Monday, January 20, 2020

Ceramah Doktor dan Dakwah Bil-Hal

   Pada 18 Januari 2020, MediSZA dengan kerjasama Surau al-Amin telah menganjurkan program DOKTOR DAN DAKWAH BIL-HAL untuk memberi pendedahan awal tentang satu pertubuhan yang dikenali sebagai Briged Bakti Malaysia (BBM) kepada mahasiswa mahasiswi perubatan UniSZA. 



   Ceramah santai diberikan oleh Dato Dr Abdul Razak Bin Kechik, pengerusi BBM. Tetamu khas yang tidak asing lagi bagi kita iaitu pensyarah kita Prof Dato Dr Ahmad Zubaidi Bin A. Latif dan Prof Dr Mohd Nor Bin Gohar Rahman turut hadir bagi memeriahkan majlis. Perkongsian ringkas juga diberikan oleh En. Helmi bin Mohd Noor (YDP Briged Bakti Malaysia Negeri Terengganu) dan Leftenan komander Hj Mohd Sofi. 









   Program ini dikendalikan oleh Muhammad Yasran Bin Hanafi, pelajar tahun 3, Exco kebajikan, Kerohanian dan Keselamatan MediSZA. Semua pelajar Muslim perubatan UniSZA diwajibkan hadir dan pelajar bukan Muslim adalah dialu-alukan. 



   Program ini diharap mampu menaikkan semangat para pelajar perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan kerana pelajar didedahkan dengan misi, visi dan falsafah Briged Bakti Malaysia yang bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang membudayakan semangat tolong-menolong.





-18 Januari 2020-
"UNITY FOR THE SAKE OF HUMANITY"

LAWATAN PELAJAR MRSM KUALA BERANG



   Pada 18 Januari 2020, MRSM Kuala Berang telah mengadakan lawatan ke Fakulti Perubatan UniSZA sempena Fraternity Reward Day -Road to SPM. Seramai 33 orang pelajar Tingkatan 5 yang cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Semester 2 2019 beserta 2 orang guru pengiring terlibat dalam program ini. 


  Pihak MediSZA juga telah memberikan sedikit pendedahan kepala pelajar MRSM kuala Berang tentang cara-cara melakukan CPR, organ manusia serta penggunaan mikroskop.




   Kami sangat berbesar hati kerana pihak MRSM Kuala Belang sudi untuk hadir ke Kampus Perubatan UniSZA. Pihak MediSZA mendoakan kejayaan kepada pelajar-pelajar MRSM Kuala Berang yang bakal menghadapi SPM tahun ini.





-18 Januari 2020-
"UNITY FOR THE SAKE HUMANITY"


Sunday, January 19, 2020

Jualan makanan anjuran MediSZA


  Pada 17 Januari 2020, bertempat di kafe kolej kediaman MAIDAM, exco ekonomi dan keusahawan telah mengendalikan jualan bulanan kepada pelajar-pelajar perubatan Unisza. Jualan yang dilakukan pada harı tersebut merupakan perasmian untuk jualan yang akan dilakukan kelak.



    Sambutan yang yang sangat menggalakan diterima pada harı tersebut. Harapan kami adalah untuk menambah lagi menu untuk jualan akan datang dan kami berharap juga agar sambutan lebih meriah dapat diterima dari pelajar-pelajar perubatan UniSZA.




-17 Januari 2020-
"UNITY FOR THE SAKE OF HUMANITY"


Speaker's Corner

   Pada hari Rabu, 16 Januari 2020 bertempat di Kanopi bersebelahan kafe Kampus Perubatan UniSZA, MediSZA telah menganjurkan Speakers' Corner yang merupakan wasilah untuk perbahasan dan perbincangan yang terbuka. Jika dibelek sejarah Speakers' Corner, ia mula diperkenalkan di Hyde Park di London, England.


   Speakers' Corner juga telah diperkenalkan sebelum ini oleh Fakulti Perubatan sebagai salah satu slot dalam sambutan "Sedekad Bersama Fakulti". Dr. Khairi Che Mat, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan Komuniti telah mencadangkan untuk meneruskan program yang bermanfaat ini setiap bulan.



   Program ini dikendalikan oleh Aiman Farhan Bin Azaddin, pelajar tahun 3, Exco Akademik dan Intelektual MediSZA. Seramai 5 orang pelajar menyertai dan menyahut cabaran untuk mengutarakan pendapat mereka tentang tajuk yang disediakan, "Kebebasan Bersuara: Kelebihan atau Kesalahan". Pelajar-pelajar yang berkelapangan turut menghadiri slot ini bagi mendengar dan menilai pendapat sahabat-sahabat mereka mengenai tajuk kali ini.





   Harapan kami agar pelajar perubatan dapat memberanikan diri untuk berbicara dan mengutarakan pendapat mereka di hadapan ramai sekaligus sebagai satu latihan untuk mereka sebagai seorang doktor yang bukan sahaja menguasai ilmu kedoktoran malah mempunyai kemahiran insaniah yang jitu dan tinggi.



-16 Januari 2020-
"UNITY FOR THE SAKE OF HUMANITY"





Thursday, January 9, 2020

Mesyuarat bersama organisasi pelajar fakulti perubatan sesi 2019/2020

    Pada 8 Januari 2020, satu mesyuarat telah dijalankan beraam penasihat dan ahli jawatankuasa organisasi pelajar fakulti perubatan.

     Mesyuarat ini merupakan mesyuarat tahunan bersama penasihat MediSZA namun pada tahun ini, buat pertama kalinya telah melibatkan Nursing Science Club (NSC). 

