Friday, July 10, 2015

Community Social Responsibility (CSR) : MediSZA Turun Padang!

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua,

Alhamdulillah,
Pada 7 March 2015,  julung kalinya MediSZA telah berjaya menjalankan Community Social Responsibility (CSR) : MediSZA Turun Padang! buat anak-anak yatim di Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi, Kuala Terengganu. Tercapainya satu misi dan objektif besar kali ini untuk menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada anak-anak terpilih ini sebagai anak angkat kepada MediSZA pada masa akan datang. Pada masa yang sama, demi meningkatkan kemahiran komunikasi dan toleransi pelajar perubatan bersama-sama komuniti luar juga menjadi satu harapan tinggi agar dapat digilap dalam kalangan pelajar perubatan UniSZA yag terlibat.

Hari sebelumnya, ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat dan sukarelawan menyiapkan persediaan buat hari yang berikutnya dimana kami menghadirkan diri ke Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi untuk bergotong-royong membersihkan kawasan dan menjalankan aktiviti Mural Art serta beramah mesra dengan anak-anak Rumas Tunas Harapan. Sesetengah daripada kami ke Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang bagi memasang khemah dan membersihkan kawasan yang akan digunakan pada hari kemuncak.

Kreativiti AJK untuk Mural Art! 

Adik-adik turut berseni dan bantu kami semua! 


Khusyuk je semua.. hehe well done!






Buat hari seterusnya,kesemua AJK dan sukarelawan tiba di Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang seawal jam 8.00 pagi. Kaunter pendaftaran untuk pertandingan dan aktiviti yang telah disediakan seperti pertandingan acara padang, pertandingan mewarna untuk anak-anak kecil, dan cabutan bertuah terbuka buat semua penduduk yang hadir.

Alhamdulillah sambutan memuaskan dan penduduk serta pelajar ramai melibatkan diri dalam aktiviti yang disediakan. Anak-anak Rumah Tunas Harapan hadir memeriahkan dan terlibat aktif sepanjang program ini. 

Selain daripada aktiviti yang dijalankan  oleh pihak kami, ruang buat derma darah, derma organ dan pameran kesihatan juga turut terbuka buat semua yang hadir. Secara tidak langsung dapat memberikan kesedaran dan memperkukuhkan semangat kecintaan kita dalam menjaga kesihatan diri, keluarga dan menyampaikan mesej ini kepada saudara terdekat serta orang ramai. Program derma darah dan derma organ pula dapat memupukkan lagi minat anak-anak muda dan sihat untuk terus membantu golongan yang memerlukan masa kini mahupun dalam kehidupan kelak dengan izin-Nya.



Pertandingan mewarna yang mendapat sambutan ramai! Tahniah adik-adik..

Acara padang 


Ruang buat pameran derma organ dan pameran kesihatan

Kempen Derma Darah

Penasihat MediSZA : Dr. Rosmawati turut hadir pada program ini


Pameran kesihatan 



Bukan ini sahaja, malah pemeriksaan kesihatan percuma, pemeriksaan mata, pertunjukan kaedah kecemasan, dan aktiviti jualan turut diadakan sepanjang program ini. 

Pemeriksaan kesihatan buat mereka yang hadir


Pertunjukan kaedah kecemasan

Tembak adik jangan tak tembak..

Menguji minda dan kemahiran menjawab soalan!

Jualan yang disediakan oleh pihak MediSZA dan Suaru Al-Amin, Asrama Maidam

Pertunjukan kaedah kecemasan kepada semua penduduk sebelum sesi ceramah oleh Prof Zawawi bermula.




Pemeriksaan mata percuma!



Selepas ceramah kesihatan yang disampaikan oleh Prof Zawawi (pensyarah perubatan UniSZA), program diteruskan dengan penyampaian hadiah, perasmian penutup program CSR dan penyampaian sumbangan buat Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi serta cabutan bertuah.






Alhamdulillah,
Program berjalan selancarnya dan berjaya diharungi pelbagai rintangan yang melanda. Program CSR yang julung kalinya diadakan disambut baik dan dipermudahkan. Semoga program CSR yang akan datang dapat diteruskan dengan jayanya dengan izin-Nya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepda semua sukarelawan dan ahli jawatankuasa yang melibatkan diri dalam program kali ini. Tahniah kami ucapkan kepada kesemua AJK yang berkerah tenaga walaupun terus menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar mahasiswa mahasiswi perubatan, namun meneruskan perjuangan dalam membantu golongan yang memerlukan. 

