Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979


Selamat Hari Guru.... Jasamu Dikenang.... Terima Kasih Cikgu!!

Wednesday, May 11, 2011

EOM Assessment



End Of Module Assessment
Module 8 : GIT, Nutrition, Growth & Development
12 Mei 2011 (Khamis)
All The Best!!!!

~Unity For The Sake of Humanity~

Tuesday, May 10, 2011

Pembekuan pembukaan fakulti perubatan baru bukan pengambilan pelajar baru perubatan

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menjelaskan keputusan melaksanakan moratorium atau pembekuan itu hanya dibuat terhadap pembukaan fakulti perubatan baru di institusi pengajian tinggi (IPT) dan bukannya dalam soal pengambilan pelajar baru dalam bidang perubatan.
Moratorium itu akan dilaksanakan mulai 1 Mei tahun ini sehingga 30 April 2016.

“Kekeliruan yang mengatakan kita tak akan ambil pelajar perubatan tidak betul, yang tidak dibenarkan (ialah pembukaan) sekolah perubatan baru. Ia juga tidak babitkan soal penghantaran pelajar luar negara,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan penuntut Malaysia di Denmark di sini, hari ini.Beliau berada di ibu negara Denmark ini untuk menghadiri Persidangan Menteri-menteri Pelajaran Asia-Eropah (ASEMME).

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran ,Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi penghormatan untuk berucap pada sesi plenari persidangan itu esok.Mohamed Khaled berkata, langkah pelaksanaan moratorium itu tidak akan menjejaskan bilangan pegawai perubatan yang diperlukan negara kerana pengambilan pelajar di IPT yang menawarkan program perubatan sedia ada mampu melahirkan bilangan pegawai perubatan yang mencukupi.


“Pada masa ini terdapat 33 IPT menawarkan program perubatan, 10 daripadanya adalah institusi pengajian awam dan selebihnya swasta, yang diyakini berkeupayaan menjana nisbah seorang pegawai perubatan bagi 400 penduduk (1:400)pada 2020, katanya.

Ditanya sama ada terdapat IPT yang memohon untuk menubuhkan fakulti baru untuk program perubatan, beliau berkata kementerian tidak menerima permohonan baru untuk membuka fakulti perubatan.
“Tidak ramai yang tunggu (untuk memohon), sekurang-kurang tidak perlu mana-mana universiti cuba nak mohon fakulti perubatan, 33 sudah mencukupi,” katanya.

Mohamed Khaled juga menjelaskan bahawa moratorium itu dilaksanakan bagi membolehkan usaha meningkatkan kualiti pengajian di fakulti perubatan sedia ada dapat dipertingkatkan bagi melahirkan pegawai perubatan yang berkualiti.

Katanya, kualiti pegawai perubatan yang menjalani latihan umpamanya boleh terjejas berikutan “kesesakan” pegawai perubatan yang menjalani latihan di hospital kerana bilangan yang kini menjalani penempatan latihan itu semakin meningkat.

Selain itu, katanya, fakuti perubatan sedia ada juga berhadapan dengan masalah mendapatkan tenaga pengajar berkualiti.“Dengan adanya moratorium, dapatlah kita beri tumpuan untuk tingkatkan kualiti sekolah-sekolah perubatan sedia ada.

“Masa moratorium inilah usaha dapat dilakukan untuk meningkatkan kualiti sekolah-sekolah, kurikulum, peralatan dan sebagainya,” katanya. – BERNAMA

Friday, May 6, 2011

HARI KELUARGA MBBS UniSZA

Biro Sukan & Kebudayaan
Persatuan Mahasiswa/i Perubtan UniSZA (PERMATA UniSZA)
akan mengadakan program:

"Hari Keluarga MBBS UniSZA 2011"

~Unity For The Sake of Humanity~

KURSUS BAHARU PERUBATAN DI SEMUA 33 IPT DIBEKUKAN

Gambar hiasan

Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan MORATORIUM atau pembekuan ke atas penawaran kursus baharu bidang perubatan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selama 5 tahun sehingga 30 APRIL 2016.Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, moratorium itu dilaksanakan segera berdasarkan kepada peningkatan ketara bilangan graduan perubatan yang dikeluarkan IPT, kompetensi pegawai perubatan siswazah, tenaga pengajar dan Hospital Pengajar.

Beliau berkata, pelaksanaan moratorium ini tidak sama sekali menjejaskan bilangan pegawai perubatan yang diperlukan negara kerana pengeluaran graduan perubatan dari 33 IPT sedia ada di samping graduan perubatan luar negara yang pulang ke Malaysia adalah memadai."Malah ia diyakini mampu menghasilkan jumlah doktor perubatan yang mencukupi menjelang 2020 dengan nisbah seorang pegawai perubatan kepada 400 penduduk (1:400),” katanya.

Beliau ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Perjanjian antara Institut Pembangunan Profesional-Universiti Terbuka Malaysia (IPD-OUM) dengan Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (PPBM) serta melancarkan program IPD-OUM dan PPBM di Kuala Lumpur hari ini.IPD-OUM diwakili Naib Presiden Kanan OUM Prof Dr Mansor Fadzil manakala PPBM diwakili presidennya Kwan Foh Kwai.NONEMohamed Khaled berkata sehingga 31 Jan, terdapat sebanyak 33 IPT membabitkan 11 IPT Awam dan 22 IPT Swasta yang menawarkan kursus pengajian perubatan peringkat sarjana muda.

Katanya walaupun bilangan IPT adalah 33, namun jumlah keseluruhan kursus perubatan adalah sebanyak 47 kursus kerana terdapat IPT yang menawarkan lebih daripada satu program."Contohnya, kursus berkembar yang ditawarkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Universiti Padjajaran (Indonesia) pada 2006 dan Allianze University College of Medical Sciences; ACMS (2009)," katanya.Katanya daripada 33 IPT terbabit, 17 IPT telah diberi pengiktirafan membabitkan lapan IPT Awam dan sembilan IPT Swasta.

Ape pendapat anda?

Monday, May 2, 2011

BICARA ILMU

Biro Kerohanian & Pembangunan Moda Insan 
Persatuan Mahasiswa/i Perubatan UniSZA (PERMATA UniSZA) 
akan mengadakan program:

"Bicara Ilmu"
Tarikh: 3 Mei 2011 (Selasa)
Tempat: Surau Kolej Kediaman MAIDAM
Masa: 7.30pm - 8.30pm
Penceramah : Dr. Salman Amiruddin (Persyarah Perubatan FPSK UniSZA)

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

~Unity For The Sake of Humanity~




BICARA SIHAT SESI III - LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI COVID-19 DALAM KANAK-KANAK (Dr Haslina)

Pada tarikh 14 Ogos 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi ketiga, dengan tajuk langkah-langkah melindungi  Covid-19 dalam kalangan ...