Sunday, October 7, 2012

NOTIS PEMILIHAN JAWATANKUASA PERSATUAN MAHASISWA/I PERUBATAN UniSZA SESI 2012/2013.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Semua Ahli PERMATA UniSZA

Tuan/Puan/Cik

NOTIS PEMILIHAN JAWATANKUASA PERSATUAN MAHASISWA/I PERUBATAN UniSZA SESI 2012/2013.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.      Adalah dimaklumkan yang bahawasanya Jawatankuasa Persatuan Mahasiswa/i Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (PERMATA UniSZA) Sesi 2011/2012 telah pun dibubarkan secara rasminya berkuatkuasa dengan pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (MPP UniSZA) sesi 2011/2012.

3.          Oleh itu, bersesuaian dengan perlembagaan persatuan,satu pemilihan jawatankuasa yang baharu perlu diadakan bagi memilih ahli jawatankuasa yang baharu bagi mentadbir persatuan.

4.         Mesyuarat Jawatankuasa Pilihanraya PERMATA UniSZA bertarikh 6 Oktober 2012 telah memutuskan bahawa pemilihan ahli jawatankuasa yang baharu akan menggunakan sistem separa pilihanraya bagi memastikan proses pemilihan dapat dijalankan dengan lebih telus dan efektif di samping dapat memastikan mereka yang dilantik adalah daripada kerelaan diri sendiri dan mendapat sokongan ramai. Oleh itu, proses pemilihan tersebut akan mempunyai proses penamaan calon dan proses pengundian bagi memilih jawatankuasa yang baharu. Keterangan adalah seperti berikut:

  1. 1.    Penghantaran borang
      Tarikh   : 9 Oktober 2012 (Selasa)
      Masa    : 8.00- 10.00 malam
      Tempat : Bilik Rehat Kolej Kediaman MAIDAM

  1. 2.     Penamaan calon
      Tarikh   : 15 Oktober 2012 (Isnin)
      Masa    : 9.00 malam
      Tempat : Bilik Rehat Kolej Kediaman MAIDAM

  1. 3.    Pembuangan undi
      Tarikh   : 16 Oktober 2012 (Selasa)
      Masa    : 8.45- 9.45 malam
      Tempat : Bilik Rehat Kolej Kediaman MAIDAM
5.       Calon yang ingin bertanding dikehendaki mengisi dan melengkapkan borang pencalonan yang boleh diperoleh daripada: 1.    Muhammad Hashimi Bin Mohd Upandi (Tahun 4) 2.    Munira Bt Muhd Isa (Tahun 4) 3.    Mohd Sharil Iman bin Mohd Hanafi (Tahun 3) 4.    Mohamad Nur Sufi bin Firdaus Gan (Tahun 2) 5.    Syafika bt Majid (Tahun 2) 6.    Amirsyarifuddin bin Amir Hussain (Tahun 1) 7.    Nurul Intan Fardyina bt Abdul Aziz (Tahun 1)

6.        Untuk proses penamaan calon, semua CALON DIWAJIBKAN  hadir untuk menyerahkan borang pencalonan kepada pihak jawatankuasa pelaksana penamaan calon. Jika mempunyai keuzuran, calon dibenarkan untuk menghantar wakil, namun perlu dengan bukti bahawa wakil berkenaan merupakan wakil calon yang sebenarnya dan bukan penyamar. Calon juga diingatkan untuk menyerahkan borang pencalonan dalam tempoh masa yang ditetapkan bagi memastikan proses penamaan calon berjalan dengan lancar. Kegagalan menyerahkan borang pencalonan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan jika tidak diserahkan secara sendiri tanpa alasan yang munasabah boleh menyebabkan anda tidak dibenarkan untuk bertanding.

7.         Proses pengumuman nama calon-calon yang akan bertanding akan dijalankan pada 15 Oktober 2012 bermula jam 9.00 malam  bertempat di Bilik Rehat Kolej Kediaman MAIDAM. Oleh yang demikian, SEMUA AHLI DIWAJIBKAN hadir untuk membolehkan mengenali calon-calon yang akan bertanding dan untuk menghadiri satu taklimat tentang perjalanan proses pembuangan undi. Oleh itu, diminta kerjasama semua ahli untuk hadir semasa proses ini berlangsung.

8.          Tiada proses berkempen, pengumuman manifesto ataupun provokasi dibenarkan untuk dibuat oleh calon-calon sepanjang tempoh antara proses penamaan calon dan proses pembuangan undi.

9.            SEMUA AHLI DIWAJIBKAN untuk membuang undi seperti tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Kegagalan anda mematuhi peraturan tersebut tanpa sebarang keuzuran akan menyebabkan anda kehilangan peluang untuk mengundi dan boleh DIRUJUK kepada Lembaga Disiplin persatuan. Cara pengundian akan diterangkan semasa proses pengumuman calon dibuat dan jika ada sebarang perubahan, pihak JKPR akan memaklumkan dari semasa ke semasa. Proses pengiraan undi akan dibuat bermula dari jam 10.00 malam oleh pihak JKPR bertempat di Bilik Rehat Kolej Kediaman MAIDAM. Semua calon DIWAJIBKAN hadir dan ahli-ahli yang lain diberikan pilihan untuk hadir ataupun tidak. Pengumuman keputusan rasmi akan dibuat oleh Pengerusi JKPR setelah proses pengiraan undi selesai.

10.             Calon-calon yang diisytihar menang dikehendaki membentuk organisasi persatuan dalam tempoh TIGA (3) hari setelah selesai proses pemilihan dan pengumuman rasmi organisasi akan dibuat semasa mesyuarat agung tahun dijalankan.

11.               Adalah diharapkan semua ahli dapat memberikan kerjasama bagi memastikan proses pemilihan ini berjalan lancar dan jayanya dan diakhiri dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih

UNITY FOR THE SAKE OF HUMANITY

Yang benar,

MUHAMMAD HASHIMI BIN MOHD UPANDI (025982)
Pengerusi
Jawatankuasa Pilihanraya Persatuan Mahasiswa/i Perubatan
Universiti Sultan Zainal Abidin.

No comments:

Post a Comment