Thursday, December 26, 2013

ANNUAL GRAND MEETING (AGM) OF MEDISZA 2013/2014

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, pada 27 November 2013 yang lepas, MediSZA telah pun mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), khasnya bagi membubarkan barisan ahli jawatankuasa sesi 2012/2013,mengumumkan barisan ahli jawatankuasa yg baru, iaitu sesi 2013/2014, serta membincangkan sedikit sebanyak informasi tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang sesi yang lepas dan perancangan aktiviti yang akan dilaksanakan oleh jawatankuasa yang baru.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Prof Madya Dr Norizhar Bin Kadarman selaku penasihat MediSZA serta ahli-ahli MediSZA dari setiap batch. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Muhammad Arif Fahmi Bin Abu Bakar, diteruskan dengan ucapan Prof Madya Dr Norizhar Bin Kadarman selaku penasihat MediSZA dan disambung pula dengan ucapan mantan NYDP MediSZA, saudara Muhammad Ayub Bin Zainodin. Seterusnya, majlis disambung  dengan pembentangan laporan aktiviti oleh saudara Wan Sarimi Bin Wan Husain dan laporan kewangan oleh saudara Ahmad Al-Husna Bin Ahmad Nazri bagi sesi 2012/2013. Majlis diteruskan pula dengan pengumuman barisan ahli jawatankuasa MediSZA yang baru, beserta penyerahan fail daripada exco-exco sesi 2012/2013. Berikut adalah senarai ahli-ahli jawatankuasa MediSZA sesi 2013/2014:

YANG DIPERTUA (YDP): AHMAD AIMAN B ABD GHANI 
NAIB YANG DIPERTUA (NYDP): SITI AISHAH BT HAMZAH 

SETIAUSAHA AGUNG: NOR IZZATI AZYAN BT ALIMUDDIN 
TIMBALAN SETIAUSAHA: MUHAMMAD FAUZAN BIN ABDUL HAMID

BENDAHARI KEHORMAT: HASNAA' BT ABDUL RAHIM 

EXCO AKADEMIK & INTELEKTUAL: AISYAH BT ABAS 
TIMB. EXCO AKADEMIK & INTELEKTUAL: NOR KHAMISA BT KHAMSI

EXCO PUBLISITI & HUBUNGAN LUAR: NUR FARAH AFIQAH BINTI MOHD FADZLI 
TIMB. EXCO PUBLISITI & HUBUNGAN LUAR: NURFARIHAH BT MOHD SHAKROL BAHADI 

EXCO KEUSAHAWANAN & EKONOMI: MURTHI A/L GANESAN 
TIMB. EXCO KEUSAHAWANAN & EKONOMI: FATIN NURHANA BT ABDUL MATIN 

EXCO KEBAJIKAN & PERUMAHAN: AMINATUL IZZAH BT HOOD
TIMB. EXCO KEBAJIKAN & PERUMAHAN: ALIIMRAN BIN MUHIDDIN 

EXCO KEROHANIAN & PEMBANGUNAN MODAL INSAN: AIMAN BIN RUSLI LEE 
TIMB. EXCO KEROHANIAN & PEMBANGUNAN MODAL INSAN: MUNIRAH BT MOHAMAD NORDIN 

EXCO SUKAN & KEBUDAYAAN: THILLAIVADIVELAN A/L SUBRAMANIAM 
TIMB. EXCO SUKAN & KEBUDAYAAN: SHARVINA A/P PERGALATHAN

Seterusnya, majlis diteruskan pula dengan sepatah dua ucapan dari YDP MediSZA yang baru beserta sedikit sebanyak pembentangan tentang pelan perancangan MediSZA untuk sesi 2013/2014 dan diakhiri dengan sesi soal jawab bersama para hadirin.


Diharapkan barisan jawatankuasa MediSZA sesi 2013/2014 ini akan melaksanakan amanah ini dengan sebaik mungkin serta mampu membawa MediSZA ke satu tahap yang lebih tinggi dan maju daripada yang sebelumnya, InsyaAllah.. Memetik kata-kata saudara Tengku Ahmad Mujiburrahman Bin Tengku Hasim di akhir majlis, “ MediSZA ini masih sangat baru, boleh dipanggil ‘infant’ dalam istilah mediknya. Sedikit demi sedikit masa berlalu, sekarang ni MediSZA dah boleh dikira sebagai ‘toddler’. Diharap barisan jawatankuasa yang baru dilantik ini akan terus membawa MediSZA merangkak, berjalan dan seterusnya berlari untuk lebih maju ke hadapan.”

