Friday, March 18, 2011

Lawatan ke Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu

Pada 3 Mac 2011 pelajar perubatan Tahun 2 Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan lawatan ke Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu. Program ini adalah program kedua melibatkan pelajar perubatan Tahun 2 di bawah modul "Personal & Professional Development (PPD)".Lawatan ke Taman Sinar Harapan ini selari dengan apa yang dipelajari oleh pelajar perubatan UniSZA Tahun 2 iaitu Module 15: Central Nervous System.

Objektif lawatan ini adalah:
  • memberi pengetahuan kepada pelajar perubatan UniSZA tentang fungsi dan perkhidmatan yang ada di Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu
  • mewujudkan kesedaran kepada pelajar perubatan tentang masalah yang dialami oleh penghuni Taman Sinar Harapan.
  • melatih cara-cara berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik antara pelajar perubatan dan penghuni Taman Sinar Harapan.
Pelbagai aktivi telah dijalankan sepanjang lawatan ini, antaranya:
  1. Pelancaran Tabung PERMATA UniSZA untuk Taman Sinar Harapan.
  2. Sesi ramah-mesra antara pelajar dan penghuni Taman Sinar Harapan.
  3. Persembahan daripada pelajar perubatan UniSZA.
  4. Lawatan ke asrama dan bilik aktiviti harian penghuni Taman Sinar Harapan


Ucapan daripada wakil pensyarah UniSZA Prof. Madya Dr. Rohayah Bt. Hussin




Ucapan Timbalan Pengetua Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu


Pelancaran Tabung PERMATA UniSZA untuk Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu






Gambar kenangan bersama penghuni dan staf Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu

Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu merupakan salah satu daripada 7 buat Taman Sinar Harapan yang terdapat di Malaysia. Institusi ini diklasifikasikan sebagai tempat selamat Akta Kanak-Kanak 2001 dan dikhaskan untuk OKU Masalah Pembelajaran yang boleh dilatih lelaki dan perempuan.


Dengan adanya lawatan sebegini, ia dapat memberi pendedahan awal kepada pelajar perubatan UniSZA tentang "Community service" dan ia juga memberi peluang kepada pelajar perubatan untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari.

No comments:

Post a Comment

BICARA SIHAT SESI III - LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI COVID-19 DALAM KANAK-KANAK (Dr Haslina)

Pada tarikh 14 Ogos 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi ketiga, dengan tajuk langkah-langkah melindungi  Covid-19 dalam kalangan ...