`Sparkling of 3 Races`
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerna dengan
kurniaNya, MediSZA telah berjaya menganjurkan sebuah program Sambutan Hari
Kebudayaan pada 8 Mac 2014 yang bertempat di perkarangan MAIDAM. Program ini
dijalankan sebagai salah satu inisiatif MediSZA untuk mengeratkan hubungan
antara kaum melaui program kebudayaan kaum masing-masing, dengan bertemakan ‘Sparkling
of 3 Races’.
Berikut adalah senarai ahli Jawatankuasa Pelaksana program:
Penasihat I:
Dr.
Salwani binti Ismail
Penasihat II:
Dr.
Norizhar bin Kadarman
Dr.
Norhasiza Binti Mat Jusoh
Ex- Officio:
Ahmad
Aiman B Abd Ghani
Pengarah Program:
Aminatul
Izzah binti Hood
Timb.Pengarah:
Aliimran
bin Muhiddin
Setiausaha:
Ong Jia
Cheng
Bendahari:
Farah
Afiqah binti Abu Bakar
Publisiti &Jemputan:
Nur
Farah Afiqah binti Mohd. Fadzli
Nurfarihah
binti Mohd Shakrol Bahadi
Protokol & Teknikal:
Nur
Azmina binti Juhari
Ahmad
Al-Husna bin Ahmad Nazri
Muhamad
Arif Fahmi bin Abu Bakar
Makanan & Cenderahati:
Diana
Farahin binti Abdul Rahim
Nurul
Ashikin bt Jamaludin
Tempat & Peralatan:
Muhammad
Syaqqim Hafifi bin Abdul Rahman
Muhammad
Fauzan bin Abdul Hamid
Aktiviti:
Booth kaum Melayu:
Nurul
Wahidah binti Othman
Booth kaum Cina:
Nor
Khamisa bt Khamsi
Booth kaum India:
Punithamalar
a/p Krishnan
Booth makanan:
Nur
Amalina bt Mohd Yahya
Aiman
bin Rusli Lee
Booth permainan:
Hoe Lyn
Da
Fatin
Nurhana binti Abdul Matin
Semua booth yang dibuka menyajikan
pelbagai aktiviti menarik sepanjang program berlangsung. Acara dimulakan pada
jam 10 pagi dan berakhir pada jam 5 petang.
Pelbagai booth telah dibuka dengan mengambil budaya kaum Melayu, Cina dan India sebagai fokus masing-masing. Setiap booth dan aktiviti telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada warga Maidam, khususnya ahli-ahli MediSZA sendiri.
Sepanjang program berlangsung, para peserta menunjukkan reaksi yang sangat positif. Interaksi antara kaum berlaku dalam suasana yang cukup mesra dan meriah sekali. Melalui program ini, para pelajar bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim dengan rakan-rakan berlainan kaum tetapi juga dapat menyelami budaya kebanggaan kaum masing-masing dengan lebih dalam lagi.
Sesi pendaftaran
Team siar raya: Yoo..DJ in da house...
Kolum: Budaya kebanggaan kaum India
Congkak: permainan tradisi kaum Melayu
Chui Mei: permainan kaum Cina..hamboih..tekunnya main..
Denda, jangan tak denda!
Kaligrafi Cina
Jemputan khas dari Gong Badak : Tulisan khat-mengimbau zaman kegemilangan tulisan jawi sebagai nadi budaya kaum Melayu.
Inai : budaya kaum India
Chinese Chess: Eh, nak main ke, nak bergambar tu??
Nampak..kak Ruby pun beli tau...klasss gituuuu....
Menganyam tikar: Anyam kertas saja pun jadilah...
Bakat mencanting batik terserlah….
Jom buat ketupat pulak…!!
`Jangan conteng muka saya…..!`
`Hmmm…. kalau rupa macam gini,jadi ke tak ketupat bila dah masak nanti ye?`
`First time main nih….mesti menang!!!
Program ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran felo asrama MAIDAM, Dr. Kamal Akhtar, yang merasmikan majlis penutup pada petang itu. Majlis penutup juga menampilkan Sherman Mak, pelajar tahun satu yang membuat persembahan wushu sebagai penyeri majlis.
Ucapan penutupan majlis daripada Dr. Kamal Akhtar
Penyampaian cenderahati dari YDP MediSZA
Akhir kata, pihak MediSZA mengucapkan jutaan terima kasih buat ahli-ahli jawatankuasa program serta individu-individu yang telah bertungkus-lumus melaksanakan program 'Sparkling of 3 Races' ini dengan jayanya. Tidak lupa, ucapan terima kasih yang tidak terhingga daripada kami kepada para peserta yang telah mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti kami kerana sesungguhnya andalah penyeri majlis kami..Diharapkan semoga para peserta memperoleh sesuatu yang bermanfaat saripada program ini dan semoga keharmonian 3 kaum utama di Malaysia ini akan terus terpelihara.
Sekian, terima kasih...
No comments:
Post a Comment