Thursday, July 4, 2013

KURMA PROJECT



"KURMA PROJECT" merupakan satu projek yang dijalankan oleh Medical Sudents Association of UniSZA (MediSZA) bersempena dengan Bulan Ramadhan 1434H bagi mengumpul sumbangan dalam bentuk kurma untuk diagihkan kepada masjid,surau dan fakir miskin.

-----------------------------------------------------------

Bagaimana saya ingin menyumbang?

1. Sumbangkan sekurang-kurangan RM5 bagi setiap pembelian kurma.

2. Sumbangan boleh dibuat melalui akaun bank yang berikut :

Saudari Asywirah Afifah binti Amir
Bank Islam - 13017021108909
Maybank - 151454077978

3. Pastikan anda sms maklumat sumbangan anda ke nombor ini :

Saudari Asywirah Afifah binti Amir
017-7141074

4. Sumbangan boleh dibuat bermula pada 3 Julai 2013 sehingga 15 Julai 2013

5. Segala perkembangan mengenai 'Kurma Project' ini akan dihebahkan di page ini Persatuan Mahasiswa/i Perubatan Unisza

6. Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi :

i) Tengku Ahmad Mujiburrahman bin Tengku Hasim [013-4045628]
ii) Wan Sarimi bin Wan Hussain [ 017-9507661 ]

--------------------------------------------------------------

" Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun" - HR TARMIZI



Tuesday, June 18, 2013

FAMILY DAY 2013!

Menjadi tradisi pada setiap tahun akan berlangsung Hari Keluarga bagi pelajar Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin dibawah kelolaan Exco Sukan dan Kebudayaan, Medical Students Association on UniSZA (MEDISZA).

Pada tahun ini, tarikh 24 dan 25 Mei telah dipilih sebagai tarikh program tersebut. 


Ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab menjayakan Hari Keluarga pada tahun ini adalah seperti berikut:



Pengarah                          : Nor Izzati Azyan binti Alimuddin
Timbalan Pengarah            : Tengku Ahmad Mujiburrahman bin Tengku Hasim
Setiausaha                        : Atina binti Mustafa
Bendahari                         : Farah Hanani binti Mohd Nasir

AJK
1.    Unit Program

      •    Ahmad Al-Husna bin Ahmad Nazri
      •    Luqman Hakim bin Miswan
      •    Amirsyarifuddin bin Amir Hussain
      •    Hoe Lyn Da
      •    Ahmad Daniel Shah bin Shamsuddin
      •    Sharvina a/p Pergalathan
      •    Mohd. Syaiful Anuar
      •    Izzat Fawwaz Hazmi
      •    Arif Fahmi b. Abu Bakar
      •    Erma Farhana bt Mohamad
      •    Farah Afiqah
      •    Zetty Nasfariza
      •    Wan Siti Aisyah
      •    Aminatul Izzah bt Hood
      •    Siti Hamidah bt Mahbud


2.    Unit Makanan
      •   Siti Aishah binti Hamzah
      •   Muhammad Ismail bin Hamidi
      •   Dhaneshwary a/p Shanmugam
      •   Tharushini a/p Shunmugum


3.    Unit Hadiah & cenderamata
      •   Mohd Saufiq bin Md Desa
      •   Muhammad Fauzan Abdul Hamid
      •   Nor Hayati binti Wagiman
      •   Nurul Ashikin binti Jamaudin


4.    Unit Peralatan & Persediaan tempat
      •   Nur Azmina binti Juhari
      •   Nurul Intan Fardyina binti Abdul Aziz
      •   Nur Hikmah  binti Jamal Abdul Nasir
      •   Muhammad Idzihar bin Jamaluddin
      •   Safrina binti Sultan Abdul Kadher
      •   Darren Tan Zhen Yi

