Sunday, January 19, 2020

Speaker's Corner

   Pada hari Rabu, 16 Januari 2020 bertempat di Kanopi bersebelahan kafe Kampus Perubatan UniSZA, MediSZA telah menganjurkan Speakers' Corner yang merupakan wasilah untuk perbahasan dan perbincangan yang terbuka. Jika dibelek sejarah Speakers' Corner, ia mula diperkenalkan di Hyde Park di London, England.


   Speakers' Corner juga telah diperkenalkan sebelum ini oleh Fakulti Perubatan sebagai salah satu slot dalam sambutan "Sedekad Bersama Fakulti". Dr. Khairi Che Mat, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan Komuniti telah mencadangkan untuk meneruskan program yang bermanfaat ini setiap bulan.



   Program ini dikendalikan oleh Aiman Farhan Bin Azaddin, pelajar tahun 3, Exco Akademik dan Intelektual MediSZA. Seramai 5 orang pelajar menyertai dan menyahut cabaran untuk mengutarakan pendapat mereka tentang tajuk yang disediakan, "Kebebasan Bersuara: Kelebihan atau Kesalahan". Pelajar-pelajar yang berkelapangan turut menghadiri slot ini bagi mendengar dan menilai pendapat sahabat-sahabat mereka mengenai tajuk kali ini.





   Harapan kami agar pelajar perubatan dapat memberanikan diri untuk berbicara dan mengutarakan pendapat mereka di hadapan ramai sekaligus sebagai satu latihan untuk mereka sebagai seorang doktor yang bukan sahaja menguasai ilmu kedoktoran malah mempunyai kemahiran insaniah yang jitu dan tinggi.



-16 Januari 2020-
"UNITY FOR THE SAKE OF HUMANITY"





Thursday, January 9, 2020

Mesyuarat bersama organisasi pelajar fakulti perubatan sesi 2019/2020

    Pada 8 Januari 2020, satu mesyuarat telah dijalankan beraam penasihat dan ahli jawatankuasa organisasi pelajar fakulti perubatan.

     Mesyuarat ini merupakan mesyuarat tahunan bersama penasihat MediSZA namun pada tahun ini, buat pertama kalinya telah melibatkan Nursing Science Club (NSC). 

    Dr Khairi selaku Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Komuniti telah mengetui mesyuarat tersebut dan melibatkan juga Dr Azuin selaku penasihat MediSZA sesi 2019/2020 dan Puan Rahman selaku penasihat NSC.


    Mesyuarat dijalankan bertujuan untuk membincangkan perkara yang berbangkit dan isu-isu berkaitan pelajar perubatan serta pelajar kejururawatan. Cadangan program bersama turut dibentangkan oleh Yang Dipertua MediSZA 19/20 dan Yang Dipertua NSC 19/20.



    Harapan kami agar mesyuarat bersama Nursing Science Club (NSC) data dijalankan dengan lebih kerap untuk menyediakan medium dan saluran suara pelajar sekaligus menaikkan nama Fakulti Perubatan sebagai fakulti yang aktif dalam persatuan.



-8 Januari 2020-
"UNITY FOR THE SAKE OF HUMANITY"





MOCK OSPE 2020

    Pada 2 dan 3 Januari 2020 bertempat di Common Room asrama Maidam UniSZA, berlangsungnya program MOCK OSPE yang merupakan program tahunan MediSZA. 




    MOCK OSPE merupakan sebuah pengenalan kepada pelajar tahun 1 mengenai format peperiksaan akhir semester terutamanya OSPE (Objective Structured Practical Examination) yang merupakan sesuatu yang baru bagi pelajar tahun 1.





    Selain itu, pengenalan PBQ (Problem Based Question) juga diberikan kepada pelajar tahun 1. Sebanyak 20 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang sekumpulan menyertai program ini. Peringkat akhir bagi menentukan pemenang dinilai melalui soalan MTF (Multiple True False) Kahoot. 


    Program ini dikendali oleh Aiman Farhan Bin Azaddin, pelajar tahun 3, Exco Akademik dan Intelektual MediSZA. Seramai 22 orang sukarelawan juga terlibat bagi menjayakan program ini. 



    Harapan kami agar pelajar tahun 1 mendapat manfaat dari program ini dan selamat menduduki peperiksaan akhir semester yang bakal menjelang!

-2 dan 3 Januari 2020-
"UNITY FOR THE SAKE OF HUMANITY"

Saturday, January 4, 2020

MIVG 2019

    Pada 21 dan 22 Disember bertempat di Shah Alam, telah berlangsungnya acara Medical Inter-Varsity Games (MIVG) 2019 yang telah disertai oleh 74 orang pelajar perubatan dari UniSZA. MIVG merupakan sebuah acara sukan yang disertai oleh kesemua pelajar perubatan dari seluruh universiti di Malaysia. UniSZA telah menghantar beberapa pasukan untuk acara-acara seperti futsal, bola jaring, badminton, bola tampar, acara olahraga dan e-sports seperti DOTA2 dan PUBG.


