Tuesday, January 3, 2012

Makanan Ringan Berbahaya

LONDON 2 Jan. - Kajian terbaru mendapati makanan ringan bukan sahaja merosakkan gigi dan menambah berat badan tetapi ia turut merosakkan otak.

Ini berikutan bahan kimia lemak trans yang ditemui dalam makanan berminyak dan makanan yang diproses, menghantar isyarat bercampur serta merosakkan otak.

Keadaan itu menyebabkan keupayaan otak untuk mengawal selera makan berkurangan.

Penyelidik dari Universiti Sains dan Kesihatan Oregon, Gene Bowman berkata, pada dasarnya, dengan makan makanan ringan, otak lama-kelamaan semakin tidak berupaya dan tidak sedar apa yang telah dimakan dan membuatkan seseorang itu terus lapar dan makan.‘‘Ia jelas lemak trans tidak baik untuk jantung dan otak,’’ katanya.

Kerosakan otak merupakan perkara terbaru dalam senarai masalah kesihatan yang berlaku ekoran pemakanan lemak trans atau lemak tidak tepu.

Walaupun, kajian Bowman agak terhad kepada responden di kalangan golongan berumur berkulit putih di Oregon, tetapi ia disokong oleh kajian-kajian sebelum ini yang mengutarakan perbezaan kesan makanan ringan yang sedap dan tidak sedap.

Restoran di New York dan Switzerland mengharamkan hidangan makanan yang mengandungi lemak trans. – AGENSI

[Gambar Hiasan]

Sumber: Utusan Malaysia (3 Januari 2011)

No comments:

Post a Comment

BICARA SIHAT SESI III - LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI COVID-19 DALAM KANAK-KANAK (Dr Haslina)

Pada tarikh 14 Ogos 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi ketiga, dengan tajuk langkah-langkah melindungi  Covid-19 dalam kalangan ...