Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua!
Acara tahunan yang wajib dijalankan oleh
MediSZA telah pun diadakan pada 27 dan 28 March 2015, iaitu Fifth Family Day! Alhamdulillah dua hari berturut-turut setiap ahli jawatankuasa berkerah tenaga untuk memastikan semuanya
berjalan lancar. Since it was a sport's day, so setiap ahli-ahli rumah sukan bertungkus
lumus bagi yang terbaik to achieve the best among the best! Tahniah semua.
For your information, sebelum acara utama
fifth family day, akan diadakan dahulu pre-family day! Overall, acara untuk pre-family day
ini adalah bertumpu kepada acara bola tampar, galah panjang dan badminton untuk
hari pertama dan kedua, manakala futsal dan bola jaring untuk hari ketiganya.
Sukan badminton menjadi acara pertama bagi Fifth Family Day kali ini yang bertempat di Stadium Negeri Terengganu yang terletak bersebelahan dengan Kampus Perubatan UniSZA. Acara bermula pada pukul 8.00 malam dan berakhir pada pukul 11.45 malam dalam anggaran.
Acara yang kedua iaitu pada jumaat pagi 20 March 2015, bertempat di Pantai Batu Burok Kuala Terengganu, diadakan sukan galah panjang dan bola tampar pada masa yang sama.
Sekarang kita lihat pula gambar untuk hari
seterusnya! Untuk 21 March 2015 iaitu sabtu pagi, semua pelajar yang terlibat
dan penyokong serta pasukan sorak rumah sukan masing-masing berkumpul di gelanggang bola jaring dan
futsal di Kampus Gong Badak UniSZA since di kampus induk UniSZA telah tersedia kemudahan
untuk sukan ini. Okay kita
tengok pada bahagian gelanggang bola jaring dulu..
Itu lah
alkisahnya, and sekarang kita lihat pula pada bahagian gelanggang futsal!
That’s all
sum up about Pre-Family Day yang happening and penuh dengan semangat sorakan
daripada setiap team! Menang kalah tu adat pertandingan, apa yang penting,
teamwork dan hasil yang kita sumbangkan untuk pasukan. We all did our very
best! Well done J
Tanpa tunggu
lagi kita tengok pula pada acara utama fifth family day yang berlangsung selama dua hari! Untuk 27 March 2015,
paginya bermula pada pukul 8 diadakan acara sukan dalam kawasan Kampus
Perubatan UniSZA. Antara aktivitinya adalah Treasure Hunt, Lautan Beracun etc.
Lecturer turur hadir memeriahkan suasana dengan memegang bendera setiap rumah sukan (adil bukan? hehehe) |
Seterusnya,
pada sebelah petang pula diadakan acara sukan indoor seperti congkak, batu
seremban, radio rosak dan ping pong. Untuk acara ping pong diteruskan sampai ke
malam hari.
Dari pagi ke
malam semua pelajar perubatan datang berikan komitmen yang cukup besar bagi kami
yang mengadakan aktiviti-aktiviti ini. Terima kasih semua! J
Sekarang tiba masanya untuk hari kemuncak Fifth Family Day! Dari pukul
7 pagi lagi ahli jawatankuasa family day sudah pun berada di Pantai Batu Burok
untuk sediakan persiapan sukan sepanjang hari.
Untuk setiap
team, semuanya dalam 8.00 pagi dah berkumpul di pantai dengan masing-masing
pakai mascot rumah sukan! Sangat kreatif, dramatik dan cantik mascot setiap
team! Thankyou for your cooperation! Semuanya diambil sebagai markah yang akan
disumbangkan kepada markah keseluruhan.. jeng jeng jeng.. sebab itulah
penekanan sorakan, kostum, semangat dan lain lain sudah pun disebarkan ke setiap
team.
Jom kita
tengok balik acara apa yang diadakan pada pagi tu..
Acara
kemuncak pada hari kemuncak Fifth Family Day 2015 adalah.... tarik tali! Pada jam
5.30 petang, semua ahli rumah sukan yang terlibat berkumpul di Pantai Batu
Burok untuk acara tersebut. Bukan setakat ahli yang terlibat sahaja yang datang
ya, kebanyakan ahli-ahli setiap team termasuk beberapa pensyarah turut hadir
memberi sorakan semangat dan memeriahkan lagi acara kemuncak ini!
Kesemua team
dan cuba yang terbaik mungkin dan semampu kekuatan mereka! Good job guys!
Selesai
sudah acara kemuncak, pada malam hari pula diadakan makan malam bersama-sama
semua pelajar perubatan. Set barbeque, nasi goreng dan sebagainya disediakan
untuk setiap team! Sambil makan, announcement tentang pemenang-pemenang
disampaikan. Keputusan keseluruhan tahun ini adalah : Tempat pertama ; Beclomethasone, kedua; Hexachlorophene, ketiga; Metronidazole, keempat; Oxymethasoline. Walau di manapun tempat yang kita peroleh, setiap saat dan semangat daripada setiap ahli adalah lebih bermakna. Tahniah semua!
Akhirnya, video
family day menjadi hidangan untuk semua! Di sini terdapat link untuk video
fifth family day MediSZA
Tak lengkap
dan tak bergeraklah program ini tanpa pengarah dan timbalan pengarahnya.. so
we would like to thank Ahmad Hanifan Bin Mulyanto dan Aliana Binti Ali selaku
Biro Sukan & Kebudayaan yang telah berjaya mengadakan program besar tahunan
ini bersama-sama Ahli Jawatankuasa yang terlibat!
Beberapa AJK Fifth Family Day |
Kalau tak puas tengok gambar family day kali ni, jemputlah layari facebook rasmi MediSZA! :) Sekali lagi,
terima kasih semua dan selamat berjumpa pada Family Day yang akan datang!
No comments:
Post a Comment