Pada tahun ini,  27 universiti telah menyertai MIVG 2019. Acara majlis pembukaan telah dijalankan di Panasonic Sports Complex,Shah Alam.


Pelajar-pelajar yang menyertai dalam perarakan atlet sewaktu majlis pembukaan.

    Pada hari pertama acara MIVG 2019,  pasukan untuk acara seperti acara olahraga, bola jaring, futsal, renang, bola tampar, badminton, PUBG dan DOTA2 telah dipertandingkan.

 Pasukan PUBG di USCI Kuala Lumpur.

 Acara 1500m lelaki di Stadium Panasonic Shah Alam.

 Acara 400m lelaki di Stadium Panasonic Shah Alam.

 Futsal di padang futsal, Stadium Panasonic Shah Alam.
 Pasukan bola jaring di UiTM Shah Alam.

    Pada hari kedua, pasukan UniSZA telah menyertai beberapa acara seperti bowling, bola tampar, ping pong dan acara final futsal. Acara penutup juga dilangsungkan pada belah petang.

 Pasukan bowling di Pusat Bowling Q Bowl, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Pasukan bola tampar di UiTM Shah Alam.

Pelajar perubatan UniSZA pada acara penutupan MIVG 2019.

Ketua Kontinjen UniSZA, Nur Syaza Aqila mewakili UniSZA untuk menerima sijil penghargaan.

    UniSZA telah memenangi beberapa acara seperti pingat Emas dalam acara futsal, Gangsa dalam acara 800m wanita, 400m lelaki dan 800m lelaki. Tahniah dan syabas kepada para pemenang!


 Pasukan futsal memenangi pingat Emas.

 Wakil menerima pingat gangsa untuk pemenang acara 800m lelaki.

 Inani Nur Hussa (kiri) memenangi gangsa dalam acara 800m perempuan.

Muhamad Farhan Hakimi (kiri) memenangi gangsa dalam acara 400m lelaki.

Kedudukan UniSZA untuk pungutan keseluruhan pingat pada MIVG 2019.

   Ucapan tahniah kepada para pemenang sekali lagi dan juga syabas kepada para pelajar yang lain. Diharapkan agar usaha dapat  ditingkatkan lagi pada tahun hadapan dan semoga ramai lagi yang akan turut serta menyertai MIVG tahun hadapan untuk mengharumkan dalam UniSZA.



-21 dan 22 Disember 2019-
"UNITY FOR THE SAKE OF HUMANITY"








Thursday, January 2, 2020

Annual Grand Meeting MediSZA sesi 2018/2019


    Pada 19 Disember 2019 bertempat di Dewan Teater Kampus Perubatan UniSZA, berlangsungnya Annual Grand Meeting (AGM) yang merupakan program tahunan MediSZA. AGM kali ini telah dirasmikan oleh Dr Khairi selaku Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan Komuniti. AGM kali ini turut dihadiri oleh Dr Salman selaku penasihat MediSZA sesi 18/19.

YDP MediSZA 18/19 bersama Dr Khairi.


YDP MediSZA 18/19 bersama Dr Salman.


   Untuk pengetahuan semua, AGM merupakan platform dimana barisan AJK MediSZA sesi 18/19 akan membentangkan keseluruhan program-program yang telah dijalankan beserta laporan kewangan sepanjang tempoh MediSZA sesi 18/19  berkhidmat.

Setiausha MediSZA 18/19 membentangkan program-program yang telah dijalankan.

Bendahari MediSZA 18/19 membentangkan laporan kewangan bagi sesi 18/19.

   Barisan AJK MediSZA sesi 19/20 turut diperkenalkan dan sesi penyerahan fail diadakan menandakan beralihnya amanat dan perbentangan cadangan program oleh YDP MediSZA sesi 19/20, Nurul Hafizah Abdul Kadir dari Tahun 4.
Penyerahan fail kepada YDP MediSZA 19/20 (kanan).

 Penyerahan fail kepada Naib YDP MediSZA 19/20 (kanan).

 Penyerahan fail kepada Setiausaha MediSZA 19/20 (kanan).

 Penyerahan fail kepada Bendahari MediSZA 19/20 (kanan).

 Penyerahan fail kepada Exco Akademik dan Intelek MediSZA 19/20 (kanan).

 Penyerahan fail kepada Exco Kebajikan, Kerohanian dan Keselamatan MediSZA 19/20 (kanan).

Penyerahan fail kepada Exco Ekonomi dan Keusahawanan MediSZA 19/20 (kanan).

Penyerahan fail kepada Exco Publisiti serta Exco Tajaan dan Hubungan Luar MediSZA 19/20 (kanan).

Penyerahan fail kepada Exco Sukan dan Kebudayaan MediSZA 19/20 (kanan).

Pembentangan daripada YDP MediSZA 19/20 tentang program-program yang bakal dijalankan pada sesi 19/20.


