Friday, July 10, 2015

Simposium Perubatan UniSZA 1.0

Assalamualaikum wbt, pada 2 Mei lepas, MediSZA telah berjaya menganjurkan Simposium Perubatan UniSZA 1.0 yang bertajuk A Good Doctor or A Safe Doctor pada ulung kali nya di Dewan Kuliah Utama, Kampus Gong Badak. 




Add caption



Antara aturcara pada hari itu adalah talks dari pakar-pakar perubatan dari Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), forum dan jualan vendor. PAPISMA merupakan persatuan NGO yang di anggotai oleh gabungan tenaga-tenaga profesional kesihatan yang antara lain tujuannya adalah untuk membimbing ahli dan masyarakat dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang sistem penjagaan kesihatan dan perubatan.

Topik topik yang di bincangkan adalah:


  •  Houseman dulu VS Houseman Sekarang 
  •  Konspirasi Di Sebalik Imunisasi 
  •  Hospital Swasta berbanding Hospital Kerajaan
  •  Kesilapan Prekripsi: Apa Kata Akta Kita

dan aktiviti terakhir iaitu Forum : Kerelevanan Doktor Lelaki dalam bidang O&G yang di bincangkan oleh Dr. Zahar Azuar Zakaria (Pakar Obstetrik dan Sakit Puan, Hospital Kemaman), Dr. Fazlina Hanum Mohd Ali (Pakar Obstetrik dan Sakit Puan, Hospital Islam Az-Zahrah), Prof. Madya Dr. Basri Ibrahim (Pensyarah Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UniSZA) dan Muhamad Anas Misbahudin (Pengerusi MPPK dan Presiden MPP UniSZA) sebagai moderator forum tersebut.











 Simposium ini bermula pada pukul 8 pagi hingga ke 5 petang. Antara peserta Simposium Perubatan UniSZA 1.0 ini adalah pelajar-pelajar perubatan UniSZA, pelajar perubatan jemputan dari semua Universiti dan Kolej seluruh Malaysia, HO, Medical Officers, dan specialists dari hospital-hospital di Malaysia.










Sekalung tahniah di ucapkan kepada AJK-AJK Simposium Perubatan UniSZA 1.0 kerana berjaya menganjurkan program yang efektif dan produktif untuk semua!




Melalui program ini dapatlah kita konklusikan betapa pentingnya isu-isu semasa di dunia perubatan ini. Para peserta juga turut memberi feedback yang sangat baik kepada MediSZA. Terima kasih juga kepada para peserta yang terlibat dan kerjasama yang di berikan. Thank you!

-UNITY FOR THE SAKE OF HUMANITY-

No comments:

Post a Comment

BICARA SIHAT SESI III - LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI COVID-19 DALAM KANAK-KANAK (Dr Haslina)

Pada tarikh 14 Ogos 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi ketiga, dengan tajuk langkah-langkah melindungi  Covid-19 dalam kalangan ...