Friday, October 16, 2015

Mensyuarat Agung Tahunan MediSZA kali ke-6

Pada 13 November 2015 Medical Students Association of UniSZA (MediSZA) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-6 bertempat di Dewan Teater Kampus Kota Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Mesyuarat agung tahunan ini diadakan bertujuan untuk mengumumkan pembubaran organisasi MediSZA bagi Sesi 2014/2015 dan diganti dengan organisasi baru bagi sesi 2015/2016.Pemilihan organisasi baru MediSZA telah dibuat menggunakan sistem pilihan raya yang telah diadakan pada 10 Oktober 2015.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Saudara Muhammad Arif Fahmi Bin Abu Bakar dan majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Yang Dipertua MediSZA Sesi 2014/2015, Saudara Muhamad Azwan bin Azizan. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa MediSZA Sesi 2014/2015 kerana telah menjalankan tugas dengan baik. Di akhir ucapan, beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa baru MediSZA Sesi 2015/2016 yang telah berjaya dipilih melalui pilihan raya. 

Bacaan doa oleh Saudara Muhammad Arif Fahmi Bin Abu Bakar

Majlis diikuti dengan ucapan daripada penasihat MediSZA, Dr. Wan Mohd Razin bin Wan Hassan. Beliau telah mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa MediSZA Sesi 2014/2015 yang berjaya menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Majlis seterusnya dirasmikan oleh Timbalan Dekan Akademik HP. Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-6 MediSZA dan membubarkan Jawatankuasa MediSZA Sesi 2014/2015.

Ucapan Oleh Penasihat MediSZA

Ucapan perasmian oleh Timbalan Dekan Akademik HP

Cenderahati yang disampaikan oleh YDP MediSZA sesi 2014/2015 kepada wakil Majlis Perwakilan Pelajar

Seterusnya, majlis diteruskan dengan sesi pembentangan laporan aktiviti tahunan MediSZA oleh saudara Muhammad Fauzan bin Abdul Hamid selaku Setiausaha Agong 1 MediSZA Sesi 2014/2015. 
Seterusnya, majlis diteruskan dengan pembentangan laporan kewangan MediSZA oleh Saudari Nurfarihah binti Mohd Shakrol Bahadi selaku Bendahari Kehormat MediSZA Sesi 2014/2015.
Pembentangan laporan aktiviti sepanjang Sesi 2011/2012 oleh Setiausaha Agong 1 MediSZA Sesi 2014/2015 saudara Muhammad Fauzan bin Abdul Hamid. Acara kemuncak majlis ini diteruskan dengan sesi memperkenalkan Jawatankuasa baru MediSZA Sesi 2015/2016 yang dipersembahkan melalui tayangan video yang telah disediakan oleh Exco Publisiti & Perhubungan Luar MediSZA 2015/2016 dan juga penyerahan fail oleh AJK MediSZA sesi lama kepada sesi baru . Sesi penyerahan fail persatuan dan fail biro oleh Ahli Jawatankuasa lama kepada Ahli Jawatankuasa baru MediSZA 2015/2016 sebagai simbolik penyerahan tugas persatuan. Berhubung dengan mesyuarat tahunan tahun ini dilaksanakan pada hujung tahun mengikut kalendar islam, bacaan doa akhir tahun telah dibacakan oleh Saudara Azizi.

Bacaan doa Akhir Tahun  Yang diketuai oleh saudara Azizi


Pembentangan laporan aktiviti tahunan MediSZA oleh Setiausaha Agong 1



 Sesi penyerahan Fail

Diharap semua Ahli Jawatankuasa yang terpilih dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan baik bagi memantapkan lagi Medical Association of UniSZA, MediSZA.

No comments:

Post a Comment

BICARA SIHAT SESI III - LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI COVID-19 DALAM KANAK-KANAK (Dr Haslina)

Pada tarikh 14 Ogos 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi ketiga, dengan tajuk langkah-langkah melindungi  Covid-19 dalam kalangan ...