Thursday, August 27, 2015

Projek Amal : Hidupkan Ramadhan dengan Sedekah

Assalamualaikum dan salam 1UniSZA semua!




       Pada bulan Ramadhan yang lepas iaitu pada 3 Julai 2015 (Jumaat), pihak MediSZA berpeluang mengadakan Projek Amal : yang disertai oleh para pensyarah dan para pelajar Fakulti Perubatan UniSZA yang memberi penekanan pada sumbangan kepada anak-anak yatim Darul Hilmi. Selain daripada menikmati juadah berbuka, pada hari program juga diadakan aktiviti memasak dan bergotong-royong antara para pensyarah dan para pelajar perubatan di Kampus Perubatan UniSZA dimana juadah yang disediakan terdiri daripada lima buah negara iaitu Malaysia, India, Pakistan, Iraq dan Myanmar.

   Dari Anas Bin Malik RA, katanya :

               Rasulullah SAW telah ditanya : Wahai Rasulullah! Apakah sdekah yang afdal? Baginda menjawab : Sedekah pada bulan Ramadhan. (Hadis Riwayat Tirmizi)

Pada sebelah pagi sehingga ke petang, program berlangsung dengan aktivti bergotong-royong memasak bersama para pensyarah dan para pelajar perubatan yang terlibat kemudian disambung dengan penyediaan tempat majlis serta penyediaan makanan






















       Projek Amal : Hidupkan Ramadhan dengan Sedekah bermula pada jam 5.00 petang dengan kehadiran para pelajar, kakitangan Fakulti Perubatan, para pensyarah dan para pelajar. Sementara menunggu waktu berbuka puasa, telah diadakan sesi ceramah agama dan pengagihan buah kurma serta air mineral. Sejurus selepas majlis berbuka puasa iaitu dengan menikmati juadah ringan, program diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah dan menikmati juadah berbuka oleh lima buah negara.

    Alhamdulillah segalanya berjalan seperti yang dirancangkan namun beberapa kesilapan teknikal berlaku yang melibatkan keadaan dimana kehadiran anak-anak yatim Darul Hilmi untuk berbuka puasa bersama-sama pihak MediSZA tidak tercapai. Namun begitu, wakil daripada Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi telah hadir dan menerima sumbangan yang telah dikumpulkan untuk anak-anak yatim Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi. Terima kasih kami ucapkan terutamanya daripada Biro Kerohanian dan Pembangunan Modal Insan MediSZA sebagai pihak yang mengarahkan kelangsungan program bagi yang dapat hadirkan diri dan terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam projek amal ini.





Projek Amal : Hidupkan Ramadhan dengan Sedekah turut mendapat perhatian daripada pihak media akhbar


-UNITY FOR THE SAKE OF HUMANITY-


 





No comments:

Post a Comment