Thursday, October 15, 2015

Minggu Mesra Medik 2015/2016




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan nikmat yang dikurniakan olehNya, MediSZA berpeluang meraikan kemasukan adik-adik freshies sesi 2015/2016! :)

Dengan itu kami daripada barisan Medical Students Association of UniSZA (MedISZA) dengan berbesar hatinya ucapkan 'Tahniah dan Selamat Datang!' kepada adik-adik!






Program Minggu Mesra Medik ini sudah pun menjadi program tradisi yang akan dibuat setiap tahun. Untuk apa ya ? Mestilah istimewa demi menyambut kedatangan adik-adik baru sekaligus dapat eratkan ikatan dengan abang-abang dan kakak-kakak seniors semua.


Antara ojektif-objektif program ini adalah untuk menyediakan platform terbaik kepada para pelajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru, membina hubungan baik dan kukuh antara pelajar baru dan pelajar lama serta membina semangat berpersatuan dan menanam sifat kempimpinan dalam kalangan ahli MediSZA dan rasa amanah dan tanggungjawab sesama ahli. Kami telah mengadakn pelbagai aktiviti buat adik-adik semua seperti Latihan dalam Kumpulan (LDK) dan Explorace dimana dapat berkongsi pengalaman dan cerita dengan seniors.

Tentatif program :

17/09/2015  (Khamis)
9.00 mlm : Pengenalan kepada MediSZA
- Video Korporat
- Ucapan daripada Saudara Muhamad Azwan bin Azizan, YDP MediSZA
9.30 mlm: Team Building Activity 1 : Ice Breaking
11.00 mlm: Pembahagian Rumah Sukan
11.45 mlm: Slot disiplin
12.00 mlm: Supper
18/09/2015  (Jumaat)
5.00 pg: Qiamullail , solat subuh dan kuliiah subuh
7.00 pg: Senaman ringan dan minum pagi
7.30 pg: Team Building Activity 2 : Adventure Race
12.30 tgh hari : - Makan tengah hari
- Solat Jumaat / Solat Zohor
2.45 ptg  : Team Building Activity 3 : Creative Corner
3.30 ptg  : Pembentang dalam kumpulan
4.15 ptg  : Team Building Activity 4
4.45 ptg  : Kendiri , Solat Asar
5.00 ptg : - Slot Disiplin / Riadhah
7.15 mlm: Solat Maghrib berjemaah / Kuliah Maghrib
8.15 mlm: Solat Isyak Berjemaah
9.00 mlm: - Barbeque Night
- Slot Disiplin
12.00 mlm: Bersurai
19/09/2015  (Sabtu)
8.00 pg: Latihan Persembahan
2.00 ptg: Ceramah
Penyampai:Dr. Shaharudin bin Abdullah, Doktor Perubatan
Hospital Pakar Kuala Terengganu.
Tajuk : `I am A Doctor To Be`

3.30 ptg : Majlis Penutup

So now.. lets the pictures tell us the stories :) 



Briefing..




Alumni daripada 2nd batch turut hadir memeriahkan program! Terima kasih ya..
Pada malam itu juga terdapat ceramah atau sesi perkongsian pengalaman bersama-sama penasihat MediSZA, Dr. Wan Razin.. terima kasih doktor...


Ehem ehem untuk malam pembukaan program ni, kami beri adik-adik introduction dimana tujuan utama kami adalah pertama, memperkenalkan apa itu Medical Students Association of UniSZA iaitu MediSZA yang akan memberikan yang terbaik dalam menjaga adik-adik sepanjang lima tahun pengajian di sini.. Seterusnya, tujuan kami adalah untuk adik-adik mengenali senior-senior yang bekerjasama, luangkan masa dan bersungguh –sungguh mengadakan program ni buat juniors tersayang..

Pada masa yang sama, adik-adik dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan dan setiap kumpulan diberi nama yang comel dan hebat macam The Hulk, Antman dan macam-macam lagi! Lepas je daripada pembahagian kumpulan, mereka terus diberi tugas untuk aktiviti menarik seterusnya. Semangat dan supporting habis adik-adik semua ni.. keep it up! Hihi..

Pada keesokan harinya pula, adik-adik dicabar dengan semangat kumpulan melalui aktiviti fizikal dan mental serta emosi yang diuji oleh aktiviti, akak- akak dan abang-abang fasilitator yang memimpin mereka! Kami ingin mengajar dan sampaikan betapa pentingnya adik-adik untuk selalu ada kerjasama dengan sesiapa sahaja, terima baik buruk keadaan, mempercayai antara sahabat dan respect to each other! yeh! 







Cake sempena menyambut hari kelahiran adik-adik yang lahir bulan September serta buat semua yang terlibat dalam program ni.. Jemput makan hehehe





Terasa sangat sekejap masa berlalu,tup tup Minggu Mesra Medik sudah sampai ke penghujung… Namun,hubungan erat yang terjalin tidak mungkin akan berpenghujung….. InsyaAllah,kasih kita sentiasa bertaut dan akan terus bertaut… (Kalau tak, apa gunanya Malam "Tautan Kasih" kannnn? Hihi…) 


Akhir kata, kami daripada barisan jawatankuasa Minggu Mesra Medik ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya para junior yang sentiasa memberikan komitmen sepanjang program dan……seribu kemaafan dipinta dari hujung rambut ke hujung kaki andai tersilap kata dan tersalah perbuatan sepanjang program ini berlangsung..








Thankyou for reading! We love you adik-adik :) 

-Unity for the sake of Humanity-

No comments:

Post a Comment