Friday, December 5, 2014

PEMBUBARAN MEDICAL STUDENT ASSOCIATION OF UNISZA SESI 2013/2014

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, 
Setelah setahun kami memegang amanah di barisan kepimpinan Medisza 2013/2014, tiba masanya untuk kami mengundur diri, sejajar dengan Pembubaran Barisan MPP 13/14.

Pada tanggal 1 DISEMBER 2014 (ISNIN), dengan rasminya barisan jawatankuasa MediSZA 2013/2014 telah dibubarkan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh sahabat mahasiswa/i yang telah bersama-sama kami dalam membangunkan dan menaikkan nama MediSZA sepanjang sesi kami bertugas.

Kami sangat menghargai segala kritikan dan akan merimanya dengan hati yang terbuka. Kami juga sangat meraikan perbezaan pendapat dan penambahan cadangan serta idea dalam memastikan mahasiswa perubatan dan MEDISZA terus diperkasa. 

Kami sangat mengalu-alukan kritikan yang konstruktif dalam menambahbaik MEDISZA supaya menjadi persatuan yang dominan dalam UniSZA dan seterusnya memacu serta menjadi penunjuk aras kepada persatuan lain di UniSZA. Justeru itu, kita tidak boleh lagi berada dalam keadaan zon selesa dan kita amat memerlukan perubahan yang berani,matang dan rasional dalam memastikan MEDISZA boleh diangkat dan dipandang oleh masyarakat luar amnya.

Akhir kata, kami daripada barisan Kepimpinan MediSZA 13/14, memohon ampun dan maaf sepanjang kami menerajui tampuk kepimpinan kali ini sekiranya berlaku kekhilafan, maafkan kami. InsyaAllah,moga-moga barisan kepimpinan yang baharu yang menjadi lebik baik daripada kami.
Sekian,Terima Kasih.

#Sapa2 yang nak tolong naikkan lagi MediSZA pasni, cepat2 ambik borang dan daftar! Banyak yang anda akan pelajari dari MediSZA, serius!! Jangan lepaskan peluang ni! =D


No comments:

Post a Comment

BICARA SIHAT SESI III - LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI COVID-19 DALAM KANAK-KANAK (Dr Haslina)

Pada tarikh 14 Ogos 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi ketiga, dengan tajuk langkah-langkah melindungi  Covid-19 dalam kalangan ...