Setinggi-tinggi tahniah kepada pengarah program ini, Nur Farah Afiqah Binti Mohd Fadzli dan timbalan pengarah, Nurfarihah Binti Mohd Shakhrol Bahadi yang menganjurkan dan mengerah tenaga bagi menjayakan program ini.




Wednesday, February 11, 2015

MOCK EXAM 6TH BATCH MBBS UNISZA

On 8th January 2015, year 1 UniSZA students (6th batch) had their first mock exam in preparation of the upcoming End Of Semester 1 (EOS1). At 9.00 pm everyone gathered at MKK D's cafe before the mock exam started. At 9.15pm objective structured preclinical exam (OSPE) exam started, the exam was held at 2 places; common room and surau Al-Amin. There were 10 stations, the topics covered were from Module 1 to Module 5. A group consisted of 3 people and they need to work together and come up with a solution within 10 minutes at each stations. There was 1 rest station in between. The OSPE mock exam lasted for two hours. At 11.00pm, the students had their supper and dismissed.













On 9th January 2015, the mock exam continued. Second session of mock exam focused on multiple true false questions (MTF/MCQ). Each group had to answer 30 questions within 1 hour 30 minutes. At 10.30pm, everyone is asked to go to the cafe to get their supper and wait for the announcement of 5 best groups. The marks of both ospe and mtf were summed up in order to get the top 5 marks. After the 5 groups have been chosen, finals started at 11.00pm. Throughout the finals, there was a livefeed that can be accessed through a livecam website. After a tough competition, marks were calculated and hampers were given to the first 3 groups, consolation prizes were given to the other 2 groups. The exam finished at 11.45pm.















The objective of doing this programme is to give an early exposure to the juniors about how is it going to be like for their End Of Semester exam. In addition, it's also done to improvise and strengthen their knowledge, thus they will know how to measure where they stand in their exam preparation.




Monday, January 19, 2015

GATHERING OF THE GREAT MINDS

Assalamualaikum and hi everyone!

MediSZA had sent 27 medical students to attend an event, Gathering of the Great Minds presented by Faculty of Medicine, University of Malaya on 20th December 2014.

The first speaker was Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, currently holding a duty as General Director of Health Malaysia. He said that, ‘’Doctor is a lifetime journey and whatever you learn today as a medical students, will be used in ten years ahead.’’ Each speaker was given about an hour to give a talk. Overall, they were amazing and inspiring in their own unique and intelligence way. Plus, he told us to ask ourselves, why am I here? And why I take up medicine in first place? So that we can align ourselves with passion and do things with sincerity. Listen and respect others. Success comes with hard work!

Second speaker, Tan Sri Dr. Jegathesan Manikavasagam, Deputy President Olympic Council of Malaysia. He had given us many formula of life for medical students and medical doctors. One of them is 4D, direction, dedication, determination, and discipline. Aim for your goals and never stop dreaming! Then you should focus on it and never let it go until you get that. Determination shows how you get up back after you fall or failed. Discipline teach you how to manage our time as medical students which requires a full focus and hard work. The power of mind helps you a lot in achieving on what you concentrate at and be sensitized with opportunity.

Last but not least, our last speaker was Prof Dr. Adeeba Binti Kamarulzaman, Dean Faculty of Medicine, University of Malaya and Committee member Malaysia AIDS Council. In a first place she said that, ‘’ Believe in yourself, take the opportunity, tackle the obstacles and do not be afraid to fail.’’ You just have to go with the flow passionately, work hard, not be afraid to speak out, and become a good doctor. As long as you have the courage, nothing can beat you. In medicine, without a teamwork, however good you are, you will never get succeed. Team-spirit, this is extremely essential in the medical field as medicine is always about teamwork where a patient may present with a problem that has to be managed by a team of doctors. This requires one to be tolerant and accommodative, with a high EQ and SQ. Do not worry because you will get there and become a medical doctor one fine day.

We had such great and amazing time in discussing an ideas and opinions with such a great people! A long journey from Kuala Terengganu was worth it. There are so many things that we want to share here but, we conclude all of it in a simple words. Hope you guys can be inspired of it and continuously sparkling as a bright medical doctors in future! J Thankyou..

