Saturday, March 26, 2011

AGM PERMATA UniSZA

Pada 16 Mac 2011 Persatuan Mahasiswa/i Perubatan UniSZA ( PERMATA UniSZA) telah mengadakan "Anual Grand Meeting" bertempat di Dewan Teater Kampus Kota Universiti Sultan ZAinal Abidin (UniSZA). Mesyuarat ini bertujuan untuk mengumumkan pembubaran organisasi PERMATA UniSZA bagi sesi 2009/10 dan diganti dengan organisasi baru bagi sesi 2010/2011.



Pembubaran organisasi PERMATA UniSZA diadakan berikutan pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA sesi 2009/2010. Pemilihan organisasi baru PERMATA UniSZA telah dibuat menggunakn sistem pilihan raya. Pemilihan tersebut diadakan pada 19 Februari 2011. Majlis AGM PERMATA UniSZA ini telah dirasmikan oleh penasihat persatuan iaitu Dr. Salwani Bt. Ismail. Majlis ini turut dihadiri oleh wakil MPP UniSZA sesi 2010/2011, saudari Nur Raihanah Bt. Rozaimi (Timbalan YDP MPP UniSZA).

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Mohd Naqib B. Bajuri, dan ucapan perasmian daripada penasihat persatuan Dr. Salwani Bt Ismail. AGM diteruskan dengan ucapan wakil MPP UniSZA dan seterusnya ucapan mantan YDP PERMATA UniSZA sesi 09/10 saudara Muhammad Nurul Irsyad. Setiausaha 1 PERMATA UniSZA, saudari Munira Bt. Muhd Isa seterusnya membentang aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi 2009/2010 dan diikuti pembentangan belanjawan PERMATA UniSZA oleh bendahari persatuan, saudari Asywirah Afifah Bt Amir.

Acara kemuncak AGM adalah sesi memperkenalkan organisasi baru PERMATA UniSZA sesi 2010/2011. Seterusnya wakil organsasi yang baru iaitu saudara Tengku Ahmad Mujiburrahman B. Tengku Hasim merangkap Timbalan YDP 2 dijemput untuk memberi ucapan. AGM ini diakhiri oleh pembentang cadangan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang sesi 2010/2011 oleh YDP persatuan.

JAWATANKUASA PERMATA UniSZA SESI 2009/2010
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua AJK PERMATA UniSZA sesi 2010/2010 diatas khidmat yang telah anda berikan kepada mahasiswa/i perubatan UniSZA. Diharap organisasi baru PERMATA UniSZA dapat meneruskan kecermelangan yang telah dilakukan oleh AJK yang lepas.


[Gambar Organisasi baru PERMATA UniSZA akan diupload dalam masa terdekat]
Biro Publisiti & Perhubungan Luar
PERMATA UniSZA Sesi 2010/2011

No comments:

Post a Comment

BICARA SIHAT SESI III - LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI COVID-19 DALAM KANAK-KANAK (Dr Haslina)

Pada tarikh 14 Ogos 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi ketiga, dengan tajuk langkah-langkah melindungi  Covid-19 dalam kalangan ...