Thursday, July 14, 2011

LAWATAN KE PULAU REDANG DAN PROGRAM KESIHATAN KOMUNITI

Pada 3 Jun hingga 6 Jun 2011, pelajar perubatan tahun 2 Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan lawatan ke Pulau Redang. Lawatan ke Pulau Redang ini bersempena berakhirnya Peperiksaan Profesional 1 bagi pelajar perubatan tahun 2 UniSZA disamping mengadakan program Kesihatan Komuniti bersama Penduduk Pulau Redang. Program 4 hari 3 malam ini melibatkan Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan (FPSK) UniSZA dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni  (HEPA) UniSZA dan juga Jawatankuasa Perumahan & Kebajikan Pelajar Asrama MAIDAM (JPKP).

Seramai 19 orang pelajar perubatan tahun 2 UniSZA telah mengikuti program ini dan diiringi oleh staff FPSK, pegawai HEPA dan juga staff Pusat Kesihatan UniSZA. Selain itu, lawatan ini juga turut disertai oleh Prof Dr. Ahmad Zubaidi iaitu Dekan Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan dan seorang pensyarah perubatan FPSK Dr. Salman Amiruddin. Pelbagai aktiviti dan pegisian diadakan sepanjang 4 hari 3 malam program berlangsung.



Hari Pertama ( 3 Jun 2011)
Pada jam 9 pagi, semua pelajar dan pegawai pengiring bertolak dari jeti ke Pulau Redang. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam. Apabila sampai di tapak perkhemahan semua pelajar diberi taklimat tentang tentatif program sepanjang berada di Pulau Redang. Pada waktu petang, para pelajar diberi peluang untuk melakukan aktiviti snorkeling di sekitan Taman Laut Pulau Redang. Pada waktu malam, diadakan program motivasi bersama Prof Dr. Ahmad Zubaidi.



Hari Kedua ( 4 Jun 2011)
Pada hari kedua diadakan Program Kesihatan Komuniti bersama penduduk Pulau Redang. Program dimulakan dengan ucapan daripada Adun Batu Rakit. Seterusnya, para pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil, 2 kumpulan membuat lawatan dari rumah ke rumah dan 1 kumpulan bertugas di Balai Raya. Sepanjang lawatan para pelajar perubatan membuat pemeriksaan kesihatan untuk penduduk Pulau Redang, Antaranya, pemeriksaa tekanan darah (BP), kandungan gula dalam darah, BMI dan pemberian ubat- ubatan dan vitamin secara percuma.



Hari Ketiga ( 5 Jun 2011)
Hari ketiga lawatan ke Pulau Redang ini dimulakan dengan aktiviti jungle tracking. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar supaya menjaga alam sekitar dan menikmati keindahan alam semulajadi  di Pulau Redang Aktiviti seterusnya adalah snorkeling di Taman Laut Pulau Redang. Pada waktu malam program lawatan ini diteruskan dengan aktivi BBQ. Semua makanan disediakan oleh para pelajar dan pegawai pengiring.Para pelajar juga perpeluang untuk menyaksikan penyu bertelur.




Hari Keempat ( 6 Jun 2011)
Hari keempat adalah hari terakhir untuk program lawatan ke Pulau Redang. Pada hari terakhir tidak banyak aktiviti dijalankan. Para pelajar tidak melepaskan peluang untuk membeli cenderahati daripada Pulau Redang dan seterusnya bertolak pulang ke UniSZA.


Diharap program ini dapat memberi pengalaman yang berguna kepada semua pelajar yang terlibat dan program kesihatan komuniti bersama penduduk Pulau Redang dapat dijadikan sebagai pendedahan awal sebelum memasuki Fasa Kedua pengajian ( Clinical Year) pada bulan september nanti.

Wednesday, July 13, 2011

Hari Keluarga MBBS UniSZA 2011

Seperti yang diketahui, pada 7 Mei 2011 Persatuan Mahasiswa/i Perubatan UniSZA (PERMATA UniSZA) telah menganjurkan Hari Keluarga MBBS UniSZA 2011. Program yang berlangsung selama sehari tersebut telah dianjurkan oleh Biro Sukan Dan Rekreasi PERMATA UniSZA yang diketuai oleh Exco Biro Sukan Dan Rekreasi, saudara Mohamad Nur Syamim Bin Che Johan dan dibantu oleh Timbalan Exco Biro Sukan Dan Rekreasi saudari Syamimi Nadiah Bt Abd. Wahab. Program tersebut diadakan di Pantai Batu Burok bermula dari jam 8 pagi sehingga 6 Petang.

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pelajar perubatan tahun 1 UniSZA dan juga pelajar perubatan tahun 2 UniSZA. Program ini juga dijangka akan menjadi salah satu program tahunan untuk PERMATA UniSZA. pelbagai acara telah diadakan untuk memeriahkan lagi hari keluarga tersebut. Antara acara yang telah diadakan adalah:
    1. Bola Kampung Pisang (L) 
    2. Alien VS Predator (P)
    3. Dr Chill and Mr Hyde
    4. Pad Pandir, Mad Eye and Magic Choc
    5. Royal Babies, Ugly Babies, Donald Duck
    6. Quiz Block Buster
    7. The Umbilical Vein
    8. BBQ
    Majlis penutup dan majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Dekan FPSK Prof Dr Zabidah Ismail dan diiringi oleh Penasihat Ke-2 Persatuan Mahasiswa/i Perubatan UniSZA (PERMATA UniSZA) Cik. Holifa Shaheera Bt Asmara (Pensyarah FPSK). Juara keseluruhan untuk Hari Keluarga MBBS UniSZA 2011 dimenangi oleh Rumah Oren.


    Foto sepanjang Program:

    Game.. Bola kampung Pisang (L)... Rumah Oren VS Rumah Biru
    Rumah Hijau VS Rumah Merah
    Game Royal Baby, Ugly Baby and Donald Duck
    mencari kad yang tersembunyi dalam pasir
    Game Dr Chill and Mr. Hyde... wakil Rumah Merah
    wakil Rumah Biru
    Game Pak Pandir, Mad Eye and Magic Choc.. wakil Rumah Merah.
    Game Alien VS Predator  (P)
    The Umbilical Vein (P)... Merah!! Merah!!! Merah!!
    The Umbilical Vein (L)
    Penyampaian hadiah kepada juara keseluruhan.. RUMAH OREN

    BICARA SIHAT SESI III - LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI COVID-19 DALAM KANAK-KANAK (Dr Haslina)

    Pada tarikh 14 Ogos 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi ketiga, dengan tajuk langkah-langkah melindungi  Covid-19 dalam kalangan ...