Monday, February 25, 2013

Prof. Dr. Yahaya Ibrahim, Naib Canselor baru UniSZA

KUALA TERENGGANU – Prof. Dr. Yahaya Ibrahim telah dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)  sebagai Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berkuatkuasa pada 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2015. Pelantikan ini bagi menggantikan Dato’ Profesor Dr. Alias Daud yang tamat tempoh lantikan pada 31 Disember 2012 yang lalu.
 
Beliau sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Memetik laporan dari KPT, pemilihan beliau sebagai Naib Canselor UniSZA adalah berasaskan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPT dengan mengambil kira pengalaman akademik, penyelidikan serta pentadbirannya semasa bertugas di UMT disamping kepakaran beliau dalam bidang sains sosial dan pembangunan komuniti. 


Prof. Dr. Yahaya Ibrahim dilahirkan pada 16 Mei 1962 dan merupakan anak jati Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau telah dianugerahkan Bachelor in Urban and Regional Planning (Honours) dari Universiti Teknologi Malaysia, Master of Arts (Sociology) dari Universiti Malaya dan seterusnya PhD (Development Studies) dari Universiti Malaya.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Profesor dalam bidang pembangunan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan dijemput sebagai Profesor pelawat di Ritsumeikan University, Kyoto, Jepun.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) di UMT, beliau telah berkhidmat sebagai CEO untuk syarikat UKM Pakarunding Sdn. Bhd.

Beliau juga turut terlibat dalam pelbagai aktiviti penyelidikan yang berkaitan dengan pembangunan sosial di Malaysia.
Warga UniSZA mengucapkan selamat datang kepada beliau dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Naib Canselor, Dato’ Prof. Dr. Alias Daud diatas segala bakti yang telah dicurahkan sepanjang meneraju UniSZA.

Saturday, February 16, 2013

UniSZA Jadi Universiti Islam


KUALA TERENGGANU – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan tersenarai sebagai universiti Islam ketiga di negara ini, selain Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (Usim).

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah berkata, pengiktirafan kepada UniSZA sebagai universiti Islam berdasarkan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahukan universiti berkenaan sebagai universiti Islam.
“Perdana Menteri atau pihak universiti sendiri akan umumkan perkara ini. Memandangkan sebelum ini, universiti yang bermula dengan nama Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Kusza) cukup hebat dan terkenal sebagai kolej agama bagi penduduk Pantai Timur, jadi amat bersesuaian sekiranya ia diiktiraf sebagai universiti Islam.
“Tambahan pula, di Pantai Timur khususnya di Terengganu belum mempunyai sebuah universiti Islam, jadi, pengiktirafan ini adalah permulaan terbaik untuk memartabatkan universiti Islam di negara ini,” katanya pada sesi lawatan kerja ke UniSZA, semalam.



UniSZA yang kini mempunyai tiga cawangan iaitu di Kampus Gong Badak, Kampus Kota dan Kampus Besut telah berusia enam tahun. Ia dikenali sebagai Universiti Darul Iman sebelum ditukar secara rasmi kepada UniSZA pada 2010.

Sementara itu, Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr Yahya Ibrahim berkata, sebuah bangunan canselori bernilai RM20 juta dan bangunan asrama baru bagi menempatkan 3,000 pelajar bernilai RM150 juta akan dibangunkan.
Menurutnya, pihaknya telah menghantar permohonan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan ia telah mendapat maklum balas positif dalam tempoh terdekat.
“Kita baru mohon dengan KPT untuk bangunkan bangunan canselori kerana kita berhasrat hendak menjadikan kampus Gong Badak ini sebagai kampus induk. Selepas ini, infrastruktur lain akan menyusul termasuk pembinaan kompleks sukan.
“Kita juga akan wujudkan Sekolah Imtiaz UniSZA supaya pelajar-pelajar terbaik yang dihasilkan dari sekolah berkenaan dapat menyambung terus pengajian di UniSZA dan memilih universiti ini sebagai pilihan utama,” katanya.


Setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah (tiga, kanan) berbual bersama Presiden MPP UniSZA), Muhammad Marzuqi pada sesi lawatan beliau ke universiti berkenaan.

Beliau berkata, pembinaannya masih di peringkat perancangan dan kertas kerja mengenainya belum dibawa ke peringkat tertinggi.

“Kita cuma rancang membinanya berdekatan dengan kampus atau di kawasan-kawasan sesuai di mana ia akan ditentukan oleh UniSZA Holding.

“Kita juga merancang memperluaskan UniSZA di peringkat nasional dan antarabangsa dengan membina kampus di Kuala Lumpur serta menawarkan pelbagai program yang dijangka akan mendapat sambutan,” katanya.

