Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua,
Alhamdulillah,
Pada 7 March 2015, julung kalinya MediSZA telah berjaya menjalankan Community Social Responsibility (CSR) : MediSZA Turun Padang! buat anak-anak yatim di Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi, Kuala Terengganu. Tercapainya satu misi dan objektif besar kali ini untuk menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada anak-anak terpilih ini sebagai anak angkat kepada MediSZA pada masa akan datang. Pada masa yang sama, demi meningkatkan kemahiran komunikasi dan toleransi pelajar perubatan bersama-sama komuniti luar juga menjadi satu harapan tinggi agar dapat digilap dalam kalangan pelajar perubatan UniSZA yag terlibat.
Hari sebelumnya, ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat dan sukarelawan menyiapkan persediaan buat hari yang berikutnya dimana kami menghadirkan diri ke Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi untuk bergotong-royong membersihkan kawasan dan menjalankan aktiviti Mural Art serta beramah mesra dengan anak-anak Rumas Tunas Harapan. Sesetengah daripada kami ke Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang bagi memasang khemah dan membersihkan kawasan yang akan digunakan pada hari kemuncak.
|
Kreativiti AJK untuk Mural Art! |
|
Adik-adik turut berseni dan bantu kami semua! |
|
Khusyuk je semua.. hehe well done! |
Buat hari seterusnya,kesemua AJK dan sukarelawan tiba di Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang seawal jam 8.00 pagi. Kaunter pendaftaran untuk pertandingan dan aktiviti yang telah disediakan seperti pertandingan acara padang, pertandingan mewarna untuk anak-anak kecil, dan cabutan bertuah terbuka buat semua penduduk yang hadir.
Alhamdulillah sambutan memuaskan dan penduduk serta pelajar ramai melibatkan diri dalam aktiviti yang disediakan. Anak-anak Rumah Tunas Harapan hadir memeriahkan dan terlibat aktif sepanjang program ini.
Selain daripada aktiviti yang dijalankan oleh pihak kami, ruang buat derma darah, derma organ dan pameran kesihatan juga turut terbuka buat semua yang hadir. Secara tidak langsung dapat memberikan kesedaran dan memperkukuhkan semangat kecintaan kita dalam menjaga kesihatan diri, keluarga dan menyampaikan mesej ini kepada saudara terdekat serta orang ramai. Program derma darah dan derma organ pula dapat memupukkan lagi minat anak-anak muda dan sihat untuk terus membantu golongan yang memerlukan masa kini mahupun dalam kehidupan kelak dengan izin-Nya.
|
Pertandingan mewarna yang mendapat sambutan ramai! Tahniah adik-adik.. |
|
Acara padang |
|
Ruang buat pameran derma organ dan pameran kesihatan |
|
Kempen Derma Darah |
|
Penasihat MediSZA : Dr. Rosmawati turut hadir pada program ini |
|
Pameran kesihatan |
Bukan ini sahaja, malah pemeriksaan kesihatan percuma, pemeriksaan mata, pertunjukan kaedah kecemasan, dan aktiviti jualan turut diadakan sepanjang program ini.
|
Pemeriksaan kesihatan buat mereka yang hadir |
|
Pertunjukan kaedah kecemasan |
|
Tembak adik jangan tak tembak.. |
|
Menguji minda dan kemahiran menjawab soalan! |
|
Jualan yang disediakan oleh pihak MediSZA dan Suaru Al-Amin, Asrama Maidam |
|
Pertunjukan kaedah kecemasan kepada semua penduduk sebelum sesi ceramah oleh Prof Zawawi bermula. |
|
Pemeriksaan mata percuma! |
Selepas ceramah kesihatan yang disampaikan oleh Prof Zawawi (pensyarah perubatan UniSZA), program diteruskan dengan penyampaian hadiah, perasmian penutup program CSR dan penyampaian sumbangan buat Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi serta cabutan bertuah.
Alhamdulillah,
Program berjalan selancarnya dan berjaya diharungi pelbagai rintangan yang melanda. Program CSR yang julung kalinya diadakan disambut baik dan dipermudahkan. Semoga program CSR yang akan datang dapat diteruskan dengan jayanya dengan izin-Nya.
Terima kasih yang tidak terhingga kepda semua sukarelawan dan ahli jawatankuasa yang melibatkan diri dalam program kali ini. Tahniah kami ucapkan kepada kesemua AJK yang berkerah tenaga walaupun terus menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar mahasiswa mahasiswi perubatan, namun meneruskan perjuangan dalam membantu golongan yang memerlukan.
Setinggi-tinggi tahniah kepada pengarah program ini, Nur Farah Afiqah Binti Mohd Fadzli dan timbalan pengarah, Nurfarihah Binti Mohd Shakhrol Bahadi yang menganjurkan dan mengerah tenaga bagi menjayakan program ini.
No comments:
Post a Comment