Monday, August 15, 2016

Ramadhan Grand Iftar 2016

Pada 24 Jun 2016 yang lalu telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa Perdana "Ramadhan Grand Iftar 2016/1437 H" peringkat fakulti Perubatan UniSZA. Majlis ini telah diadakan di Kampus Perubatan UniSZA yang diusahakan oleh pihak Fakulti Perubatan UniSZA dengan kerjasama Medical Students Association of UniSZA (MediSZA). 

 

Ini merupakan kali kedua majlis berbuka puasa seumpama ini diadakan. Program yang memakan masa sehari ini dimulakan dengan aktiviti gotong royong beramai-ramai bermula dari jam 9 pagi lagi bagi menyediakan juadah berbuka puasa. Ianya melibatkan seluruh warga Fakulti Perubatan serta Pusat Asasi Perubatan. 

Selesai acara gotong royong menyediakan juadah, Majlis berbuka puasa dimulakan dengan sedikit ceramah sementara menanti waktu berbuka. 

Turut diadakan pada malam tersebut ialah solat magrib, isyak, solat hajat perdana dan solat terawih beramai-ramai. 

Seperti tahun lepas, menu-menu berbuka terdiri daripada makanan yang berasal dari pelbagai negara yang berlainan. Pada tahun ini sekali lagi warga Fakulti Perubatan disajikan dengan menu masakan dari Malaysia, Pakistan, Myanmar dan India. 

Majlis ini telah berjaya merapatkan lagi ukhuwah para pelajar Fakulti perubatan yang terdiri daripada pelajar perubatan sendiri dan pelajar kejururawatan, serta pelajar-pelajar asasi perubatan. Selain itu, ianya juga membuka ruang kepada perkongsian ilmu masakan dan lain-lain antara pelajar dan pensyarah. Akhir kata, semoga majlis ini memberi manfaat kepada semua peserta dan diharapkan ianya menjadi salah satu tradisi warga Fakulti Perubatan UniSZA.

Menyediakan juadah 

Menyediakan juadah 

Booth makanan tradisi India 

Booth masakan Melayu 

Booth masakan Pakistan 

Penyediaan juadah 

Nasi Briyani 









AJK Program 

No comments:

Post a Comment