Sunday, January 19, 2020

Speaker's Corner

   Pada hari Rabu, 16 Januari 2020 bertempat di Kanopi bersebelahan kafe Kampus Perubatan UniSZA, MediSZA telah menganjurkan Speakers' Corner yang merupakan wasilah untuk perbahasan dan perbincangan yang terbuka. Jika dibelek sejarah Speakers' Corner, ia mula diperkenalkan di Hyde Park di London, England.


   Speakers' Corner juga telah diperkenalkan sebelum ini oleh Fakulti Perubatan sebagai salah satu slot dalam sambutan "Sedekad Bersama Fakulti". Dr. Khairi Che Mat, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan Komuniti telah mencadangkan untuk meneruskan program yang bermanfaat ini setiap bulan.



   Program ini dikendalikan oleh Aiman Farhan Bin Azaddin, pelajar tahun 3, Exco Akademik dan Intelektual MediSZA. Seramai 5 orang pelajar menyertai dan menyahut cabaran untuk mengutarakan pendapat mereka tentang tajuk yang disediakan, "Kebebasan Bersuara: Kelebihan atau Kesalahan". Pelajar-pelajar yang berkelapangan turut menghadiri slot ini bagi mendengar dan menilai pendapat sahabat-sahabat mereka mengenai tajuk kali ini.





   Harapan kami agar pelajar perubatan dapat memberanikan diri untuk berbicara dan mengutarakan pendapat mereka di hadapan ramai sekaligus sebagai satu latihan untuk mereka sebagai seorang doktor yang bukan sahaja menguasai ilmu kedoktoran malah mempunyai kemahiran insaniah yang jitu dan tinggi.



-16 Januari 2020-
"UNITY FOR THE SAKE OF HUMANITY"





No comments:

Post a Comment

BICARA SIHAT SESI III - LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI COVID-19 DALAM KANAK-KANAK (Dr Haslina)

Pada tarikh 14 Ogos 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi ketiga, dengan tajuk langkah-langkah melindungi  Covid-19 dalam kalangan ...