Friday, February 14, 2014

MISI KEMANUSIAAN : SKUAD SUKARELAWAN BANJIR KE KEMAMAN


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat ilahi, kerana dengan limpah kurniaNYA , sebuah program kemanusiaan Misi Banjir yang dianjurkan oleh  Pusat Pembangunan Holistik Pelajar telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Disember 2013. Program ini telah disertai oleh 300 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai fakulti dan kursus di UniSZA.  Untuk itu, MediSZA telah menghantar seramai 30 orang ahli di samping 20 orang ahli yang lain dari Nursing Science Club (NSC) bagi mewakili Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UniSZA. Berikut adalah senarai nama sukarelawan yang menyertai Misi Banjir ini:

AHMAD AIMAN BIN AB GHANI (Tahun 4)
2 MUHAMMAD NUR SYAMIM BIN CHE JOHAN (Tahun 4)
3 TENGKU AHMAD MUJIBURRAHMAN B. TENGKU HASIM (Tahun 4)
4 SHAHIZZAT FAHMI BIN BADROLHISHAM (Tahun 4)
5 SITI AISHAH BINTI HAMZAH (Tahun 4)
6 HASNAA' BT ABDUL RAHIM (Tahun 4)
7 NOR ILYANA FARHANA BINTI BURHANUDDIN (Tahun 4)
8 MUHAMMAD AMINUR ASIF BIN AHMAD AZMI (Tahun 3)
9 NOR IZZATI AZYAN BT ALIMUDDIN (Tahun 3)
10 NUR FARAH AFIQAH BT MOHD. FADZLI (Tahun 3)
11 SITI HAMIDAH BT MAHBUD (Tahun 3)
12 NOR SYAFIQAH BT ABD MAJID (Tahun 3)
13 NURUL SYUHADA BT MOHD NAZARI (Tahun 3)
14 AZMINA BINTI JUHARI (Tahun 3)
15 NUR AIN NABILAH BT ROSLI (Tahun 3)
16 MUHAMMAD FAUZAN BIN ABDUL HAMID (Tahun 2)
17 MURTHI A/L GANESAN (Tahun 2)
18 MOHAMMAD HAIKAL BIN ABDUL HALIM (Tahun 2)
19 DIANA FARAHIN BINTI ABD RAHIM (Tahun 2)
20 FARAH HANANI MOHD NASIR (Tahun 2)
21 SHARVINA A/P PERGALATHAN (Tahun 2)
22 AIMAN BIN RUSLI LEE (Tahun 1)
23 ALIIMRAN BIN MUHIDDIN (Tahun 1)
24 MOHAMMAD AZEEM BIN ABDUL MAJID (Tahun 1)
25 NURFARIHAH BT MOHD SHAKROL BAHADI (Tahun 1)
26 NOR KHAMISA BT KHAMSI (Tahun 1)
27 MUNIRAH BT MOHAMAD NORDIN (Tahun 1)
28 NOOR ALIA BT HUSIN (Tahun 1)
29 NADZIRAH BT MOHD YUSOF (Tahun 1)
30 NURUL HIDAYAH BINTI MOHAMAD RAZALE (Tahun 1)


Sebuah majlis taklimat khas telah diadakan pada hari Khamis, 12 Disember 2013 bertempat di Dewan Teater, Kampus Kota UniSZA bagi memberi penerangan ringkas kepada para sukarelawan MediSZA mengenai pergerakan dan atur cara sepanjang misi berlangsung. Taklimat ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Rahmah binti Mohd Amin.

Antara perkara yang disampaikan oleh Prof. Rahmah ialah, keadaan mangsa banjir di Kemaman dan beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh para sukarelawan apabila berhadapan dengan mangsa termasuklah pembahagian barang bantuan serta khidmat tenaga yang perlu diberikan kepada mangsa. Prof. Rahmah juga mengingatkan supaya para sukarelawan menjaga keselamatan diri dan berkelakuan baik serta menjaga disiplin sepanjang berada di sana. Akhir sekali, Prof. Rahmah turut menekankan agar para sukarelawan sentiasa bersiap sedia serta menepati masa sepanjang pergerakan misi di Kemaman nanti.
Para sukarelawan telah bertolak ke Kemaman seawal jam 7.30 pagi dengan menaiki 3 buah van dan telah tiba di lokasi pada jam  11 pagi. Pihak sukarelawan difahamkan bahawa lokasi utama dalam misi banjir ini, Kampung Paya Berenjut telah pun pulih. Mangsa banjir juga telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing. Para sukarelawan ditugaskan untuk mengedar barangan-barangan bantuan kepada mangsa banjir dan masing-masing menerima kehadiran pihak sukarelawan dengan tangan terbuka. Lokasi tersebut pulih sepenuhnya namun masih terdapat kesan-kesan lumpur di beberapa kediaman. Selain mengagihkan barangan bantuan, para sukarelawan juga turut membantu penduduk kampung membersihkan kediaman mereka.


Inilah..barisan kitaaa…





‘Jambatan’ yang unik..


Topap barang-barang bantuan…
Skuad MILO tak berbayar..

INI YANG KITA MAHU!! Kerakusan demi membantu mangsa..






                                        Bahagia bebenor budak ni main air.. Rugi sape yg x ikut...



Bergambar kenangan dengan tuan rumah..

Setelah selesai, para sukarelawan telah diberi masa rehat selama sejam sebelum bergerak ke  lokasi seterusnya.



 Pihak sukarelawan difahamkan, lokasi tersebut adalah lokasi paling teruk dilanda banjir. di mana kedalaman air pada waktu puncak adalah sedalam 5 kaki. Agak sayu melihat keadaan setiap rumah yang bersalut lumpur dengan kesan selut dari banjir yang hampir menyamai tinggi seorang manusia. Kelihatan longgokan barang-barang yang sudah rosak seperti perabot-perabot kayu, album gambar, buku, baju dan sebagainya di halaman setiap rumah. Kehadiran para sukarelawan turut disambut dengan baik di sini dan masing-masing mengerah tenaga bagi membantu penduduk-penduduk membersihkan kediaman. Kedatangan para sukarelawan ibarat pengubat luka serta pemberi semangat untuk mangsa-mangsa banjir ini supaya tidak berputus asa dan sabar dalam menerima ujian. 







 Misi tamat pada jam 4.30 petang dan para sukarelawan mula bertolak pulang. Semoga pengalaman sebegini membuka mata sukarelawan yang terlibat serta pihak-pihak lain agar dapat meneruskan misi-misi kemanusiaan seperti ini di masa akan datang. Didoakan juga supaya mangsa-mangsa banjir di seluruh Malaysia kali ini dapat bersabar dengan ujian ini serta lebih tabah dalam menghadapi setiap dugaanNya. Sesungguhnya, tidak Dia turunkan sesuatu ujian itu melainkan dengan hikmah di sebaliknya…

No comments:

Post a Comment

BICARA SIHAT SESI III - LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI COVID-19 DALAM KANAK-KANAK (Dr Haslina)

Pada tarikh 14 Ogos 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi ketiga, dengan tajuk langkah-langkah melindungi  Covid-19 dalam kalangan ...