Friday, March 28, 2014

TOUR DE` MEDICINE

Dari UiTM ke UniSZA

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi dengan kurniaNYA, pihak MediSZA beroleh satu peluang keemasan pada 22 Mac yang lalu apabila kami menerima kunjungan sahabat-sahabat daripada Medical Association of UiTM (MESTA).

 

Tour De Medicine MESTA

Ketibaan MESTA pada jam 8.30 pagi di Kampus Kota disambut oleh beberapa AJK MediSZA. Majlis perasmian Tour De` Medicine disempurnakan oleh Dr. Norhasiza Binti Mat Jusoh, Penasihat II MediSZA. Ucapan kedua-dua YDP dari MediSZA dan MESTA masing-masing berlatarkan harapan semoga kunjungan MESTA dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala antara MediSZA dan MESTA serta meningkatkan lagi tunjang kempimpinan kedua-dua persatuan melalui sesi pertukaran idea di antara MediSZA dan MESTA.

Pensyarah pengiring daripada pihak MESTA turut menyuarakan harapan yang sama, agar hubungan antara dua pihak tidak hanya berhenti di situ tetapi berlanjutan pada masa akan datang.

 

IMG_3594

Ucapan dari YDP MediSZA

 

IMG_3612

Ucapan dari YDP MESTA

 

IMG_3615

Pensyarah pengiring MESTA, Dr. Mohammad

 

IMG_3617

Ucapan perasmian dari Dr. Norhasiza.

 

Tour De Medicine MESTA1

Antara pengisian program ialah, sesi lawatan di sekitar Kampus Kota dan sesi pertukaran idea di antara AJK MediSZA dan MESTA.

 

IMG_3641

Sesi lawatan di perpustakaan Kampus Kota

IMG_3655

Di Galeri….

 

IMG_3676

Pelawat-pelawat khusyuk mendengar penerangan…

 

 

image

 

image

Pada petangnya, satu aktiviti sukan yang melibatkan MESTA dan MediSZA turut diadakan sebagai salah satu cara untuk mengeratkan lagi hubungan yang sedia ada di samping mewujudkan budaya berdaya saing di antara dua barisan kepimpinan MediSZA dan MESTA.

 

image

Perlawanan futsal di antara MediSZA dan MESTA di Pulau Kambing.

 

Sesi lawatan  berakhir dengan satu Majlis Penutup yang diadakan di gelanggang futsal tersebut. Walaupun keletihan, namun kedua-dua pihak masih lagi bersemangat untuk meneruskan majlis.

 

image

 

Majlis penutup diisi dengan ucapan penghargaan dari YDP MediSZA. Acara berakhir dengan pemberian hadiah saguhati kepada pemain-pemain futsal.Suasana perpisahan diselitkan dengan beberapa sesi fotografi sebagai kenang-kenangan.

 

image

Akhir kata, semoga program ini berjaya merapatkan lagi ukhuwah di antara MediSZA dan MESTA. Diharapkan semoga tali persahabatan yang terjalin tidak berhenti di sini sahaja dan akan terus berlanjutan pada masa hadapan.

 

image

1 comment:

  1. assalamualaikum. saya nak tanye,medic UniSZA sudah diiktiraf MQA ke belum?

    ReplyDelete