Friday, February 8, 2013

Penggunaan Nama dan Logo Baru


Assalamualaikum w.b.t

Dimaklumkan bahawa bermula 1 JANUARI 2013, Persatuan Mahasiswa/i Perubatan UniSZA (PERMATA UniSZA) telah secara rasminya dikenali sebagai Medical Students Association of UniSZA (MediSZA).

Sehubungan itu bersempena dengan proses penjenamaan semula persatuan, MediSZA juga telah menggunakan logo baru yang melambangkan identiti persatuan ini sendiri. Logo ini bukan sekadar dipilih di peringkat ajk tetapi telah disahkan dan diperakui oleh penasihat-penasihat baru MediSZA :-

1. Prof Madya Dr Norizhar bin Kadarman
2. Prof Madya Dr Azmi bin Hassan
3. Dr Norhasiza binti Mat Jusoh

Bagaimanapun, moto lama persatuan iaitu 'Unity for The Sake of Humanity' masih dikekalkan

Oleh itu, segala urusan yang membabitkan persatuan hendaklah menggunakan nama dan logo baru persatuan.

Sekian terima kasih.

"UNITY FOR THE SAKE OF HUMANITY"

Yang berkhidmat,

Tengku Ahmad Mujiburrahman bin Tengku Hasim,
Naib Yang Dipertua II,
Medical Students Association of UniSZA (MediSZA)


Program Derma Darah


Saturday, February 2, 2013

1st MediSZA Splendid Brain Challenge

Assalamualaikum & Selamat sejahtera kpd semua!!!

Alhamdulillah, "1st MediSZA Splendid Brain Challenge" yang julung-julung kali diadakan berjalan dengan lancar dan jayanya. Program ini melibatkan semua mahasiswa/i  ISM Perubatan dan Pembedahan (MBBS) UniSZA yang berada di Tahun 1 dan 2 sebagai peserta manakala Tahun 3 dan 4 sebagai Ahli Jawantankuasa. 

Program ini merakamkan nostalgianya seperti berikut :

Masa  :  9.00 Malam – 11.00 Malam
Tarikh : 26-27 Disember 2012 & 9-10 Januari 2013
Tempat : Bilik Rehat Kolej Kediaman MAIDAM, Kampus Kota

Objektif program ini adalah sebagai persediaan kepada semua pelajar pre-klinikal untuk menghadapi End of Semester Exam pada semester berkenaan. Selain itu, ia untuk memupuk perbincangan ilmiah dalam menambah kefahaman ilmu perubatan secara teori. Program ini juga berperanan untuk menyuntik semangat persaingan secara sihat dengan membina kerjasama yang telus.


berbincang sambil diawasi oleh Fasi masing-masing!!!


"pause" seketika untuk berikan posing kenang-kenangan!!


yang lain tgh semangat berbincang, tapi ada yang bergambar sakan na!!!


Quater Final : Modified Structured Questions (MSQ) ada 12 soalan....


Para AJK menjadi "lecturer sementara tak berbayar"....


menyemak soalan-soalan dengan telus & adil....penink2!!!


2nd day : Semi-Final OSCE!!!


menyemak soalan OSCE untuk memutuskan 5 kumpulan teratas.....



5 kumpulan teratas Tahun 2 yang bersiap siaga untuk berentap!!!!


Pemenang-pemenang 1st MediSZA Splendid Brain Challenge Year 2.....Syabasss!!!


Barisan para AJK yang bertungkus -lumus sepanjang program berlangsung.....


ambil peluang beramah mesra antara senior dan junior.....


tak kenal maka tak cinta, sudah kenal tak semestinya bercinta.....



huhuhuhu, don't know what to say anymore!!!


sedang memeriksa soalan2 MSQ Year 1....huhuhu, riuh rendah!!!!


sambil2 tuh, menghabiskan stok biskut "rokok"....ye la, kitaorang baik tolong habiskan!!!


2nd day : Semi-Final OSCE.....



first time for them, good for the early exposure....


Final : 1st, 2nd & 3rd speaker for every Top 5 group need to "fight" against each other....


Johan, Naib Johan & Tempat ke-3 for 1st MediSZA Splendid Brain Challenge Year 1...


AJK Sukarelawan Batch 2 sepanjang 2 hari program dijalankan....

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung....hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian semua....moga ini dikira sebagai amal kita....Ahkir kalam, mohon maaf dipinta atas sebarang kekurangan dan salah silap sepanjang program ini berlangsung....InShaaALLAH, jika tiada aral melintang, kita akan jalankan program ini setiap semester....

p/s - since tak sempat nak edar borang feedback, anda semua dialu-alukan utk memberi sebarang kritikan dan cadangan di ruangan komen di bawah sebagai "Anonymous".....

BICARA SIHAT SESI III - LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI COVID-19 DALAM KANAK-KANAK (Dr Haslina)

Pada tarikh 14 Ogos 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi ketiga, dengan tajuk langkah-langkah melindungi  Covid-19 dalam kalangan ...