5.     Unit Publisiti
      •   Wan Sarimi bin Wan Husain
      •   Zainal bin Zulkifli

6.    Unit Tugas-tugas Khas
      •  Mohd Shahril Iman bin Mohd. Hanafi
      •   Ahmad Haniffan bin Mulyanto
      •   Lai Jia Hua
      •   Diana Farahin binti Abdul Rahim
Menampilkan permainan-permainan yang lebih kepada tradisional, Hari Keluarga pada kali ini juga turut disertai oleh pensyarah-pensyarah perubatan. Turut memeriahkan program ialah Dekan Fakulti Kesihatan dan Sains Kesihatan iaitu Prof. Dr. Nordin bin Simbak. 
Cuaca hujan pada hari pertama program tidak menghalang untuk program ini diteruskan, malah aktiviti yang dijalankan menjadi lebih mencabar dan menarik. Antara aktiviti yang diadakan ialah:

  • Bola Tampar Pantai
  • Tarik Upih
  • Sukaneka 
  • Galah panjang
  • Periuk api
  • Congkak dan batu seremban
  • Carom dan ceper
  • Pingpong
  • Tarik tali
Persiapan program 
Persiapan program
Piala Dekan yang buat pertama kali dipertandingkan
Prof. Dr. Nordin bin Simbak

Bola pingpong dalam sudu
Tarik upih bersama anak pensyarah yang hadir
Kembar siam (sukaneka) 
Bola tampar lelaki
Baling selipar

Baling selipar

Congkak

Batu seremban
Ceper
Galah panjang
Galah panjang
Ceper

Carom
Pingpong

Tarik tali






Tarik tali bersama pensyarah

Antara pensyarah yang hadir
Sesi bergambar setelah selesai acara utama iaitu tarik tali
 Pada sebelah malam 25 Mei  pula diadakan majlis penutup berserta barbeque yang dihadiri serta dirasmikan oleh  Prof. Dr. Zabidah bt Ismail. Tahniah diucapkan kepada pemenang juga kepada AJK program atas kejayaan mengadakan Family Day pada tahun ini.  Semoga bertemu lagi di Hari Keluarga akan datang.










Friday, March 15, 2013

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS & CPR (CARDIOPULMONARY RESUSCITATE) PELAJAR TAHUN 4 MBBS UniSZA


Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Alhamdulillah dengan berkat Illahi pada 22 & 23 Februari 2013 yang lalu, seramai 30 orang ahli Medical Students Association of UniSZA (MediSZA) yang juga merupakan pelajar Tahun 4 Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) dengan jayanya telah menjalani "Kursus pertolongan Cemas & cardiopulmunary Resusitate (CPR)".

Program ini telah dianjurkan oleh Medical Students Association of UniSZA (MediSZA), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UniSZA dengan kerjasama Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Sultanah NurZahirah (HSNZ). Program yang mengambil masa selama dua hari ini telah diselia oleh staf-staf Jabatan Kecemasan dan Trauma HSNZ yang terdiri daripada dua orang pakar perubatan kecemasan, seorang pegawai perubatan, 3 orang penolong pegawai perubatan dan 3 orang jururawat.

Kursus ini dilaksanakan bagi melengkapkan pelajar perubatan UniSZA dengan asas pertolongan cemas yang mana boleh diaplikasikan ketika mereka sedang mengikuti kursus klinikal di hospital, ketika mereka melangkah ke alam pekerjaan dan sekaligus diharap dapat diguna pakai ketika mana saat kecemasan. Program ini bakal dijalankan kepada pelajar perubatan UniSZA yang melangkah ke alam klinikal iaitu bermula dari tahun 3 pengajian. 

Kursus ini dilaksanakan sepanjang dua hari yang mana pada hari pertama para pelajar diberikan penerangan secara teori dan praktikal oleh para pelatih berkenaan asas-asas pertolongan cemas serta cara-cara menggunakan difibrilator kepada pesakit yang memerlukan. 

Kemudian pada hari kedua, para pelajar perlu mengambil peperiksaan teori dan peperiksaan praktikal yang mana para pelajar diberi arahan untuk melakukan asas pertolongan cemas mengikut situasi yang diberikan oleh para penilai. Para pelajar harus lulus kedua-dua ujian bagi membolehkan mereka mendapat sijil menandakan mereka mempunyai asas kemahiran untuk melakukan pertolongan cemas di masa hadapan kelak.

