Thursday, July 31, 2014

Ihya Ramadhan

 

 

Program anjuran bersama:

surau al amin

dan

image

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan izinnya sebuah program anjuran  bersama di antara Surau Al-Amin dan MediSZA telah berjalan dengan jayanya.

Program selama seminggu bermula 22 hingga 28 Jun 2014 dimuatkan dengan pelbagai pengisian menarik. Di samping, bersama-sama memepersiapkan diri menyambut bulan Ramadhan, program ini juga bertujuan menyedarkan para pelajar mengenai hikmah bulan Ramadhan beserta panduan diri dalam menjalani ibadah yang bukan sahaja sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi turut mempersiapkan diri untuk berjihad melawan hawa nafsu.

 

Tentatif program:

Ahad, 22 Jun: Tazkirah `Pensyariatan Puasa ke atas Umat Islam beserta Tujuannya`

Isnin, 23 Jun: Tayangan Video yang disampaikan oleh Saudara Sharil Iman bertajuk

`Apa itu Puasa?` dan edaran artikel

Selasa, 24 Jun: Ceramah bertajuk, `Di Ambang Ramadhan: Bersediakah Kita?`

yang disampaikan oleh Ustaz Dr. Anas bin Yunus daripada FKI

Rabu, 25 Jun: Tayangan Video daripada Saudara Muhammad Hafez bertajuk,

`Tajdid Niat`

Khamis: Tayangan Video daripada Saudars Ahmad Aiman bertajuk,

`Mendapat Pengampunan Melalui Berpuasa di Bulan Ramadhan.` beserta edaran mutabaah amal.

 

 

Berikut adalah antara isi-isi yang dimuatkan di dalam artikel yang diedarkan:

 

 

Di Ambang Pintu Ramadhan…

Di Manakah Kita???

 

Renungan Di Ambang Ramadhan

Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman RA, katanya:

‘Rasulullah SAW berkhutbah di hadapan kami pada hari terakhir daripada bulan Sya'ban.’

Beliau bersabda:

clip_image005[4]clip_image007[4]

"Wahai manusia, sesungguhnya kamu dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi panuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu fardhu dan qiyam di malam harinya suatu tatawwu'(sunat). Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan Ramadhan maka samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardhu di bulan yang lain. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedang sabar itu pahalanya adalah syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah memberi rezeki kepada para mukmin di dalamnya. Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dia dari neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa dikurangkan sedikitpun."

Para Sahabat berkata:

‘ Ya Rasulullah, tidaklah kami semua memiliki makanan berbuka puasa itu untuk orang yang berpuasa?! ’.

Maka bersabda Nabi SAW:

"Allah memberikan pahala itu kepada orang yang memberikan sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu. Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya merdeka dari api neraka. Barangsiapa meringankan beban daripada hamba sahaya (pembantu-pembantu rumah), nescaya Allah akan mengampuni dosanya dan memerdekakannya daripada api neraka. Oleh itu perbanyakkanlah empat perkara di dalam bulan Ramadhan. Dua perkara untuk menyenangkan Tuhanmu dan dua perkara lagi untuk kamu sangat menghajatinya. Dua perkara yang kamu lakukan untuk menyenangkan Allah ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan memohon keampunan kepadaNya. Dua perkara lagi yang kamu sangat memerlukannya ialah memohon syurga dan berlindung daripada neraka. Barangsiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam itu dengan suatu minuman yang dia tiada merasakan dahaga lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga"

(At-Targhib, jld.II, 217-218)

 

 

clip_image002

 

Nah! Jelas bahawa bulan Ramadhan adalah bulan yang banyak memiliki keistimewaan, nama yang tidak asing bagi umat Islam.

-Sayyidus suhur (penghulu bulan-bulan)

- Syahru Nuzulil Quran (bulan diturunkannya Al-Qur’an)

-Syahrut Tarbiyah (bulan pendidikan)

- Syahrul Muwasah (bulan kebajikan dan cakna umat)

Cabaran besar kita adalah untuk menjadikan Ramadan setiap tahun yang paling istimewa dalam kehidupan kita dari segi hubungan kita dengan Allah; Puasa, Doa, Membaca Al-Quran Dan Merenung Ayat-Ayat Allah SWT, Iktikaf Dan Zikrullah, Sedekah Dan Infa’, Memahami Dan Melaksanakan Islam sebagaimana para sahabat RA mencontohkan kepada kita. Semua amalan ini menjadi saksi bahawa kita serius dan bersungguh-sungguh menjadikan Ramadan kita pada kali ini adalah usaha yang terbaik, yang mampu mengeluarkan kita sebagai graduan yang bertaqwa.

PERSOALANNYA, adakah kita sudah bersiap untuk bertemu bulan nan indah ini? Allah SWT berfirman:

Dan jika mereka mahu berangkat, tentulah mereka menyiapkan persiapan untuk keberangkatan itu.

(At-Taubah:46)

Jom! Siapkan Diri Kita Menyambut Kehadirannya…

* Persiapan Ma’nawi (spiritual)
à membersihkan hati dari penyakit yang dapat menggugurkan aqidah dan nilai ibadah, juga agar dapat melahirkan niat yang ikhlas dalam menjalankan segala aktiviti dan ibadah Ramadhan, terutama puasa.

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”. (An-Nuur:31)

* Persiapan Fikri (kefahaman)
à Dalami fiqh Ramadhan dengan ilmu-ilmu dan pengetahuan tentangnya, terutama yang terkait langsung dengan amaliyah dan ibadah di bulan suci Ramadhan.

* Persiapan Jasadi (Fizikal) à Menjaga kesihatan badan dan anggota tubuh lainnya, sentiasa mendisiplinkan diri dengan memelihara kebersihan serta mengubah pola hidup menjadi lebih sihat dan teratur.

* Persiapan Materi (kebendaan) à Menyiapkan diri untuk menabung dan memperuntukkan sejumlah wang sehingga dapat memperbanyakan infak, sedekah, memberi ifthar kepada orang lain dan membantu orang yang memerlukan.

 

“Andaikan umatku
mengetahui apa
yang ada dalam
Ramadhan, maka ia
bakal berharap
satu tahun itu
puasa terus.”
(Ibnu Khuzaimah)

No comments:

Post a Comment