah=belas kasihan

Ketiga-tiga perkara ini adalah fitrah keperluan seseorang manusia, dan kerana itu, manusia akan berusaha untuk mencapainya. Through what way??? Yes..NIKAH..

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." (An Nur:32)

Wahhh...dah dapat 3 perkara tadi, Allah nak tambah satu hadiah lagi pulak, yakni Rezeki..Siapa yang xnak kan..

" Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku ". ( Riwayat Ibnu Majah )

Hari tu bila Dr Basri Ibrahim bertanya, "Apakah yang membuatkan pelajar-pelajar medik kita tak pergi ke hospital malam ni (malam ceramah)?", hampir semua orang tergelak dan tersengih-sengih.

Jawapannya, sebab fitrah ler...Anak-anak muda memang akan berminat untuk berkahwin...Sehinggakan Rasulullah juga bersabda:

“Wahai orang muda, sesiapa antara kamu yang mempunyai kemampuan (zahir dan batin), maka hendaklah dia berkahwin kerana ia lebih menundukkan pandangan dan lebih memelihara faraj dan siapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana berpuasa itu memecahkan syahwat jimak (mengurangkan keinginan jimak)." (Riwayat al-Bukhari)

Maka sahabat MediSZA sume, sapa-sapa yang rasa dah mampu tu, baik laki ke puang, kalau dah ada calon yang berkenan, melekat di hati, silakannnn....ke rumah pok mertuanya…debor macam nak tercabut jantung pun gagahkan jugak ye..biar tercabut jantung, asal dapat restu ibubapa si dia..kikiki..

And please, no COUPLE okeh..There's no such thing in Islam! Bagi yang dah terlajak tu, masih belum terlambat nak berpatah balik..Nak rumahtangga bahagia kan..nak 4 hadiah yang Allah sediakan tadi tu kan..Rumahtangga ni bknnye "fairytale that comes true", tapi kita yg kene berusaha di setiap step, supaya kebahagiaan akan sentiasa mengiringi rumahtangga yang dibina..Bermula dari mana?Bila? Sekarang! La niii jugakk!!! Bermula dengan diri kita ni..perbaiki diri kita, pastikan kita bersedia untuk menghadapi kehidupan berumahtangga. Jauhi zina dan sebarang laluan ke sana..Pilihlah calon suami/isteri berdasarkan agamanya..Kerana...

"Dinikahi akan perempuan itu kerana 4 perkara: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dari kalangan mereka yang beragama nescaya kamu akan selamat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

“Apabila datang (meminang) kepadamu orang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya maka kahwinilah ia. Jika tidak engkau perbuat (demikian), akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas.” – (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Akhir kata, selamat berjumpa mak ayah mertua, selamat melangsungkan pernikahan, dan dengan lesen yang halal di sisi Allah nanti, moga dapat melahirkan Baitul Muslim yang diredhai Allah, and lastly moga dipermudahkan perjalanan ‘Cinta Ke Syurga’ kami doakan.." ^_^

~Biro Publisiti & Hubungan Luar MediSZA 2013/2014~

BICARA SIHAT SESI III - LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI COVID-19 DALAM KANAK-KANAK (Dr Haslina)

Pada tarikh 14 Ogos 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi ketiga, dengan tajuk langkah-langkah melindungi  Covid-19 dalam kalangan ...