Friday, February 28, 2014

Minggu Mahabbah Rasul

(Prophet Muhammad,Truly We Love You)
Syukur kepada Allah,kerana dengan kurniaNYA,pihak MediSZA dengan kerjasama Surau MAIDAM telah berjaya menganjurkan program Mahabbah Rasul yang berlangsung selama seminggu.

mahabbah rasul

Berikut adalah senarai jawatankuasa yang bertanggungjawab melicinkan lagi program ini.
Penaung:
Prof Dr. Nordin Bin Simbak
Penasihat I :
Dr. Salwani Binti Ismail
Penasihat II :
Prof Madya Dr. Norizhar Bin Kadarman
Dr. Norhasiza Binti Mat Jusoh
Pengarah Program:
Ahmad Aiman B Abd Ghani
Timbalan Pengarah :
Munirah Binti Mohamad Nordin
Setiausaha:
Aiman Bin Rusli Lee
Bendahari:
Asma Nabihah Binti Mohamad
AJK Teknikal & Tempat:
Azizirrahim bin Mohd Zain
Ahmad Aminur Asif Bin Ahmad Azmi
Farah Afiqah Binti Abu Bakar @ Mohamad
Aminatul Izzah Binti Hood
AJK Makanan:
Tuan Nashrul Hadi Bin Tuan Mahadi
Khairul Iqbal Bin Mohd Azmi
Kasmia Binti Sabang
Nurul Diyana Adnin Binti Khairul Anuar
Nurul Wahidah Binti Othman
AJK Cenderamata:
Muhammad Azizi Bin Muhd Ghazali
Nor Khamisa binti Kamsi
Azizah Binti Majid
AJK Publisiti:
Mohd Sharil Iman Bin Mohd Hanafi
Zainal Bin Zulkifli
Aisyah Binti Abas
Nur Amalina Binti Mohd Yahya

Melalui program ini, penganjur cuba menerapkan perasaan cinta dan kasih kepada Rasulullah SAW kepada para pelajar. Sepanjang minggu program ini dijalankan, pelajar-pelajar  telah menunjukkan perubahan sikap ke arah mencintai dan kasih kepada Rasulullah di samping turut mempraktikkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan mereka.

Objektif pihak penganjur bukan sahaja untuk menyemai perasaan cinta malah untuk memperingatkan kembali akhlak-akhlak mulia Rasulullah SAW, mempromosikan sunnah-sunnah Rasulullah SAW yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian pelajar dan tidak lupa menyeru para pelajar untuk mengikuti akhlak Rasulullah yakni "Qudwatul Hasanah", contoh teladan yang terbaik buat seluruh umat manusia.

Antara program yang berlangsung sepanjang seminggu ialah:
Jumaat (10/1/14):
Ceramah Interaksi dengan as-Sunnah oleh Professor Madya Dr. Basri bin Ibrahim, Pensyarah FKI UNiSZA
Sabtu (11/1/14):
Tayangan video
Ahad (12/1/2014):
Ceramah Kenali Rasulullah `Physically` oleh Ustaz Mahadi Mohamad, Pensyarah FKI UNiSZA
Isnin (13/1/14):
Solat maghrib berjemaah dan ceramah Berakhlak seperti Junjungan Agung oleh Ustaz Ahmad Yassar bin Mohamad, Imam MABS.
Selasa dan Rabu (14 dan 15/1/14):
Tayangan video
Perkongsian dari sahabat-sahabat
Khamis (16/1/14):
Solat maghrib berjemaah & Iftar Jamaie.
Solat Hajat, Bacaan Yassin dan Tahlil
Jumaat (17/1/2014):
MALAM KEMUNCAK MAHABBAH RASUL
Solat Maghrib berjemaah dan Zikir Munajat, Solat Isyak berjemaah.
Ceramah perdana  `Mendambakan Kasihmu Ya HabibAllah` yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Mizan Mohd, Pengarah Urusan TQHM training and consultancy.


IMG-20140228-WA0021
Professor Madya Dr. Basri bin Ibrahim, Pensyarah FKI UNiSZA
IMG-20140228-WA0005
Ustaz Ahmad Yassar bin Mohamad, Imam MABS.
IMG-20140228-WA0018
Iftar jamaie
Tayangan video dan perkongsian dari sahabat-sahabat
IMG-20140228-WA0014
Malam kemuncak mahabbah rasul.

IMG-20140228-WA0028
`Mendambakan Kasihmu Ya HabibAllah`  oleh Ustaz Mohamad Mizan Mohd, Pengarah Urusan TQHM training and consultancy.

IMG-20140228-WA0013
Pengarah program menyampaikan cenderahati…..

Para pelajar telah memberikan respons yang positif dan memberangsangkan sepanjang program ini berlangsung. Diharapkan semoga segala ilmu dan pengisian program ini mampu melahirkan rasa sayang peserta-peserta terhadap Rasulullah, nabi junjungan umat Islam, serta menguatkan semangat untuk terus memperbaiki diri dengan mengikuti sunnah Rasul demi mengejar cinta Ilahi yang abadi..

No comments:

Post a Comment