Monday, January 28, 2013

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Mahasiswa/i Perubatan UniSZA (PERMATA) Kali Ke-3

Pada 26 November 2012 Persatuan Mahasiswa/i Perubatan UniSZA (PERMATA UniSZA) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-3 bertempat di Dewan Teater Kampus Kota Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Mesyuarat agung tahunan ini diadakan bertujuan untuk mengumumkan pembubaran organisasi PERMATA UniSZA bagi Sesi 2011/2012 dan diganti dengan organisasi baru bagi sesi 2012/2013.


Pembubaran organisasi PERMATA UniSZA diadakan berikutan pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA Sesi 2011/2012. Pemilihan organisasi baru PERMATA UniSZA teleh dibuat menggunakan sistem pilihan raya yang telah diadakan pada 16 Oktober 2012. Mesyuarat agung tahunan ini telah dirasmikan oleh penasihat persatuan iaitu Cik Holifa Saheera Bt Asmara. Majlis ini turut dihadiri oleh bekas penasihat PERMATA UniSZA Prof. Madya Dr. Shaharudin Bin Abdullah, wakil MPP UniSZA Sesi 2012/2013 Saudari Wong Fui Ngee (Exco Perpaduan, Kebudayaan & Kesenian MPP UniSZA).

Bacaan doa yang ketuai oleh saudaraMuhammad Arif Fahmi B. Abu Bakar
Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Saudara Muhammad Arif Fahmi Bin Abu Bakar dan seterusnya diikuti dengan ucapan daripada Penasihat PERMATA UniSZA Sesi 2011/2012 Cik Holifa Saheera Binti Asmara. Beliau telah mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa PERMATA UniSZA Sesi 2011/2012 yang berjaya menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Beliau seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-3 PERMATA UniSZA dan membubarkan Jawatankuasa PERMATA UniSZA Sesi 2011/2012.

Ucapan daripada Penasihat PERMATA UniSZA Cik Holifa Saheera Binti Asmara

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Yang Dipertua PERMATA UniSZA Sesi 2011/2012, Saudara Muhammad Nurul Irsyad Bin Mohd Yunus. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa PERMATA UniSZA Sesi 2011/2012 kerana telah menjalankan tugas dengan baik. Beliau juga mengumumkan penambahan biro baru dalam Jawatankuasa PERMATA UniSZA iaitu Biro Keusahawanan & Ekonomi bagi memantapkan dan mengukuhkan sumber kewangan persatuan. Di akhir ucapan, beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa baru PERMATA UniSZA Sesi 2012/2013.

Ucapan Yang Dipertua PERMATA UniSZA 2011/2012
Seterusnya, majlis diteruskan dengan sesi pembentangan laporan aktiviti tahunan PERMATA UniSZA oleh saudara Tuan Nashrul Hadi Bin Tuan Mahadi selaku Setiausaha PERMATA UniSZA Sesi 2011/2012. Seterusnya, majlis diteruskan dengan pembentangan laporan kewangan PERMATA UniSZA oleh Saudara Ahmad Aiman Bin Abd Ghani selaku Timbalan Bendahari PERMATA UniSZA Sesi 2011/2012.

Pembentangan laporan aktiviti sepanjang Sesi 2011/2012 oleh Setiausaha PERAMATA UniSZA Sesi 2011/2012 saudara Tuan Nashrul Hadi Bin Tuan Mahadi
Acara kemuncak majlis ini diteruskan dengan sesi memperkenalkan Jawatankuasa baru PERMATA UniSZA Sesi 2012/2013 yang dipersembahkan melalui tanyangan video yang telah disediakan oleh Biro Publisi & Perhubungan Luar PERMATA UniSZA 2012/2013. Seterusnya, Yang Dipertua baru PERMATA UniSZA Sesi 2012/2013 iaitu saudara Mohd Saufiq Bin Md Desa telah dijemput untuk memberikan ucapan.

Ucapan daripada Yang Dipertua baru PERMATA UniSZA Sesi 2012/2013 Saudara Mohd Saufiq B. Md Desa
Majlis diteruskan lagi dengan acara penyerah cenderahati kepada bekas penasihat PERMATA UniSZA iaitu Dr. Salwani Bin Ismail (Penasihat PERMATA UniSZA Sesi 2009/2010 hingga Sesi 2011/2012) dan juga Prof  Madya Dr Shaharudin Bin Abdullah (Penasihat PERMATA UniSZA 2011/2012). Cenderahati telah disampaikan oleh Cik Holifa Saheera Binti Asmara dan diiringi oleh mantan YDP PERMATA UniSZA 2011/2012.

Penyeran cenderahati kepada bekas Penasihat PERMATA UniSZA Prof. Madya Dr. Shaharudin B. Abdullah
Acara seterusnya adalah sesi penyerah fail biro daripada exco lama kepada exco yang baru dilantik.Sekali lagi Jawatankuasa PERMATA UniSZA Sesi 2012/2013 diperkenalkan kepada semua ahli persatuan. Sebelum acara penutup, satu pembentangan perancangan aktiviti persatuan bagi sesi 2012/2013 telah diadakan. Pembentangan dilakukan oleh Yang Dipertua PERMATA UniSZA Sesi 2012/2013 Saudara Mohd Saufiq Bin Md Desa.

Sesi penyerahan fail persatuan dan fail bior oleh Ahli Jawatankuasa lama kepada Ahli Jawatankusa baru PERMATA UniSZA 2012/2013 sebagai simbolik penyeraha tugas persatuan.

Diharap semua Ahli Jawatankuasa yang terpilih dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan baik bagi memantapkan lagi Persatuan Mahasiswa/i Perubatan UniSZA (PERMATA UniSZA).

BICARA SIHAT SESI III - LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI COVID-19 DALAM KANAK-KANAK (Dr Haslina)

Pada tarikh 14 Ogos 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi ketiga, dengan tajuk langkah-langkah melindungi  Covid-19 dalam kalangan ...