PROGRAM FIQH WANITA
Assalamualaikum
w.b.t dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah,
pada 3 Januari 2014 yang lepas, MediSZA telah menjalankan program Fiqh Wanita
dengan jayanya. Program ini telah berlangsung selama sehari, bertempat di surau
asrama Maidam, dan telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada
pelajar-pelajar muslimah. Program ini telah dianjurkan oleh MediSZA, dengan
barisan jawatankuasanya dianggotai oleh penghuni Maidam daripada kos medik dan
dietetik. Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa yang telah terlibat bagi
menjayakan program ini:
Penaung:
Prof Dr. Nordin Bin Simbak
Penasihat:
Prof Madya Dr. Norizhar Bin
Kadarman
Dr. Norhasiza Binti Mat Jusoh
Ex-Officio:
Ahmad Aiman B Abd Ghani
Pengarah
Program:
Munirah Binti Mohamad Nordin
Timb.
Pengarah:
Nur Amalina Binti Mohd Yahya
Setiausaha:
Nik Madihah Bt Nik Shafi
Bendahari:
Asma Nabihah Binti Mohamad
AJK
Pendaftaran:
Kasmia Binti Sabang
Nurul Ashikin Bt Jamaludin
Nurul Atiqah Binti Ruslan
AJK
Teknikal:
Inadah Binti Suhaimi
Wan Siti Aishah Binti Wan
Abdullah
AJK
Persegaran:
Nur Yasmin Salihah Bt Kamarudin
Siti Hajar Bt Abdul Hadi
Siti Sarah Bt Mohamad Nawawi
AJK
Hadiah:
Farah Hanani Bt Mohd Nasir
Rasyidah Raihan Binti Roslan
AJK
Publisiti:
Tita Eftita Bt Amat Samsuddin
Nurul Intan
Fardyina Bt Abd Aziz
Ailin Faridzatul
Atraz Bt Kolong
Program ini telah dibahagikan kepada dua slot,
iaitu:
Slot 1: Bersuci dan Beribadah
Slot 2: Pergaulan dan Perhiasan
Slot pertama yang berlangsung dari jam 9 pagi
hingga 12.3o tengah hari telah dikupas dan dibincangkan oleh Ustazah Amnah
Binti Mahmood, pesara guru SMAZA yang merupakan bekas pelajar Universti Al
Azhar, Mesir. Dalam slot ini,penyampai telah menerangkan tentang
kategori-kategori wanita yang dikatakan tidak dalam keadaan suci,
indikasi-indikasi untuk mandi wajib,perkara-perkara sunat, makhruh dan hara
sepanjang berada dalam keadaan tidak suci serta panduan untuk seseorang
mengenali tempoh ketidaksuciannya. Selain daripada itu, penyampai juga turut menerangkan tentang hukum
hakam yang khusus bagi wanita serta menunjukkan sedikit sebanyak pergerakan
solat yang betul bagi seorang muslimah. Slot ini telah mendapat pelbagai
respons yang positif daripada kalangan peserta di mana ramai yang bertanyakan
soalan-soalan pemahaman berkenaan tajuk yang dibincangkan.
Makan time!!! |
Bergambar kenang-kenangan.. |
Barisan AJK yang berkhidmat |
Slot yang kedua pula telah berlangsung dari jam 2
hingga ke 4 petang, disampaikan oleh Ustazah Hawa, seorang pendakwah bebas. Slot ini turut mendapat perhatian daripada para pelajar, terutama bab pergaulan memandangkan ia agak terbuka di di kalangan pelajar-pelajar universiti.
Diharapkan program ini sedikit sebanyak telah
berjaya mengukuhkan kefahaman para peserta tentang tajuk yang dikupas serta
dapat mempraktikan segala ilmu yang ada dalam amalan hidup seharian. Semoga
amalmu diterima Allah. Buat semua yang terlibat dalam program ini sama ada
secara langsung atau tidak langsung, Semoga sentiasa diberkati Allah di dunia
dan akhirat…Jazakillah khairan kathiran..
No comments:
Post a Comment