Thursday, December 26, 2013

ANNUAL GRAND MEETING (AGM) OF MEDISZA 2013/2014

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, pada 27 November 2013 yang lepas, MediSZA telah pun mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), khasnya bagi membubarkan barisan ahli jawatankuasa sesi 2012/2013,mengumumkan barisan ahli jawatankuasa yg baru, iaitu sesi 2013/2014, serta membincangkan sedikit sebanyak informasi tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang sesi yang lepas dan perancangan aktiviti yang akan dilaksanakan oleh jawatankuasa yang baru.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Prof Madya Dr Norizhar Bin Kadarman selaku penasihat MediSZA serta ahli-ahli MediSZA dari setiap batch. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Muhammad Arif Fahmi Bin Abu Bakar, diteruskan dengan ucapan Prof Madya Dr Norizhar Bin Kadarman selaku penasihat MediSZA dan disambung pula dengan ucapan mantan NYDP MediSZA, saudara Muhammad Ayub Bin Zainodin. Seterusnya, majlis disambung  dengan pembentangan laporan aktiviti oleh saudara Wan Sarimi Bin Wan Husain dan laporan kewangan oleh saudara Ahmad Al-Husna Bin Ahmad Nazri bagi sesi 2012/2013. Majlis diteruskan pula dengan pengumuman barisan ahli jawatankuasa MediSZA yang baru, beserta penyerahan fail daripada exco-exco sesi 2012/2013. Berikut adalah senarai ahli-ahli jawatankuasa MediSZA sesi 2013/2014:

YANG DIPERTUA (YDP): AHMAD AIMAN B ABD GHANI 
NAIB YANG DIPERTUA (NYDP): SITI AISHAH BT HAMZAH 

SETIAUSAHA AGUNG: NOR IZZATI AZYAN BT ALIMUDDIN 
TIMBALAN SETIAUSAHA: MUHAMMAD FAUZAN BIN ABDUL HAMID

BENDAHARI KEHORMAT: HASNAA' BT ABDUL RAHIM 

EXCO AKADEMIK & INTELEKTUAL: AISYAH BT ABAS 
TIMB. EXCO AKADEMIK & INTELEKTUAL: NOR KHAMISA BT KHAMSI

EXCO PUBLISITI & HUBUNGAN LUAR: NUR FARAH AFIQAH BINTI MOHD FADZLI 
TIMB. EXCO PUBLISITI & HUBUNGAN LUAR: NURFARIHAH BT MOHD SHAKROL BAHADI 

EXCO KEUSAHAWANAN & EKONOMI: MURTHI A/L GANESAN 
TIMB. EXCO KEUSAHAWANAN & EKONOMI: FATIN NURHANA BT ABDUL MATIN 

EXCO KEBAJIKAN & PERUMAHAN: AMINATUL IZZAH BT HOOD
TIMB. EXCO KEBAJIKAN & PERUMAHAN: ALIIMRAN BIN MUHIDDIN 

EXCO KEROHANIAN & PEMBANGUNAN MODAL INSAN: AIMAN BIN RUSLI LEE 
TIMB. EXCO KEROHANIAN & PEMBANGUNAN MODAL INSAN: MUNIRAH BT MOHAMAD NORDIN 

EXCO SUKAN & KEBUDAYAAN: THILLAIVADIVELAN A/L SUBRAMANIAM 
TIMB. EXCO SUKAN & KEBUDAYAAN: SHARVINA A/P PERGALATHAN

Seterusnya, majlis diteruskan pula dengan sepatah dua ucapan dari YDP MediSZA yang baru beserta sedikit sebanyak pembentangan tentang pelan perancangan MediSZA untuk sesi 2013/2014 dan diakhiri dengan sesi soal jawab bersama para hadirin.


Diharapkan barisan jawatankuasa MediSZA sesi 2013/2014 ini akan melaksanakan amanah ini dengan sebaik mungkin serta mampu membawa MediSZA ke satu tahap yang lebih tinggi dan maju daripada yang sebelumnya, InsyaAllah.. Memetik kata-kata saudara Tengku Ahmad Mujiburrahman Bin Tengku Hasim di akhir majlis, “ MediSZA ini masih sangat baru, boleh dipanggil ‘infant’ dalam istilah mediknya. Sedikit demi sedikit masa berlalu, sekarang ni MediSZA dah boleh dikira sebagai ‘toddler’. Diharap barisan jawatankuasa yang baru dilantik ini akan terus membawa MediSZA merangkak, berjalan dan seterusnya berlari untuk lebih maju ke hadapan.”

BICARA SIHAT SESI III - LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI COVID-19 DALAM KANAK-KANAK (Dr Haslina)

Pada tarikh 14 Ogos 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi ketiga, dengan tajuk langkah-langkah melindungi  Covid-19 dalam kalangan ...