Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera
Alhamdulillah dengan berkat Illahi pada 22
& 23 Februari 2013 yang lalu, seramai 30 orang ahli Medical Students Association of UniSZA (MediSZA) yang juga merupakan
pelajar Tahun 4 Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) dengan jayanya
telah menjalani "Kursus pertolongan Cemas & cardiopulmunary Resusitate (CPR)".
Program ini telah dianjurkan
oleh Medical Students Association of UniSZA (MediSZA), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UniSZA dengan kerjasama Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Sultanah NurZahirah (HSNZ).
Program yang mengambil masa selama dua hari ini telah diselia oleh staf-staf Jabatan Kecemasan dan Trauma HSNZ yang terdiri daripada dua orang pakar perubatan
kecemasan, seorang pegawai perubatan, 3 orang penolong pegawai perubatan dan
3 orang jururawat.
Kursus
ini dilaksanakan bagi melengkapkan pelajar perubatan UniSZA dengan asas
pertolongan cemas yang mana boleh diaplikasikan ketika mereka sedang mengikuti
kursus klinikal di hospital, ketika mereka melangkah ke alam pekerjaan dan
sekaligus diharap dapat diguna pakai ketika mana saat kecemasan. Program ini
bakal dijalankan kepada pelajar perubatan UniSZA yang melangkah ke alam
klinikal iaitu bermula dari tahun 3 pengajian.
Kursus
ini dilaksanakan sepanjang dua hari yang mana pada hari pertama para pelajar
diberikan penerangan secara teori dan praktikal oleh para pelatih berkenaan
asas-asas pertolongan cemas serta cara-cara menggunakan difibrilator kepada
pesakit yang memerlukan.
Kemudian pada hari kedua, para pelajar perlu mengambil
peperiksaan teori dan peperiksaan praktikal yang mana
para pelajar diberi arahan untuk melakukan asas pertolongan cemas mengikut situasi yang
diberikan oleh para penilai. Para pelajar harus lulus kedua-dua ujian bagi
membolehkan mereka mendapat sijil menandakan mereka mempunyai asas kemahiran
untuk melakukan pertolongan cemas di masa hadapan kelak.
Dr. Azlie Hassan, Pakar Parubatan Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah |
Alhamdulillah, selepas tamat bengkel ini, Dr Azlie Hassan iaitu Pakar Perubatan Kecemasan HSNZ mengumumkan yang semua pelajar yang menduduki peperiksaan lulus dengan cemelang. Selain itu, dua orang pelajar juga diumumkan sebagai peserta terbaik dimana mereka mendapat markah tertinggi untuk kedua-dua ujian iaitu teori dan praktikal.
Perasmian Penutup oleh Prof. Madya Dr Azmi Hassan, Penasihat Medical Students Associatio of UniSZA (MediSZA) |
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Prof Madya Dr Azmi Bin Hassan, Penasihat Medical Students Association Of UniSZA (MediSZA). Beliau berharap agar bengkel ini diteruskan pada masa akan datang dan juga berharap agar semua pelajar dan peserta dapat mempraktikan apa yang mereka pelajari.
Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada semua staff Jabatan Kecemasan dan Trauma HSNZ yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. |