 
Speakers of the day 
MediSZA's members 

Friday, January 2, 2015

ANNUAL GRAND MEETING MEDISZA 2013/2014

Assalamualaikum w.b.t. and greetings to all,

Recently, on 14th December 2014, MediSZA had its 5th Annual Grand Meeting (AGM) at Dewan Teater, Kampus Perubatan UniSZA. The conductors of the meeting were Muhammad Fauzan bin Abdul Hamid (Year 3) and Nur Izzati Azyan binti Alimuddin (Year 4)

The meeting lasted for 2 hours, started from 5.00 pm until 7.00 pm. The event started with Muhammad Farid Hafiz bin Mod Ma'asum leading the prayers and duas to ensure a blessed event and later the speeches continued with our former advisers, Prof. Madya Dr. Norizhar bin Kadarman and Dr. Norhasiza binti Mat Jusoh. Critiques and suggestions were also expressed by our respected advisors.

Former secretary of MediSZA 2013/2014 session, Nur Izzati Azyan binti Alimuddin talked about activities planned and successful activities achieved throughout the year.

Former treasurer of MediSZA 2013/2014, Hasnaa' binti Abdul Rahim gave an overview of the financial aspect and MediSZA's account status.

Then, Ahmad Aiman bin Abdul Ghani which was our former YDP gave his speech regarding on overall 2013/2014 session of MediSZA.

Active participation could clearly be seen from our fellow audience who voiced out their opinions, suggestions and comments to the past and new members of MediSZA. We would like to thank for the feedbacks that went smoothly.

The meeting continued with the introductory on the new members and special units of MediSZA 2014/2015 by Muhammad Fauzan bin Abdul Hamid and our new YDP of MediSZA, Muhammad Azwan bin Azizan was called to the floor to give his first official speech as the new YDP of MediSZA 2014/2015.  In addition, Thinnakaraen A/L Chelliah also talked about Society of MMA Medical Students (SMMAMS) and its activities.

Official files and duties concessions were carried out in between former committee members and the new committee members. Next session is followed with photography session.















Friday, December 5, 2014

PEMBUBARAN MEDICAL STUDENT ASSOCIATION OF UNISZA SESI 2013/2014

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, 
Setelah setahun kami memegang amanah di barisan kepimpinan Medisza 2013/2014, tiba masanya untuk kami mengundur diri, sejajar dengan Pembubaran Barisan MPP 13/14.

Pada tanggal 1 DISEMBER 2014 (ISNIN), dengan rasminya barisan jawatankuasa MediSZA 2013/2014 telah dibubarkan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh sahabat mahasiswa/i yang telah bersama-sama kami dalam membangunkan dan menaikkan nama MediSZA sepanjang sesi kami bertugas.

Kami sangat menghargai segala kritikan dan akan merimanya dengan hati yang terbuka. Kami juga sangat meraikan perbezaan pendapat dan penambahan cadangan serta idea dalam memastikan mahasiswa perubatan dan MEDISZA terus diperkasa. 

Kami sangat mengalu-alukan kritikan yang konstruktif dalam menambahbaik MEDISZA supaya menjadi persatuan yang dominan dalam UniSZA dan seterusnya memacu serta menjadi penunjuk aras kepada persatuan lain di UniSZA. Justeru itu, kita tidak boleh lagi berada dalam keadaan zon selesa dan kita amat memerlukan perubahan yang berani,matang dan rasional dalam memastikan MEDISZA boleh diangkat dan dipandang oleh masyarakat luar amnya.

Akhir kata, kami daripada barisan Kepimpinan MediSZA 13/14, memohon ampun dan maaf sepanjang kami menerajui tampuk kepimpinan kali ini sekiranya berlaku kekhilafan, maafkan kami. InsyaAllah,moga-moga barisan kepimpinan yang baharu yang menjadi lebik baik daripada kami.
Sekian,Terima Kasih.

#Sapa2 yang nak tolong naikkan lagi MediSZA pasni, cepat2 ambik borang dan daftar! Banyak yang anda akan pelajari dari MediSZA, serius!! Jangan lepaskan peluang ni! =D


BICARA SIHAT SESI III - LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI COVID-19 DALAM KANAK-KANAK (Dr Haslina)

Pada tarikh 14 Ogos 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi ketiga, dengan tajuk langkah-langkah melindungi  Covid-19 dalam kalangan ...