    Dr Khairi selaku Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Komuniti telah mengetui mesyuarat tersebut dan melibatkan juga Dr Azuin selaku penasihat MediSZA sesi 2019/2020 dan Puan Rahman selaku penasihat NSC.


    Mesyuarat dijalankan bertujuan untuk membincangkan perkara yang berbangkit dan isu-isu berkaitan pelajar perubatan serta pelajar kejururawatan. Cadangan program bersama turut dibentangkan oleh Yang Dipertua MediSZA 19/20 dan Yang Dipertua NSC 19/20.



    Harapan kami agar mesyuarat bersama Nursing Science Club (NSC) data dijalankan dengan lebih kerap untuk menyediakan medium dan saluran suara pelajar sekaligus menaikkan nama Fakulti Perubatan sebagai fakulti yang aktif dalam persatuan.



-8 Januari 2020-
"UNITY FOR THE SAKE OF HUMANITY"





MOCK OSPE 2020

    Pada 2 dan 3 Januari 2020 bertempat di Common Room asrama Maidam UniSZA, berlangsungnya program MOCK OSPE yang merupakan program tahunan MediSZA. 




    MOCK OSPE merupakan sebuah pengenalan kepada pelajar tahun 1 mengenai format peperiksaan akhir semester terutamanya OSPE (Objective Structured Practical Examination) yang merupakan sesuatu yang baru bagi pelajar tahun 1.





    Selain itu, pengenalan PBQ (Problem Based Question) juga diberikan kepada pelajar tahun 1. Sebanyak 20 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang sekumpulan menyertai program ini. Peringkat akhir bagi menentukan pemenang dinilai melalui soalan MTF (Multiple True False) Kahoot. 


    Program ini dikendali oleh Aiman Farhan Bin Azaddin, pelajar tahun 3, Exco Akademik dan Intelektual MediSZA. Seramai 22 orang sukarelawan juga terlibat bagi menjayakan program ini. 



    Harapan kami agar pelajar tahun 1 mendapat manfaat dari program ini dan selamat menduduki peperiksaan akhir semester yang bakal menjelang!

-2 dan 3 Januari 2020-
"UNITY FOR THE SAKE OF HUMANITY"

Saturday, January 4, 2020

MIVG 2019

    Pada 21 dan 22 Disember bertempat di Shah Alam, telah berlangsungnya acara Medical Inter-Varsity Games (MIVG) 2019 yang telah disertai oleh 74 orang pelajar perubatan dari UniSZA. MIVG merupakan sebuah acara sukan yang disertai oleh kesemua pelajar perubatan dari seluruh universiti di Malaysia. UniSZA telah menghantar beberapa pasukan untuk acara-acara seperti futsal, bola jaring, badminton, bola tampar, acara olahraga dan e-sports seperti DOTA2 dan PUBG.


Pada tahun ini,  27 universiti telah menyertai MIVG 2019. Acara majlis pembukaan telah dijalankan di Panasonic Sports Complex,Shah Alam.


Pelajar-pelajar yang menyertai dalam perarakan atlet sewaktu majlis pembukaan.

    Pada hari pertama acara MIVG 2019,  pasukan untuk acara seperti acara olahraga, bola jaring, futsal, renang, bola tampar, badminton, PUBG dan DOTA2 telah dipertandingkan.

 Pasukan PUBG di USCI Kuala Lumpur.

 Acara 1500m lelaki di Stadium Panasonic Shah Alam.

 Acara 400m lelaki di Stadium Panasonic Shah Alam.

 Futsal di padang futsal, Stadium Panasonic Shah Alam.
 Pasukan bola jaring di UiTM Shah Alam.

    Pada hari kedua, pasukan UniSZA telah menyertai beberapa acara seperti bowling, bola tampar, ping pong dan acara final futsal. Acara penutup juga dilangsungkan pada belah petang.

 Pasukan bowling di Pusat Bowling Q Bowl, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Pasukan bola tampar di UiTM Shah Alam.

Pelajar perubatan UniSZA pada acara penutupan MIVG 2019.

Ketua Kontinjen UniSZA, Nur Syaza Aqila mewakili UniSZA untuk menerima sijil penghargaan.

    UniSZA telah memenangi beberapa acara seperti pingat Emas dalam acara futsal, Gangsa dalam acara 800m wanita, 400m lelaki dan 800m lelaki. Tahniah dan syabas kepada para pemenang!


 Pasukan futsal memenangi pingat Emas.

 Wakil menerima pingat gangsa untuk pemenang acara 800m lelaki.

 Inani Nur Hussa (kiri) memenangi gangsa dalam acara 800m perempuan.

Muhamad Farhan Hakimi (kiri) memenangi gangsa dalam acara 400m lelaki.

Kedudukan UniSZA untuk pungutan keseluruhan pingat pada MIVG 2019.

   Ucapan tahniah kepada para pemenang sekali lagi dan juga syabas kepada para pelajar yang lain. Diharapkan agar usaha dapat  ditingkatkan lagi pada tahun hadapan dan semoga ramai lagi yang akan turut serta menyertai MIVG tahun hadapan untuk mengharumkan dalam UniSZA.



-21 dan 22 Disember 2019-
"UNITY FOR THE SAKE OF HUMANITY"








Ceramah Doktor dan Dakwah Bil-Hal

   Pada 18 Januari 2020 , MediSZA dengan kerjasama Surau al-Amin telah menganjurkan program DOKTOR DAN DAKWAH BIL-HAL untuk memberi pendeda...