Pada tahun ini, 27 universiti telah menyertai MIVG 2019. Acara majlis pembukaan telah dijalankan di Panasonic Sports Complex,Shah Alam.
Pelajar-pelajar yang menyertai dalam perarakan atlet sewaktu majlis pembukaan.
Pada hari pertama acara MIVG 2019, pasukan untuk acara seperti acara olahraga, bola jaring, futsal, renang, bola tampar, badminton, PUBG dan DOTA2 telah dipertandingkan.
Pasukan PUBG di USCI Kuala Lumpur.
Acara 1500m lelaki di Stadium Panasonic Shah Alam.
Acara 400m lelaki di Stadium Panasonic Shah Alam.
Futsal di padang futsal, Stadium Panasonic Shah Alam.
Pasukan bola jaring di UiTM Shah Alam.
Pada hari kedua, pasukan UniSZA telah menyertai beberapa acara seperti bowling, bola tampar, ping pong dan acara final futsal. Acara penutup juga dilangsungkan pada belah petang.
Pasukan bowling di Pusat Bowling Q Bowl, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Pasukan bola tampar di UiTM Shah Alam.
Pelajar perubatan UniSZA pada acara penutupan MIVG 2019.
Ketua Kontinjen UniSZA, Nur Syaza Aqila mewakili UniSZA untuk menerima sijil penghargaan.
UniSZA telah memenangi beberapa acara seperti pingat Emas dalam acara futsal, Gangsa dalam acara 800m wanita, 400m lelaki dan 800m lelaki. Tahniah dan syabas kepada para pemenang!
Pasukan futsal memenangi pingat Emas.
Wakil menerima pingat gangsa untuk pemenang acara 800m lelaki.
Inani Nur Hussa (kiri) memenangi gangsa dalam acara 800m perempuan.
Muhamad Farhan Hakimi (kiri) memenangi gangsa dalam acara 400m lelaki.
Kedudukan UniSZA untuk pungutan keseluruhan pingat pada MIVG 2019.
Ucapan tahniah kepada para pemenang sekali lagi dan juga syabas kepada para pelajar yang lain. Diharapkan agar usaha dapat ditingkatkan lagi pada tahun hadapan dan semoga ramai lagi yang akan turut serta menyertai MIVG tahun hadapan untuk mengharumkan dalam UniSZA.
-21 dan 22 Disember 2019-
"UNITY FOR THE SAKE OF HUMANITY"
No comments:
Post a Comment