~Korban Ilmu~
Sebagai ahli hadis, Imam Muslim sangat tamak dengan ilmu.
Beliau terkilan sekiranya mengetahui ada ilmu yang belum dimiliki. Beliau akan
berusaha memperoleh ilmu tersebut walaupun terpaksa mengorbankan sesuatu. Sifat
itu kekal dalam diri Imam Muslim sehingga akhir hayatnya.
Pada suatu malam, Imam Muslim sedang berdiskusi dengan ahli
hadis dalam suatu forum. Tiba-tiba seseorang menyebut tentang satu hadis yang
tidak diketahuinya. Hal ini membuatkan Imam Muslim terus berfikir. Beliau
merasakan pernah mencatat hadis itu, namun terlupa di mana tulisan itu
tersimpan.
Apabila tiba di rumah, beliau terus meluru masuk ke dalam
bilik dan menghidupkan lampu. Beliau berpesan kepada ahli keluarganya agar
tidak mengganggu. Namun apabila ahli keluarganya memberitahu ada seseorang memberi hadiah seraga kurma, beliau berkata “Berikan kurma itu kepadaku”.
Sepanjang malam itu, beliau menyelak lembar demi lembar
buku catatannya. Habis satu buku, beralih pula kepada buku yang lain. Setiap
kali habis membaca satu hadis, beliau akan memakan sebutir kurma. Tanpa sedar,
ribuan hadis telah dibaca. Ribuan kurma juga telah dimakan. Sehinggalah
keesokan harinya, beliau akhirnya menjumpai hadis tersebut. Dan pada masa yang
sama, habis kesemua kurma di dalam raga dimakannya. Makan terlalu banyak kurma
dalam satu masa menyebabkan suhu badannya meningkat. Tidak lama selepas itu,
Imam Muslim jatuh sakit. Dan beberapa hari kemudian, beliau meninggal dunia. (Al Bidayah wa al-Nihayah~Ibnu Kathir)
Seorang
pencinta ilmu tidak akan pernah ‘kenyang’ dengan ilmu. Bahkan ia akan terus
mencari dan mencarinya hingga ke akhir hayatnya. Jika sifat tamak kepada harta
merupakan sikap yang hina, tamak kepada ilmu pula adalah sikap yang terpuji.
Salah
satu tanda tamak kepada ilmu adalah berasa kecewa apabila tidak memiliki ilmu
yang dimiliki oleh orang lain. Sifat ini kan termasuk dalam hasad dengki.
Namun, ia termasuk dalam kategori hasad dengki yang positif, kerana ia akan
mendorong seseorang untuk menambah ilmu dan kepakarannya.
Rasulullah
bersabda: “Tidak boleh hasad melainkan dalam dua perkara;1)Seseorang yang
diberikan hikmah (ilmu) lalu ia mengamalkan dan mengajarkannya. 2) Seseorang
yang diberikan harta lalu ia mengabiskannya untuk tujuan kebaikan.” (Riwayat Al-Bukhari
dan Muslim)
Cinta
terhadap ilmu membuatkan ulama (orang-orang berilmu/alim) menguasai banyak
ilmu, hatta semua ilmu mahu dikuasainya, sekalipun itu mustahil bagi manusia
biasa. Seringkali dikatakan, “Jika seseorang pelajar memberikan sepenuh
perhatian kepada ilmu, ilmu hanya akan ‘memberi’ separuh dirinya kepada pelajar
itu. Nah, jika cinta kita kepada ilmu hanya setengah-setengah, berapa agaknya
kadar ilmu yang akan kita peroleh?
~Ustaz
Umar M Noor,UM
Dear sahabat sume..jadikan medan ilmu yang sedang kita pijak ini sebagai kenderaan untuk menuju matlamat dunia dan akhirat.."Belajar medik ni payah, perit", "Jadi doktor ni keje berat", "Being a doctor is a very tough job!"
Despite of sume kata-kata orang (yang sebenarnya adalah fakta) ni, pastikan kita pandai ambil peluang. Memang belajar ni payah, perit. Ambik lah kos ape pun..Kos BM? Kos Sejarah? Undang-undang? Kejuruteraan? Sume payah woo..Nak suapkan makanan ke dalam mulut sendiri pun payah..Sape kata senang?? 'Senang' hanya hadir selepas kita menggagahkan diri mengharungi semua kepayahan dan keperitan tadi. Tu pun belum tentu lagi "senang" tu dalam tangan.
Dah belajar takat UPSR, blaja lagi, sambung PMR, sambung SPM..pastu blaja da blaja lagi..nak keje plak..Jadilah ape pun..Cikgu? Jurutera? Peguam? Even tukang buang sampah kat tepi jalan pun belum tentu kita mampu buat tau! Bukan kutip sampah hok plastik hitam besar2 nun..Hok kecik2 macam plastik gula-gula, botol air, kotak kfc tu pun x reti2 nak buang elok-elok! (Pesanan masyarakat: Jagalah kebersihan alam sekitar-Tanggungjawab Kita BERSAMA...) Ilmu di kepala je x guna..Kena ada attitude, kena ada practice..baru lengkap..Hok tu yang orang kata keje jadi doktor ni berat..sebab bukan setakat kena ada kualiti2 tu, tapi kene MAINTAIN jgk kualiti2 tu to be the good, better and best doctor EVER!
Berikut saya sertakan sedikit sebanyak sifat 'nerd' yang x bnyk, sikit2 ada pun jadilah untuk jadi seorang doktor yang bagus, baik, hebat and dabooommmm...:
-tepati masa
-tidak ponteng (sekarang ramai HO dah mula berperangai mcm ni, so jaga-jaga!)
-jgn mengumpat orang, nnt kita terbiasa, silap2 hal pt sume terlepas kat orang lain. Mana pergi etika 'confidentiality' kita??!!
-kemas dan bersih (segala apa yang related dgn kita, drpd pakaian, kasut, stokin, gelang, rantai bagai, sampailah ke kereta, bilik, cadar, bantal peluk cium, meja belajar, tong sampah di bilik, alat-alat tulis, stethoscope, singki di pantri rumah, toiletries...sume kene ambik kira. BERSIHkan sume! Ingat, kuman-kuman bersama kita!
-jgn sombong dan berlagak, sbb kita punya matlamat sepatutnya ialah kebajikan pt, bukan kedudukan dan pangkat kita! The key for that success is T.E.A.M.W.O.R.K!
-jangan berjanji kosong (terutamanya hal yang kita tau faktanya bertentangan dgn apa yg dijanjikan)
-love dan passion sehidup semati kpd kerja yang kita buat utk kebajikan pt, ahli keluarganya dan orang-orang di sekitar. Bg yang muslim, saya pasti sume dah slalu dgr org kata kerja kita ni noble dan mnjadi ibadah jika dibuat dgn ikhlas. Dengarkan dan amalkanlah..Your heart can feel it if you've done something good with full of your heart. Isn't it?

~Unity for The Sake of Humanity~
No comments:
Post a Comment