Objektif lawatan ini adalah:
- memberi pengetahuan kepada pelajar perubatan UniSZA tentang fungsi dan perkhidmatan yang ada di Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu
- mewujudkan kesedaran kepada pelajar perubatan tentang masalah yang dialami oleh penghuni Taman Sinar Harapan.
- melatih cara-cara berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik antara pelajar perubatan dan penghuni Taman Sinar Harapan.
- Pelancaran Tabung PERMATA UniSZA untuk Taman Sinar Harapan.
- Sesi ramah-mesra antara pelajar dan penghuni Taman Sinar Harapan.
- Persembahan daripada pelajar perubatan UniSZA.
- Lawatan ke asrama dan bilik aktiviti harian penghuni Taman Sinar Harapan

Dengan adanya lawatan sebegini, ia dapat memberi pendedahan awal kepada pelajar perubatan UniSZA tentang "Community service" dan ia juga memberi peluang kepada pelajar perubatan untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari.
No comments:
Post a Comment