Thursday, October 15, 2015

PEMBUBARAN MediSZA SESI 2014/2015

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, 
Setelah setahun kami memegang amanah di barisan kepimpinan Medisza 2014/2015, tiba masanya untuk kami mengundur diri, sejajar dengan Pembubaran Barisan MPP 14/15.

Pada tanggal 3 OKTOBER 2015 (SABTU), dengan rasminya barisan jawatankuasa MediSZA 2014/2015 telah dibubarkan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh sahabat mahasiswa/i yang telah bersama-sama kami dalam membangunkan dan menaikkan nama MediSZA sepanjang sesi kami bertugas dan memimpin.

Kami sangat menghargai segala kritikan mahupun teguran dan akan menerimanya dengan hati yang terbuka dan melihat pada sudut positif serta rasional. Kami juga sangat meraikan perbezaan pendapat dan penambahan cadangan serta idea dalam memastikan mahasiswa/i perubatan dan MediSZA terus diperkasa. 

Kami sangat mengalu-alukan kritikan yang konstruktif dalam menambahbaik MediSZA supaya menjadi persatuan yang dominan dalam UniSZA dan seterusnya memacu serta menjadi penunjuk aras kepada persatuan lain di UniSZA. Justeru itu, kita tidak boleh lagi berada dalam keadaan zon selesa dan kita amat memerlukan perubahan yang berani,matang dan rasional dalam memastikan MediSZA boleh diangkat dan dipandang oleh masyarakat luar amnya.

Akhir kata, kami daripada barisan Kepimpinan MediSZA 14/15, memohon ampun dan maaf sepanjang kami menerajui tampuk kepimpinan kali ini sekiranya berlaku kekhilafan, maafkan kami. InsyaAllah,moga-moga barisan kepimpinan yang baharu yang menjadi lebik baik daripada kami.

Sekian,TERIMA KASIH MEDISZA 2014/2015! 

UNITY FOR THE SAKE OF HUMANITY

No comments:

Post a Comment