     Penasihat MediSZA sesi 19/20 ialan Dr Azuin, Pensyarah Physiology Preclinical. Terima kasih kepada beliau atas kesudian untuk menjadi penasihat baru sesi ini.


    Majlis berjalan lancar. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pelajar - pelajar yang turut hadir memeriahkan majlis.

   Harapan kami agar barisan MediSZA baru mampu memberikan komitmen yang terbaik dalam menjalankan tugas.

-19 Disember 2019-
"UNITY FOR THE SAKE OF HUMANITY"

Wednesday, February 22, 2017

Teddy Bear Hospital MediSZA

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam 1 UniSZA.

Pada 18hb Feb 2017, MediSZA dengan kerjasama dari pihak Mydin Gong Badak dan IMAM Children and Teens Super Teams (IMACATS) telah mengadakan satu program komuniti "Teddy Bear Hospital MediSZA (TBHM)". Program ini telah dijalankan sebanyak 6 kali di seluruh Malaysia dan kali pertama di peringkat negeri Terengganu.

Program ini telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Perubatan, Prof. Dr Nordin bin Simbak. Turut serta, Duty Manager Mydin Gong Badak, En Abdullah Long, Penasihat MediSZA dan TBHM, Dr Rosmawati bin Mat Ali.


Program ini membawa objektif bagi menghilangkan rasa resah atau "anxiety" kanak-kanak ketika berjumpa doktor di hospital mahupun klinik. Sebanyak 9 station telah disediakan kepada kanak-kanak dan ibu bapa yang hadir pada hari tersebut.

Station 1: Registration
Kanak-kanak akan diberikan buku kesihatan Teddy Bear mereka dan doorgift juga turut disediakan. 



Station 2: Teddy's Vital Signs
Di station ini, kanak-kanak didedahkan dengan rutin kebiasaan doktor apabila berjumpa pesakit seperti mengambil tekanan darah, temperature dan mereka juga diberi kesempatan untuk mendengar sendiri degupan jantung mereka.



Station 3: Teddy sees a Doctor
Di sini, kanak-kanak diberikan situasi seperti 'teddy bear patah kaki', 'luka' dan sebagainya. Melalui situasi tersebut, kanak-kanak diajar bagaimana untuk membalut tangan yang patah dan merawat luka.


 
Station 4: Teddy sees Dentist
Station ini melibatkan volunteer dari Jabatan Pergigian HSNZ yang mana mereka didedahkan dengan kesan makanan manis terhadap gigi, cara-cara menggosok gigi yang betul dan cara menjaga kesihatan mulut.



Station 5: Healthy Eating
Kerjasama dari pelajar-pelajar Nutrition and Dietetic Students Association (NADSA) UniSZA dalam mengendalikan station ini dilihat dapat mengajar kanak-kanak tentang cara memilih makanan yang betul berdasarkan piramid makanan dan pinggan makanan.



Station 6: Lets Wash Hands!
Melalui station ini, kanak-kanak diajar tentang cara-cara untuk membasuh tangan dengan 7 langkah yang betul. Penyertaan nurse-nurse dari bahagian Infectious Control HSNZ memeriahkan lagi station ini.



Station 7: Exercise!
Seperti namanya, station ini menggalakkan kanak-kanak untuk melakukan senaman. Pelbagai jenis senaman seperti "Chicken dance" dan permainan bola telah disediakan.



Station 8: Teddy sees a Pharmacist
Untuk station ini, tumpuan lebih diberikan kepada ibu bapa yang mana mereka diajar mengenai cara-cara memberi ubat yang betul kepada anak-anak, jenis-jenis ubat dan kesannya terhadap kanak-kanak. Penglibatan doktor-doktor dari Jabatan Farmasi HSNZ memeriahkan lagi station ini.




Station 9: Paeds Emergency
Station ini juga memberi tumpuan kepada ibu bapa mengenai langkah-langkah untuk apabila berhadapan dengan situasi kanak-kanak tercekik dan tidak sedarkan diri yang memerlukan bantuan resusitasi CPR.



Jutaan terima kasih diucapkan kepada penaja-penaja program TBHM:
1. Dumex Dugro
2. IMACATS
3. Pfizer
4. Salam Hospital
5. Pelajar2 UniSZA
6. Penasihat MediSZA

Akhir sekali, ucapan tahniah kepada pengarah program, Saudari Nur Farahain binti Mustafa kerana telah menjalankan program ini dengan sejayanya. Tidak lupa juga kepada semua AJK yang bertungkus -lumus bagi memastikan kejayaan program ini. Tidak ketinggalan juga kepada para sukarelawan yang sudi meluangkan masa menyertai dan memeriahkan lagi suasana TBHM.




Sekitar Teddy Bear Hospital MediSZA:











|18th Februari 2017|

"UNITY FOR THE SAKE OF HUMANITY"


BICARA SIHAT SESI III - LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI COVID-19 DALAM KANAK-KANAK (Dr Haslina)

Pada tarikh 14 Ogos 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi ketiga, dengan tajuk langkah-langkah melindungi  Covid-19 dalam kalangan ...