Saturday, August 14, 2021

BICARA SIHAT SESI III - LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI COVID-19 DALAM KANAK-KANAK (Dr Haslina)

Pada tarikh 14 Ogos 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi ketiga, dengan tajuk langkah-langkah melindungi  Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini kerana, angka kes kanak-kanak yang dijangkiti Covid-19 semakin meningkat dengan peningkatan kes kanak-kanak memasuki ICU akibat Covid-19.  


Bicara sihat sesi ketiga telah disampaikan oleh Dr Haslina iaitu seorang Pensyarah Perubatan yang juga merupakan seorang Pakar Paediatrik dan telah dipengerusikan oleh Saudara Muhammad Yasran yang merupakan pelajar Perubatan tahun empat dan juga AJK Medisza. 


Program telah berlangsung lebih kurang sejam dengan sesi soal jawab yang dilakukan menggunakan 'FB Live' menggunakan FB rasmi Fakulti Perubatan. Program sesi ketiga juga telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua.  

Semoga semua yang menonton mendapat manfaat dan dapat mempraktikkan ilmu ini dalam kehidupan seharian.


"Unity For The Sake of Humanity"

Medical Students Association of UniSZA 2020/2021






Saturday, July 31, 2021

BICARA SIHAT II - COVID-19 : KENALI DAN FAHAMI VARIAN BARU (Dr Nurulhuda)

Pada tarikh 31 Julai 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi kedua, dengan tajuk Covid-19, kenali dan fahami varian baru, berikutan isu semasa yang merisaukan rakyat Malaysia iaitu kemunculan varian Delta. Hal ini memberikan lebih kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia memandangkan varian Delta boleh merebak lebih pantas dan meluas. 

Bicara sihat sesi kedua telah disampaikan oleh Dr Nurulhuda iaitu seorang Pensyarah Perubatan yang juga merupakan seorang Pakar Perubatan Keluarga dan telah dipengerusikan oleh Saudari Rasmiyati Arinah yang merupakan pelajar Perubatan tahun satu dan juga AJK Medisza. 

Program telah berlangsung lebih kurang sejam setengah dengan sesi soal jawab yang dilakukan menggunakan 'FB Live' menggunakan FB rasmi Fakulti Perubatan. Program sesi kedua juga telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua. 


Friday, July 30, 2021

MOCK OSPE YEAR 1 - SESSION 2020/2021

Pada tanggal 30 July 2021, telah berlangsungnya Program Medical Brainstorming : Mock OSPE & PBQ di siaran Webex Meeting dari pukul 8.30 hingga 11.00 malam.

Setiap tahun, MediSZA akan mengadakan program Mock OSPE demi memberi pendedahan awal kepada pelajar tahun 1 berkaitan peperiksaan yang akan dijalani.

MOCK OSPE merupakan sebuah pengenalan kepada pelajar tahun 1 mengenai format peperiksaan akhir semester terutamanya OSPE (Objective Structured Practical Examination) yang merupakan sesuatu yang baru bagi pelajar tahun 1.

Selain itu, pengenalan PBQ (Problem Based Question) juga diberikan kepada pelajar tahun 1. Sebanyak 20 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang sekumpulan menyertai program ini. Peringkat akhir bagi menentukan pemenang dinilai melalui soalan MTF (Multiple True False) dan OBA (One Best Answer) Kahoot. 

Program ini dikendali oleh Ahmad Syauqi bin Mohamed Ridhwan, pelajar tahun 3, Exco Akademik dan Intelektual MediSZA, merangkap pengarah program ini. Selain itu, seramai 20 orang sukarelawan juga terlibat bagi menjayakan program ini. 

Harapan kami agar pelajar tahun 1 mendapat manfaat dari program ini dan selamat menduduki peperiksaan akhir semester yang bakal menjelang!

Friday, July 16, 2021

BICARA SIHAT SESI I - BANTUAN ASAS KESIHATAN (Panel - Dr Muna Hamiza)

Bermula 16 Julai 2021, Fakulti Perubatan telah menganjurkan program Bicara Sihat secara berkala sebagai satu inisiatif untuk memberi info dan maklumat bermanfaat kepada masyarakat dalam pandemik Covid-19.

Poster Program Bicara Sihat Sesi I 
Bagi sesi 1, ia dimulakan dengan tajuk Bantuan Asas Kesihatan Mental yang telah disampaikan oleh Dr Muna Hamiza yakni seorang Pensyarah Fakulti Perubatan dan juga merupakan seorang Pakar Psikiatrik. Majlis ini telah dikelola oleh moderator Nur Syafiqa Natasha iaitu salah seorang Pelajar Perubatan tahun 3 dan juga merupakan AJK Medisza.

Program ini telah berlangsung selama lebih sejam setengah dengan sesi soal jawab melalui platform 'FB Live' menggunakan Facebook rasmi Fakulti Perubatan. Sambutan yang menggalakan diterima daripada semua lapisan masyarakat sama ada komuniti UniSZA sendiri mahupun masyarakat luar. 







BICARA SIHAT SESI III - LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI COVID-19 DALAM KANAK-KANAK (Dr Haslina)

Pada tarikh 14 Ogos 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi ketiga, dengan tajuk langkah-langkah melindungi  Covid-19 dalam kalangan ...