Thursday, July 14, 2011

LAWATAN KE PULAU REDANG DAN PROGRAM KESIHATAN KOMUNITI

Pada 3 Jun hingga 6 Jun 2011, pelajar perubatan tahun 2 Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan lawatan ke Pulau Redang. Lawatan ke Pulau Redang ini bersempena berakhirnya Peperiksaan Profesional 1 bagi pelajar perubatan tahun 2 UniSZA disamping mengadakan program Kesihatan Komuniti bersama Penduduk Pulau Redang. Program 4 hari 3 malam ini melibatkan Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan (FPSK) UniSZA dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni  (HEPA) UniSZA dan juga Jawatankuasa Perumahan & Kebajikan Pelajar Asrama MAIDAM (JPKP).

Seramai 19 orang pelajar perubatan tahun 2 UniSZA telah mengikuti program ini dan diiringi oleh staff FPSK, pegawai HEPA dan juga staff Pusat Kesihatan UniSZA. Selain itu, lawatan ini juga turut disertai oleh Prof Dr. Ahmad Zubaidi iaitu Dekan Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan dan seorang pensyarah perubatan FPSK Dr. Salman Amiruddin. Pelbagai aktiviti dan pegisian diadakan sepanjang 4 hari 3 malam program berlangsung.



Hari Pertama ( 3 Jun 2011)
Pada jam 9 pagi, semua pelajar dan pegawai pengiring bertolak dari jeti ke Pulau Redang. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam. Apabila sampai di tapak perkhemahan semua pelajar diberi taklimat tentang tentatif program sepanjang berada di Pulau Redang. Pada waktu petang, para pelajar diberi peluang untuk melakukan aktiviti snorkeling di sekitan Taman Laut Pulau Redang. Pada waktu malam, diadakan program motivasi bersama Prof Dr. Ahmad Zubaidi.



Hari Kedua ( 4 Jun 2011)
Pada hari kedua diadakan Program Kesihatan Komuniti bersama penduduk Pulau Redang. Program dimulakan dengan ucapan daripada Adun Batu Rakit. Seterusnya, para pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil, 2 kumpulan membuat lawatan dari rumah ke rumah dan 1 kumpulan bertugas di Balai Raya. Sepanjang lawatan para pelajar perubatan membuat pemeriksaan kesihatan untuk penduduk Pulau Redang, Antaranya, pemeriksaa tekanan darah (BP), kandungan gula dalam darah, BMI dan pemberian ubat- ubatan dan vitamin secara percuma.



Hari Ketiga ( 5 Jun 2011)
Hari ketiga lawatan ke Pulau Redang ini dimulakan dengan aktiviti jungle tracking. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar supaya menjaga alam sekitar dan menikmati keindahan alam semulajadi  di Pulau Redang Aktiviti seterusnya adalah snorkeling di Taman Laut Pulau Redang. Pada waktu malam program lawatan ini diteruskan dengan aktivi BBQ. Semua makanan disediakan oleh para pelajar dan pegawai pengiring.Para pelajar juga perpeluang untuk menyaksikan penyu bertelur.




Hari Keempat ( 6 Jun 2011)
Hari keempat adalah hari terakhir untuk program lawatan ke Pulau Redang. Pada hari terakhir tidak banyak aktiviti dijalankan. Para pelajar tidak melepaskan peluang untuk membeli cenderahati daripada Pulau Redang dan seterusnya bertolak pulang ke UniSZA.


Diharap program ini dapat memberi pengalaman yang berguna kepada semua pelajar yang terlibat dan program kesihatan komuniti bersama penduduk Pulau Redang dapat dijadikan sebagai pendedahan awal sebelum memasuki Fasa Kedua pengajian ( Clinical Year) pada bulan september nanti.

No comments:

Post a Comment