Dr. Azlie Hassan, Pakar Parubatan Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah

Alhamdulillah, selepas tamat bengkel ini, Dr Azlie Hassan iaitu Pakar Perubatan Kecemasan HSNZ mengumumkan yang semua pelajar yang menduduki peperiksaan lulus dengan cemelang. Selain itu, dua orang pelajar juga diumumkan sebagai peserta terbaik dimana mereka mendapat markah tertinggi untuk kedua-dua ujian iaitu teori dan praktikal.

Perasmian Penutup oleh Prof. Madya Dr Azmi Hassan, Penasihat Medical Students Associatio of UniSZA (MediSZA)

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Prof Madya Dr Azmi Bin Hassan, Penasihat Medical Students Association Of UniSZA (MediSZA). Beliau berharap agar bengkel ini diteruskan pada masa akan datang dan juga berharap agar semua pelajar dan peserta dapat mempraktikan apa yang mereka pelajari.

Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada semua staff Jabatan Kecemasan dan Trauma HSNZ yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini.

Tuesday, March 12, 2013

Program Derma Darah 2.0


Alhamdulillah, recently on 9th February 2013, Program Derma Darah, Pemeriksaan Kesihatan Percuma & Inovasi Minda Melalui Pameran Kesihatan 2.0 was successfully held by Medical Students Association of Unisza (MediSZA). This annual program was mainly organized as a medium to encourage the community to participate in donating the blood. Extrinsically, it gave an opportunity for MediSZA’s students to enhance the communication and soft skills as well as to promote our medical program.

This program was successfully organized by MediSZA in collaboration with the Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

The committed committee members were as follows:

Program Director                         : Siti Aishah Hamzah

Secretary                                    : Wan Sarimi Bin Wan Husain

Treasurer                                    : Asywirah Afifah Binti Amir

Publicity & Protocol                     : Tengku Ahmad Mujiburrahman Bin Tengku Hasim

                                                 : Mohd Saufiq Bin Md Desa

                                                 : Nor Izzati Azyan Binti Alimuddin

Food & Gifts                               : Nur Azmina Binti Juhari

                                                 : Nurfaten Hamimah Binti Abdul Hamid

                                                 :Wan Syafiqah Bt Wan Sanusi

Transportation & Logistics            : Nur Irene Najlaa Binti Jamuddin

Preparation of place                    : Muhammad Ayub Bin Zainodin

Examination & Health Fair            : Mohd Sharil Iman Bin Mohd Hanafi

                                                 : Muhammad Hashimi Mohd Upandi

                                                 : Farah Afiqah Abu Bakar@Mohamad

                                                 : Muhammad Arif Fahmi Bin Abu Bakar

                                                 : Ihsanuddin Bin Ibrahim

                                                 : Asma Nabihah Binti Mohamad

                                                 : Azmaniran Binti Azman

                                                 : Nurhidayah Binti Muhammad Jubri

                                                 : Wan Siti Aishah Binti Wan Abdullah

                                                 : Nur Amalina Binti Mohd Yahya
 
                                                 : Ahmad Aminur Asif Ahmad Azmi

                                                 : Liyana Aqilah Binti Arif

 Blood Donation Unit                   : Officers and Staff Haematology Unit,
                                                  Department of Pathology HSNZ

 

The crews were busy preparing the place

Banner Installation

Asywirah, 4th year medical student earnestly explaining
to the public about the program

The crews were trying to attract the the public to encourage their participation

Health examination by medical students.

Screening for blood donation was conducted ​​by the medical officer
from Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)
The warm welcome from the public

The crews took the opportunity to join blood donation

Received a visit from Dr. Fazli, HSNZ's staff,
one of the participants blood donation program

Souvenirs for MediSZA Advisor, Assoc Prof Dr Azmi bin Hassan

Gazillion thanks to the blood donation's crews,HSNZ's staffs, PTB Glomac Development Sdn Bhd and others.
May Allah ease and accept and bless our deeds.. 

Ameen