Pada tarikh 14 Ogos 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi ketiga, dengan tajuk langkah-langkah melindungi Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini kerana, angka kes kanak-kanak yang dijangkiti Covid-19 semakin meningkat dengan peningkatan kes kanak-kanak memasuki ICU akibat Covid-19.
Bicara sihat sesi ketiga telah disampaikan oleh Dr Haslina iaitu seorang Pensyarah Perubatan yang juga merupakan seorang Pakar Paediatrik dan telah dipengerusikan oleh Saudara Muhammad Yasran yang merupakan pelajar Perubatan tahun empat dan juga AJK Medisza.
Program telah berlangsung lebih kurang sejam dengan sesi soal jawab yang dilakukan menggunakan 'FB Live' menggunakan FB rasmi Fakulti Perubatan. Program sesi ketiga juga telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua.
Semoga semua yang menonton mendapat manfaat dan dapat mempraktikkan ilmu ini dalam kehidupan seharian.
"Unity For The Sake of Humanity"
Medical Students Association of UniSZA 2020/2021