Bermula pada 12 Disember 2015, MediSZA telah menjalankan beberapa siri lawatan ke Kampung Taman Rahmat, Pulau Kerengga, Marang, Terengganu melalui sebuah program berbentuk komuniti iaitu "Community Social Responsibility 3.0 : Mobile Clinic MediSZA.
Program ini merupakan kesinambungan dari program "CSR 2.0 : MediSZA Turun Padang" yang telah diadakan pada sesi lepas di tempat yang sama.
Program CSR pada kali ini merupakan salah satu usaha MediSZA untuk memberikan lebih tumpuan kepada masalah-masalah kesihatan yang dihadapi oleh para penduduk di kawasan tersebut melalui konsep "Mobile Clinic". Mobile Clinic ini dijalankan oleh para pelajar perubatan UniSZA serta dipantau oleh Doktor-doktor Pakar serta Pembantu Pegawai Kesihatan dari Klinik Kesihatan yang berdekatan.
Lawatan dari rumah ke rumah sedang dijalankan |
Beberapa siri lawatan telah dijalankan, dimana pada setiap lawatan, para pelajar akan pergi dari rumah ke rumah untuk mengambil data-data penting para penduduk, terutamanya tentang sejarah penyakit yang dihidapi. Mereka juga turut menyelidik serta memeriksa para penduduk untuk mengetahui sekiranya terdapat apa-apa masalah kesihatan dan memerlukan bantuan perubatan.
Para pelajar perubatan sedang menjalankan konsultasi tentang ubat-ubatan dan penyakit |
Pemeriksaan tekanan darah sedang dijalankan |
Konsultasi bersama doktor perubatan |
Program kali ini merupakan prgram berkala dan kemuncak program diharapkan agar dapat dijalankan pada bulan Mei 2016. Program kali ini diharapkan dapat membantu para penduduk dari segi kesihatan. Beberapa lawatan bakal diadakan kelak, dan diharapkan agar misi kali ini tercapai, serta segala usaha murni para pelajar dipermudahkan.
Barisan sukarelawan yang terdiri dari pelajar-pelajar perubatan UniSZA |
No comments:
Post a Comment