Assalamualaikum
dan salam 1UniSZA,
Pada 16 Mei 2015 yang lepas telah
dijalankan satu program yang ini telah
diutarakan oleh Majlis Kolej Kediaman D dan disambut baik oleh ahli
Jawatankuasa Surau Al-Amin, Kolej
Kediaman Kampus Perubatan dan Medical Students Association of UniSZA untuk
bekerjasama menjayakan sebuah projek dakwah kepada komuniti bertemakan Fiqh
Perubatan dan mensasarkan golongan pelajar menengah atas sekitar Kuala
Terengganu.
Sebuah jawatankuasa khas bagi
pelaksanaan program yang terdiri daripada ahli Majlis Kolej Kediaman D , Jawatankuasa Surau Al-Amin dan Medical
Students Association of UniSZA (MediSZA) dilantik bagi menjayakan program yang
dirancang.
Program ini dimulakan pada 8.00 pagi, 16 Mei 2015 dengan majlis pembukaan dan tayangan video pengenalan, diikuti slot ceramah bertajuk Fiqh Perubatan (Asas Fiqh Perubatan & Hukum Berubat Menurut Islam) oleh Ustaz Abdul Hadi Ismail. Setelah itu, para peserta diberi rehat selama beberapa minit sebelum slot diteruskan dengan ceramah bertajuk Fiqh Perubatan (Bendalir Badan, Aplikasi dan Taharah).
Kedatangan para peserta |
Ucapan alu-aluan oleh pengarah program, saudara Sharil Iman Mohd Hanafi |
Bacaan doa oleh saudara Syafiq Suzuki |
Sesi soal jawab daripada para fasilitator dan para peserta |
Kemudian para peserta
dibahagikan kepada 30 kumpulan untuk melakukan sesi praktikal Solat Ketika
Sakit. Aktiviti ini turut melibatkan 48 fasilitator yang dibahagikan untuk
setiap kumpulan. Para peserta menyelesaikan kuiz yang telah disediakan sebelum
menikmati sarapan dan kudapan yang disediakan.
Para peserta bergerak mengikut kumpulan masing-masing |
Sesi praktikal Solat Ketika Sakit
Kuiz selepas sesi praktikal Solat Ketika Sakit |
Kemudian,
majlis penutup telah diadakan dan dirasmikan oleh Y. Brs. Dr Mohd Shahril bin
Othman. Sebanyak 5 buah kumpulan terbaik menerima hadiah penghargaan dan setiap
peserta turut menerima sijil penyertaan. Program ini telah tamat pada jam 2.00
petang setelah makan tengahari.
-Unity For The Sake Of Humanity-
No comments:
Post a Comment