Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera...
Alhamdulillah,
kita baru sahaja menerima adik-adik baru MediSZA yang telah medaftar masuk
semalam. Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada adik-adik ye.Kami tahu,
bukan senang nak dapatkan tempat dalam kursus perubatan ni, lebih-lebih lagi
perempuan..Oleh itu, kami amat berharap adik-adik bersyukur kepada Tuhan yang
telah memilih adik-adik, bukan sahaja sbg pelajar perubatan, tetapi juga
pelajar di UniSZA.
Ya! Adik-adik bertuah dapat UniSZA ni..Nak cerita kat sini,
panjang lebar sgt pulak jadinye nanti..Lagipun...x surprise lah kannn....Hah,
nanti dah jumpa senior2, borak2 dan tanyalah sendiri ye..baru mesraaaaaa gitu..
Kami juga ingin menasihatkan adik2 agar terus konsisten untuk
belajar dengan tekun dan gigih..Tingkatkan momentum dalam menimba ilmu..Jangan
pernah jemu dan jangan malu untuk bertanya..Lecturers, mentor dan senior
sumenye sedia membantu..Kekal smart dan bersih..Pakai pakaian mengikut piawaian
yg ada..kad matrik jgn lupa pakai kalau xnak kena tahan dek pakcik
guard..Jangan sekali2 ponteng kelas tau! Sungguh, nnti adik sendiri yang rugi..
5 tahun...Boleh jadi lama, boleh jadi sekejap..Bergantung kepada
cara kita menguruskan masa..Bergantung kepada kita, bagaimana kita mengisi masa
5 tahun itu..Semakin adik-adik banyak belajar, semakin adik-adik akan sedar,
bahawasanya 5 tahun itu pun masih x cukup untuk melahirkan seorang doktor yang
hebat..Jadi, manfaatkan masa ini sebaik mungkin okeh..
~Sebarang soalan boleh dilontarkan
saja ke sini..Kami bersedia untuk menjawab semampu yang boleh..
No comments:
Post a Comment